Showing posts with label kuih talam. Show all posts
Showing posts with label kuih talam. Show all posts

Sunday, September 19

talam keladi berlauk daging pedas



assalamualaikum ❤️

morning view, cik nur tayang kuih talam jap ek.
Talam keladi berlauk , inti daging dan pedas.
Firstime buat sendiri setelah sekian. lama perap. resepi.  Biasa buat talam keladi yg atas pepel bawah putih.
tapi nk cuba yg pedas ni.  Dah byk kali. mkn tapi mengoder je la. 


 Ada google resepi kebyakan yg letak udang kering. cik nur kalau blh nk mkn yg xda udang kering. 😁😁

so bila dpt resepi  yg tak letak udang kering ni i likeee laa he hee
cubaan pertama  ni agak kurang puashati.
rasa somethingg kuranggg
dan. inti sambal. sgt pedas gilerr bg cik nur. Maybe cili kering jenis pedas kot.

sukaa juga mkn  pedass tp. bkn pedass melampau. Sb memang tak tahan.
kena. try lg cili lain. pula.
insyaAllah


Wednesday, June 9

Resepi kuih talam pandan


 assalamualaikum

menghampiri penghujung syawal, azam masih kuat alhamdulillah. nak habiskan puasa ganti😊berbaki 2 hari lg

Ya Allah inilah hikmahnya PKP masa byk terluang 

berbanding hari sekolah , tak mampu rasanya nak buat mcm2

Talam pandan  utk berbuka puasa dan sempena cuti Hari Agong kita isnin tu 

buat loyang kecik saiz 7, cukuplah utk isi rumah

en suami memang suka kuih2 lembut gini

Resepi  @ BIDADARI.MY -talam-pandan/

mudah dan menjadi insyaAllah

sis buat separuh adunan utk loyang 7

TALAM PANDAN

separuh adunan)


BAHAGIAN BAWAH


1/2 cawan pati pandan

1 1/2 cawan santan

1/2 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

sedikit pewarna hijau

garam ikut rasa


BAHAGIAN ATAS

1/2 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung gandum

1 1/2 cawan santan

sedikit garam


cara2 

1. panaskan air kukusan terlebih dahulu

2. lenser loyang dgn sedikit minyak

dan lapik dgn plastik

3 campurkan semua bhn2 bwh dan tapiskan dan panaskan sekejap dlm kuali 

4 kemudian tuang dlm loyang td

5 kukus dlm 25 minit

6 #jangan lupa tutup pengukus dgn kain supaya air tak menitik

7 setelah 20 minit buku penutup dan biarkan sekejap supaya air kering dan baru cakar2 dgn garfu sblm kita tuang bahagian atas

8. Bhagian atas sama juga kita satukan je dan kacau sebati kemudian tapis

9 Baru kita tuangkan dlm loyang bahagian bawah (pandan) td

kukus lg 20 minit-25 minit

buka penutup biarkan seketika dan sejukkan baru boleh kita potong

Friday, September 5

kuih serimuka pandan terbaikkk



assalamualaikum

salam dihari minggu....alhamdulillah pagi yg aman dan tenang 
en suami takada minggu ni kena ke Sabah pula  emm relex mama la
pagi2 gini memang sunyi lah semua masih dlm selimut
berkerekot masing2..

terbaikkk,he hee beriya je kan tajuknya
tp memang benarnya  ya teman2
Serimuka pandan resepi cheff Asma paling best sekali
dulu ada skali ambik kelas kuih 2 gini resepi utk org meniaga
bagus jg resepinya. tp yg ni lg best
kisahnya minggu sudah lg bila tetiba parents ni mintak wat serimuka sb esk nya opisnya nak wat jamuan perpisahan. Kita terima jgk bila fikirkan nak tolong lah kan  apalgi goggle cari resepi
habis keja terus g pasaraya cari pulut dan kelapa, ha ha kelam kabut sampai ke malam
aaminn...siap 2 loyang 10x10 esknya msk box  dan potong siap2 
senang potong dan yg penting sedang elok2 atasnya tu
lebihan tepi2 tinggal kat rumah dan sikit bawa bekal g taska utk snap gambo he hee


mesti letak sini resepi utk rujukan....terbaik ni
tqqq Cheff Asma dan kak yatiememories


SERIMUKA PANDAN

500 gm beras pulut-rendam 2 jam 
300ml santan pekat
300ml air
sedikit garam

cara sy lepas rendam 2 jam basuh bersih2 pastu mskkan dlm loyang
mskkan santan pekat dan air serta garam
kukus 1/2 jam

pastu gaul2kan pulut hingga sekata masaknya
 sediakan loyang 10 x 10
lapikkan plastik dan sapu minyak sikit
masukkan pulut td tekan2 hingga sekata
ketepikan dulu utk sediakan bahagian atasnya pula




bahagian atasnya

250 gm gula-sy kurabgkan jd 200 gm je
400 ml santan pekat
400 ml air-sy blender dgn daun pandan
4 biji telur
100 gm tepung kastad
garam
dan sikit pewarna hijau

gaulkan semua bahan2 diatas hingga sebati kemudian di tapis dulu ye
masakkan dlmkuali dan kacau hingga berwap (nampak agak pekat)

tuang di atas lapisan pulut td dan kukus  dlm 30 minit

sejukkan 

ok siap.....boleh try lagi pasni


k

Monday, September 16

talam keladi chef asma

assalamualaikum

Salam Satu MALAYSIA
Selamat hari Malaysia yg ke 50 buat semua rakyat Malaysia.
Amin.....syukur diatas segala nikmatNya...

berkesempatan jg smlm menyambutnya di KLMO gombak.

hari ni layan kuih talam feberet ni talam pepel kaler
talam keladi yg mabeless  , kali ni resepi ikut resepi yg dikongsikan oleh Cheff Asma. memang sedaplah.
tqqqq Cheff Asma diatas perkongsiaan ini.
cp dari blog ummizzkitchen. tqq Ummi





Kuih Talam Keladi

sumber: Yatie memeories
sumber : ummi 

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras 
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir 
300 ml santan pekat
700 ml air



300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).



Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit



Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur 
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam



Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Saturday, July 27

talam keladi




  • Keseimbangan dalam Hidup 

  •  Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun sayang hanya karena hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain kita sering melupakan kewajiban kita. Pada bulan puasa ini kita terlatih untuk kembali mengingat dan melaksanakan seluruh kewajiban tersebut dengan imbalan pahala yang dilipat gandakan. Insyaallah





  • Talam keladi ni memang sedap, suka sgt rasa lemak2 dan harum keladi tu. Selepas bercerita dgn kgee yg kita peminat ubi hari tu, kak gee ni terus beli beberapa ketul ubi antaranya ubi keledek dan ubi sengkuang dan ubi keladi dan bg kat kita. Maka sb tu terhasilnya talam keladi ni.
    ha haa ikutkan tak kuasa nak buat talam2 ni kalu tak ada ramai org
    sapa lak nak perabih nanti.
    Dapat seloyang besar so bagi2kan pada semua staff taska. Pakat rasa.Alhamdulillah laku he hee buat pun kelam kabut sikit. tengahari tu lari balik umah mengukus
    pastu belum sejuk betul dah kena potong sb dah kol 6, masing2 nak balik umah. Snap ala kadar guna hp he hee


    Kuih Talam Keladi

    Sumber : Yatie Memories

    Bahan Lapisan Bawah :

    2 Cawan tepung beras 
    3 Sudu besar tepung ubi
    1 1/2 Sudu kecil garam
    6 Sudu besar gula pasir 
    300 ml santan pekat
    700 ml air

    300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

    Cara-cara :

    1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
    2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
    3. Kaau sebentar dan tuang ke dalam loyang  Kukus selama 25 minit






    Tuesday, July 2

    kuih talam kacang hijau

     assalamualaikum semua

    hari ni jom makan kuih talam pulak ye he hee
    smlam kita tayang agar2 kacang hijau
    hari ni sb sb masih ada kacang hijau
    kita buatlah talam pula
    sebenarnya masa tgk fiza tayang kat blognya dah tertarik
    so bila ada kerajinan ni terus lah buat
    sedappp ooo, lemak2 manis
    teringat pula pada bubur asyura masa dulu2 kat kg
    yg Ayah selalu beli


    mengikut Fiza Resepi ambil dari Cheff Hanieliza, tp kita cp dari blog Fiza ye. Tqqqq

    Talam kacang hijau

    bahan-bahan atas

    1 cawan kacang hijau-rebus
    2 cawan tepung beras
    1/2 cawan tepung ubi
    1 cawan gula
    3 cawan santan
    garam

    panaskan kukusan
    sebatikan bahan-bahan diatas dan masak dlm kuali  hingga berwap
    masukkan dlm loyang ratakan dan
    kemudian kukus 30 minit

    bahan-bahan atas

    3 cawan santan
    1 cawan tepung beras
    sedikit garam

    sebatikan bahan2 diatas dan tapis
    masak hingga berwap kemudian tuang diatas kacang hijau tadi dan kukus lg 25 minit



    ok SEKIAN TERIMA KASIH

    Monday, May 27

    talam ubi kayu yg sedappp



    ASSALAMUALAIKUM
    Berakhir sudah cuti2 rehat selama 3 hari, hari ni tugas bermula macam biasa la kan. walau Anak2  masih bercuti......cuti sekolah 2 minggu.

    Jalan raya pun lenggang dan sunyi je pagi tadi, kalau tak  jem jgak depan rumah ni.
    oklah suka gini he heee amann
    Sabtu lepas ada beli 2 ketul ubi kayu, rasa nak makan bingka cam yg buat hari tu . Tp bila siap parut siktlah pulak hasilnya

    maka cari2 resepi lain terus teringat akan talam ubi kayu he hee
    tak pernah lg buat sendiri. bagus gak kalu try ni kan
    godek2 resepi kat google...emmm banyak resepinya
    cuma beza berat timbangnya. Sb ubi ni cuma ada 630 gm so pilih resepi Cheff Asma tp jumpa di blog k.Azie Kitchen. Kita cp ye resepinya semoga dipanjang-panjangkan pahalanya. Sangat2 sedap cukup rasa kelembutan ubinya.



    Talam Ubi Kayu

    sumber: Cheff Asma

    sumber rujukan: K Azie Kithchen

    Bahan-bahan bawah
    700 gm ubi kayu-siap diparut-tapis buang airnya
    tinggal 630 gm
    100 ml santan pekat
    300 ml air
    250 gm gula- *sy guna 7 sudu besar
    pewarna kuning


    campur semua bahan-bahan diatas
    dan kacau atas api sehingga pekat
    tuang dlm loyang yg disapu minyak
    kukus dalam 25 minit


    Bahan-bahan atas
    100 gm tepung beras
    50 gm tepung gandum
    50 gm tepung ubi
    300 ml santan pekat
    800 ml air

    cara-cara
    campur semua bahan2 diats masak berwap
    kemudian tuang atas lapisan kuning tadi
    kukus lg 30 minit
    sejukkan baru dipotong

    makan sebagai breakfast pagi semalam. Agak banyak seloyang dptnya, so kasi jiran sebelah sepiring.
    Paling best lembut sgt2 ubi ni.

    SELAMAT BERCUTI ADIK2 SEMUA

    Wednesday, January 30

    serimuka pulut jagung

    Assalamualaikum
    Hari ni nak kongsi cerita tentang kuih serimuka pula ye. ada seri tak he he 
    Lama tak makan kuih yg seri2 ni buat lglah lama dah tak buat. Cuma bila cuti 3 hari lepas terjadilah serimuka ni. Terlebih rajin kununnn he he 
    Walahal makannya bukan ramai pun kita and en asben je layan. Anak2 memang tak sentuh pun nengoknya. Buat seloyang tinggal sepring je kat umah yg lain tu kasi jiran belakang sepiring dan jiran sebelah sepiring....alhamdulillah rezeki diorg dptlah merasa kan.

    Sebenarnya teringin nak buat serimuka pandan tp lain pulak tukarnya ke jagung sb malas nak ambik daun pandan. Resepi macam biasa la kan skodeng di google cari2 yg rasa berkenan.


    Hasilnya inilah Serimuka jagung yg sedap ni. Meh la rasa ..

    resepi dari blog http://kurniaanmu.blogspot.com... asal resepi kak Rusnah Fotoages
    tqqq Arah dan kak rus


    PULUT SERIMUKA JAGUNG

    Bahan-bahannya
    11/2 cawan pulut(guna 2 cawan)
    11/2 cawan santan sederhana pekat
    sedikit garam

    basuh , tos dan dikukus  dalam 1/2 jam

    bahagian atas
    • 2 biji telur
    • 1/3 cwn gula pasir
    • 1/2 cwn santan pekat
    • 1/3 cwn susu cair-x letak tp ganti dgn santan 
    • 2 sb tepung gandum
    • 1 sb tepung custard
    • sedikit garam dan vanilla
    • sedikit pewarna kuning
    • 2 sb jagung cream

    Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. 

    Friday, November 23

    talam suji

    assalamualaikum ...salam sejahtera semua

    alhamdulillah kerana masih diberi peluang utk update disini...
    hari yg indah dgn cuaca yg cerah dimulakan dgn sarapan yg berkhasiat kan he he makan apa tu?


    sedapkan kuih talam ni, semalam kita buat dan pagi ni potong2 makan pagi dan bawa ke taska kasi budak2 makan jg sb banyak dptnya ..
    sumber resepi disini  /talam-suji. blh tengok ye

    ok jumpa lagi

    Monday, January 16

    talam keladi K.Yatie



     assalamualaikum
    dah tidoq he he disini lum tidoq hu hu entah kenapa la pulak malam ni mataku susah nak pejam 



    walaupun badan ni memang dah kepenatan tp mata tak mau gak rehat...ni sah -sah esk tertido kat kerusi ...karang anak murid yg ajar cikgu cam citer P Ramlee tu he he...apa2 hal esk pepagi kena pi kedai beli setin kacip fatimah lagi ni,,,,,kasi mata cerah

    ok malam ni kita layan jap ye kuih talam keladiyg  sweet sgt kalernye he he purple..suka sangat2 akan kuih talam yg satu ni emmm yummy sapa penah  rasa mesti terpikat akan kesedapannya. tang yg bawah putih tu lemak2 pastu keladi yg empuk. memang sedaplah...selalu duk beli ja yg jiran dekat umah ni wat jual tapi setelah jumpa resepinya dan cuba sendiri aduhhhh lagi puashati rasanya. Manis ikut kitalah...kurangkan manis tu yg penting kan..
     

    RESEPI DARI BLOG YG POPULAR NGAN KUIH2 TALAM sapa lagi kan KYATIE. 
    http://yatiememories.blogspot.com/2011/07/talam-keladi-2.html
    Bila dpt resepi ni comfirm lah tak beli lagi lainkali kalu teringin.My SIL pun kata sedap tau he he siap suh buat seloyang utk perjumpaan ngan kekawan dia.


    jom tengok resepi

    TALAM KELADI

    sumber utama K.Yatie (TQ very much sb share resepi)
    Asal dari Chef Asma


    Bahan-Bahan Utk Lapisan Bawah(A)
    • 220 gm tepung beras
    • 40 gm tepung ubi
    • 1 1/2 tsp garam
    • 5 sudu besar gula pasir
    • 300 ml santan pekat
    • 700 ml air
    • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
    Cara-caranya :
    1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
    2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
    3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
    4. Kukus selama 25 minit
    Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
    • 150-180 gm tepung gandum
    • 250 gm gula halus
    • 3-5 biji telur
    • 250 ml santan
    • 500 ml air
    • sedikit pewarna purple
    Cara caranya :
     Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit.)                                                                             

    ok selamat ber ZZZZZZZ semua dan TERIMA KASIH YG SUDI DTG SINI.

    Ini la menu yg kakak order belanja mama❤️ Nasi goreng pineapple dan nasi goreng pedas kot dgn sup tomyam Rasanya kali ke3 mkn kat sini Lamaa...