Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, February 12

Apam mekar


Assalamualaikum 

Tiberrrrr teringin pula nk buat apam ha haa

Apam mekar

Ciknur ikut resepi kat tiktok shahira Akmal





Jadi la dpt bw ke kelas mengaji sbgai kudapan



 

Monday, March 25

apam kampung menu moreh


 Assalamualaikum

salam 15 Ramadan. Alhamdulillah

"Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburukan org lain) tindakan atau adu domba perbuatan dusta dsb
Apabila ia dicaci maki maka hendaklah ia berkata
*sesungguhnya aku sedang berpuasa *

dgn menjaga lidah dan anggota tubuh lainnya dari perbuatan dosa bererti ia telah menjaga puasa nya
Hr bukhari


Apam kampung menu utk moreh.
2 mlm berturut sb feberet org2 lama kan
cicah kelapa.

tepung pelita asli yg sedapp ni gigih tau mencari akhirnya jumpa. di bazar ramadan taman melawati.
thn ni xda pula. kat bazar keramat

Ramainya manusia kat bazar melawati.. sekali je la pegi.
tu pun sb ank dara ni beriya nk kesna.
sesakk maybe sb hari sabtu kot.
org cuti. 

Sunday, June 25

apam kampung pandan


Assalamualaikum semua

salam zulhijjah❤️



 Agak kurang sehat ciknur badan suam2 suku org kata dan hidung lelehh air. Sumbat jga nak bernafas. tisu kat tangan je la ni 

Agak lamaa selsema tak menyerang ciknur, dan harap2 tak berpanjangan ke hari raya aidilahda. Ubat dah telan๐Ÿ˜”

Nak masak2 ni.

pg ni rasa nk melepett kaluu boleh

huhuu tapii...

smlm memang tido adoii malas betul nk bangun rasanya.

dua tiga hari xda entry kan tu gagah buat apam kampung ni. sblm ni byk kali malas nk snap gambar.

tak sempat pun ada jga๐Ÿ˜

Buat mkn2 sabtu lepas. bw sikit ke kelas.

free free sat cik nur letak resepi ya. 


Wednesday, May 24

Saturday, August 13

Apam.beras @ apam.Nasi

 

selamat hari minggu

Semoga semua sehat dan gembira di hari minggu 

skrg hari minggu pg ke mlm memangg full je sepanjang masa.

Tiba tiba Mengimbauu zaman rajin masak,  zaman minat try resepi2 mcm.. pastu update kat fotopages.maklum la.ank2 kecik..masak.dan suh dorang mkn he hee salah satu apam.nasi ni la.

Mxm2 resepi apam.try.. apam.eno, apam mekar, apam soda. Apam nasi.

dlm.blog ni pun byk jg resepi apam

 Salah sayunya disini.

๐Ÿ‘‰✌apam-beras.  ada perubahan2 sikit dari.segi.sukatan.

seriusss skrgggg dah berusia memang malas sgt nk.masak2.. 

sikit2 tu ada.la masak pun makan 

xda kerajjnan nk ambik gambar

.


 Smlm.sb ada kelas, pockluck ciknur.gagah la.buat apam.ni. Menu tambah2 utk kudapan . 
Kebetulan nasi smlm.pun ada lebih.
satu adunan.dpt.1.tupperware kecik. 

Try resepi yg ni. tak berapa menjadi rasanya. Taklah gebu dan lembut. cam padat2 sikit.
Atau sb perap.x cukup lama.kot

Tangann ni pun dah lama.x masak 2 kuih agaknya salah satu sb jga  ha haaa

Tuesday, August 10

Apam nasi


assalamualaikum

selamat tahun Baru Hijrah
1 Muharram 1443
Alhamdulillah
sempena cuti thn baru
mulakan hari dgn Apam. Nasi
jangan membazir๐Ÿ˜Š nasi lebihan smlm
dpt la.secawan lebih.

1 cawan blend buat apam
yg lebih sikit lg kita gaul2 dgn isi ikan utk anak2 ciktam ni.
Resepi yg telah dikongsi ramai
sblm ni pun penah cik nor buat


kali ni saja tambah perisa pandan dan. buat putih.  Mkn cicah dgn kelapa parut. sedappp.
Bg cik nor apam. nasi lebih padat sebenarnya tak. mcm apam beras



Apam. nasi

resepi ikut (buatoranglapo-apam-nasi-lembut-dan-gebu/

bhn2

nasi 1 cawan. penuh-blender halus dgn. 1 1/2 cawan air(blend campur air sikit jgn skali harung)
gula 3/4 cawan
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
yis mauripan. 1 sudu besar

-blend semua hingga betul2 halus

kemudian. kukus 


Thursday, July 8

vanila. cup kek


assalamualaikum
hujan. lebat membasahi kuala. Lumpur
sementara keboringan nak menunggu reda nak balik rumah. ni layan blog japlah kan. boleh juga psni nk clear gambar2 dlm hp ni
Aktiviti kanak2 playschool deco cupkek
tgk gambar muka masing2 tu kan excited belaka. siap je semua nak mkn terus he he tak sabau betul

sebenarnya masih dlm. experiment lg buat cupkek vanila ni
belum. dpt yg betul2 puashati
emmm mcm2 resepi dah try.
 yg ni rasanya memang sedappp
lembut, cukup manis nya dan harum.
tapiii kenapa bila. dah agak sejuk kek akan merenggang dari cup nya tu
masa masak nampk. menarik naik molek tp bila. keluarkan. dari oven๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„
atau semenangnya begitukah

ada teknik2 yg khas agaknya la. kan
ha haa. tu la. kena. belajar dgn. sifu2 ni




 

Friday, March 5

APAM COKLAT CHEESE


ASSALAMUALAIKUM

selamat pg 

santai2 pg ni sat , rehatkan diri alhamdulillah 

dah bulan mac rupanya  he hee minggu ni buzy betul  sb dah start

 sekolah, anak2 pra dan tahun 1, 2

tak sempat langsung nak jenggah blog

melawat blog kawan2 juga

lg satu sb anak ada kelas online emmm berebut laptop la dgn dia

hari cuti ni baru  la ada kesempatan๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

kisahnya minggu lepas juga dpt jumpa  rakan blogger Dana

tapi jumpa tak sampai 5 minit he hee


Dana order kuih apam coklat ni dan apam gula hangus

kebetulan dkt sb Dana nk ke nursery berdekatan 

dan akak pula nak pegi chow kit  cari barang2 kejap

insyaallah next ye Dana kita jumpa lgi

tqqq ye sb order kuih2 ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜




 


tqqq Dana bg gift cantik ni๐Ÿ˜



Sunday, December 27

apam gula hangus


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu disini

pantasnya masa berlalu , tak puas lg bercuti di kampung rasanya

mcm nak lma2 lg disana  he hee

tapi apakan daya kan

ikutkan hati ni nak je lama lamaaan  



 byk cerita dan bermcm2 juga yg terjadi

rasa tangan pun gatal nak menulis

ok cerita apam gula hangus dulu lah ye

lama tak buat apam ni tiba2 hari tu teringat dan teringin pula

maka terjadilah ia di pagi hari

mudah sb hanguskan je sikit gula dan kita blend je bhn2 ni pastu 

 kukus dlm bekas kecik2 gini

sedap mkn panas2 gitu

resepi disini ye ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Apam Gula Hangus

ok jumpa lagi


Saturday, October 31

apam seri ayu


assalamualaikum


selamat berhari minggu. Dah pun penghujung oktober 2020๐Ÿ‘ฉ

Bakal berakhir thn 2020

alhamdulillah  Kuala Lumpur pg2 lg hujan lebat membasahi bumi 

menyirami pokok2, segar semuanya



Apam Seri Ayu
Add caption

 

Buat pertama kalinya kuih ini berjaya direalisasikan oleh sis

boleh dikatakan berjaya he hee rasanya 


resepi blog Hanieliza APAM SERI AYU Bahan 3 biji telur 240 gm gula 240 ml santan atau susu segar 2 sudu besar jus pandan 270 gm tepung gandum 1 sudu kecil ovallate 1 sudu besar tepung ubi ] kelapa parut muda ] gaulkan garam ] Cara 1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang. 2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. 3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. 4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. 5. Tuangkan adunan tepung tadi. 6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Friday, September 23

APAM GULA HANGUS


ASSALAMUALAIKUM

nampak elok dan menjadi apam  ni kan. lembut dn gebu
TP rupanya yg agak kurang menarik
naiknya tak cukup sama
itulah kekurangannya, 
kesilapan masa meletakkan dlm acuan, terkurang mungkin hihiii 



resepi APAM GULA HANGGUS

1 CAWAN GULA-DIHANGGUSKAN DULU
MSKKAN SECAWAN AIR PANAS dan SEJUKKAN SEBENTAR
(berhati -hati ye takut terpecik ditangan)

2biji telur 
2 sb planta @ marjerin
2 sb susu pekat

SY BLENDER SHJ HINGGA KEMBANG

1 1/2  CAWAN TEPUNG
1ST SODA

BLENDER BERSAMA  GULA HANGUS DAN TEPUNG
SEBATIKAN

KUKUS 15MINIT

SIAP





Saturday, October 25

apam nasi



ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAAL HIJRAH

SEMOGA PERJALANAN KEHIDUPAN KITA SEMUA LEBIH BAIK DARI SEMALAM




ALHAMDULILLAH HARI INI DIBERI KESEMPATAN DAN  MASA YG TERLUANG
PAGI2 BANGUN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR NAK WAT SESUATU UTK BREAKFAS

LAMA TAK BUAT APAM NI
SALAH SATU KUIH KEGEMARAN EMAK
TERINGAT BILA DTG SINI SURE PAGI2 MAK SUH BELI APAM NI. DULU SEBUNGKUS SINGGIT DLMNYA ADA 10 KETUL PASTU KURANG JADI 9 DAN 8
TP BARU2 NI BELI DAH TINGGAL 6 KETUL RUPANYA 
SEBUNGKUS SINGGIT TU HUHUU

ITULAH PERUBAHAN SEIRING MASA DAN ZAMAN

APAPUN WAT SENDIRI AMBIK KAU MELAMBAK
JENUH MAKAN
JOMMMM

APAM NASI

2 CAWAN NASI-BLENDER HALUS DGN 3 CAWAN AIR
2 CAWAN TEPUNG BERAS
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA
1 PEKET YIS MAURIPAN

BLENDER SEMUA DAN BIARKAN NAIK 1-2 JAM
PANASKAN KUKUSAN
KUKUS 10 MINIT



Tuesday, December 10

apam polka dot


ASSALAMUALAIKUM


lama x makan dan buat apam dot dot ni kot
he hee ada setahun
ingat2 lupa 



 apam pokkadot

resepi asal disini


Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
274gram @ 2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
200gram @ 1cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
150ml @ 3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1sudu kecil esen vanila
inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama. 
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri. 
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam. 








Thursday, November 7

apam beras lagi


assalamualaikum

salam tahun baru 1435H.
alhamdulillah...

apam beras lagi hari ni
baru beberapa hari lepas kan tayang apam ni
kali ni wat lg dgn sukatan penuh, sb ari tu separuh adunan
tak cukup pulak.



Apam beras

sumber: qaseyhoney.

bahan-bahannya

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 st yis mauripan

cara-caranya

blend nasi dgn air sikit2 sehingga betul2 hancur
masukkan gula blend lagi
tepung beras dan tepung gandum digaul bersama yis
kemudian masukkan cecair yg diblend td
sebatikan
perap dalam 3 jam

panaskan kukusan dan kukus dlm cup kecil2

Sunday, November 3

apam beras warna warni



assalamualaikum

selamat berhari minggu
hari minggu hari utk berekpreriment di dapur.
Sb tak ada program kemana-mana pun....sb segala perancangan awal telah bertukar , kita merancang Allah tentukan
apapun harus redha terima semuanya.

mesti ada yg bercuti panjang  sabtu cuti Depavali  dan  selasa ni jg cuti  sempena Maal Hijrah. Terus ambik cuti isnin so jadi cuti 4 hari best tu...untung la kan yg nak balik kg lama sikit.




Apapun sebagai pengubat hati meh kita layan apam beras comel2 berwarna warni gini.
 dah lama x buat, tp hari ni dah simpan niat dlm hati nak buat jga dan.....alhamdulillah terlaksana.
apam ni banyak jenis apam kan ,ada yg guna eno dan ada yg una tapai nasi, semua pernah try he heee  dan semuanya sedap2 belaka sb kita memang pengemar apam
meh tgk resepi yg mana kali ni cilok dari blog adik Cida @
apam beras nasi . Sedap lembut kena dgn kelapa putih fuhhh bertambah sedap makan petang2 gini.
kalu adik Cida ni buat kembang mekar merekah, akak pula suka tak merekah. ada jg yg merekah satu dua  mungkin cara mengukus kot


APAM BERAS

bahan-bahannya

1 cawan nasi sejuk
11/4 cawan air
3/4 gula
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung beras
1st yis mauripan

cara-caranya

blender nasi dgn air sedikit sedikit sehingga betul2 hancur
dan masukkan gula blend lg
dlm bekas agak besar campur kesemua tepung dan yis
lepas tu masukkan nasi yg telah diblend tadi
gaul sebati
dan biarkan naik dlm 3 jam
panaskan pengukus
kukus dlm acuan comel2 gini dlm 10 minit shja

ok siap boleh cicah dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam ye

Saturday, December 29

apam gula hangus

assalamualaikum 
makan apa tu ? he he mesti best menunya.  tadi kita buat apam ni, firstime menerai wat apam gula hangus , apam berbeza dgn kek gula hangus walaupun ujungnya gula hangus.
apam ni teksturnya lebih halus dan gebus. Lembut dan sedap
kek pula ada sarang2 takpun nama lainnya kek sarang semut.


memang lembut betul apam gula hangus ni tau...sedapp manis pun sedang2 gitu. ok sesuai makan pagi atau petang. tp sayangnya bila buat kurang sambutan oleh anak2 je hu hu jadinya mama abah je layan. Banyak pulak tu alhamdulillah dptlah bagi jiran sebelah merasa juga. gambar nampak blur sb camera hp...




terima kasih diatas resepi yg sedap ni blh tengok disini ye apam-gula-hangus.

Resepi : Apam gula hangus

resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif



Bahannya:

2 biji telur ( Uj guna telur omega dibuang tapi pusatnya)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( Uj tambah) 

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.

Cara:
1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati
2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau 
        gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula) 
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang
        3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm
        blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah) sy kukus dlm acuan puteri ayu dlm 15 minit


* Boleh juga diletakan didlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....



Wednesday, June 20

apam polkadot sukatan cawan

 assalamualaikum

 Semalam berkesempatan membuat apam ni atas permintaan anak dara bungsuku itu. Sebenarnya malas sungguh nak buatnya, malas nak dot dot kan tu. Tp dah sb janji yg kena ditepati. Diorg ni kalau dah janji mesti ingat dan akan mengingatkan kita balik so selagi tak buat selagi tu la duk cakap.
 nak ucapkan terima kasih jg pada Mamasya diatas kesudiannya share resepi apam pokadot ini.
Dalam duk nak buat taknak buat tu, keluar entry Mamasya bikin apam ni, pucuk dicita lah, terus c/p
yg bestnya telur tak payah disejukkan dan guna sukatan cawan, heee sbnya telur kat umah ni tak simpan dlm peti ais. Mudah keja mama kan...cantik tengok apam Mamasya , sweet kaler pink putih, jadinya terikut, lagipun biasalah kan budak ni feberet kalernya lah tu. Walaupun taklah secomel Mamasya punya .


banyak jg hasilnya, dapatlah bawa ke taska. Sukalah kawan2 Sarah dpt apam comel ni wat breadfast jam 9.30 tu.

resepi ni lain dari dulu penah buat. lagipun mudah sb guna sukatan cawan

Apam Polkadot /Apam Strawberry
Fp Masriyah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
nota dapurmamasya;
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

TERIMA KASIH

Assalamualaikum  Slmt dtg september❤️ Kejapp je kan masa berlalu Terjumpa gambar lama kita throwback la balik Tak naik pun bukit larut ni kt...