Thursday, November 5

KekMamasab utk birthday to adik bungsu


 5 November … selamat hari lahir buat adik bungsu

Adik bungsu bujang terlajak sorang ni

Dari minggu lepas dia

Wassap nak suruh hantar KFC  dan kek sempena

Besdaynya.

Tak dpt tunaikan hajat dia nak KFC , next minggu lah

Hantar kek dulu ye

Kek mamasab , masuk threats tanya alhamdulillah

Dpt no agent berdekatan dan terus order 

Semoga gembira di hari bahagia ini bersama teman2 disana

Dari kejauhan doa moga sehat dan kembali spt biasa dpt berkumpul lg . Aaminn


Rasa cam nak buat bloglist baru 🤭 awat kat ciknur punya bloglist ramai tak update ada yg bertahun tahun

Kena tanya chatgpt ni 

Buat banner kan

Ada yg nak join takk??

Sunday, November 1

KuDrat 1968 mewayang kejap


 Assalamualaikum

Mewayang kejap di malam minggu

Teman si kakak nak tgk movie Kudrat 1968 kat TGV eons Setiawangsa

Awal dia booking tiket 2 minggu lepas lg. 

Last tgk wayang cerita Polong😅 lakunan Mimi Lana

Pertengahan  thn kot.

ini cerita kegemaran anak2 muda termasuk anak2 dara ciknur ni sb pelakon2 yg cute belaka tu


Sblm ni tgk je kt Neflix 4 episod tu. Awqlnya tak minat pun 

Sambungan kat movie pandai tarikkk peminat2 ke panggung

Kisah pelajar2 lelaki Kolej Ungku Deramat

Kena tgk sendiri 🤭🤭jalan cerita yg boleh di ambil pengajaran byk tentang kehidupan

“Dendam yg mengubah sesorg yg hanya diam diri menjadi manusia baran”

Ciknur Suka lagu “Manifestasi




Padamkan api keresahan yg lama menyiksa jiwaku

Harus menempuh luka

Monday, October 26

Rak buku @ baju beli kat shopee

Assalamualaikum

Lamaa dah duk tgk kat shopee tu rak begini. Sehari ke sehari asyik belek. Bukan apa risauu nk membeli takut tak serupa yg digembur gemburkan

 Katanya yg ni mudah nk pasang . 

Bukan apa Geram tgk buku2 cik suami tu tak tersusun dlm kotak2

Tgkkkk la Ramaiii beno kan pembantu @ penyibukkk he hee

Org sibuk

Pasang dia pun sibuk jga nak duduk dalam tu. Rasmi duluu






Yg dua ni pun samaa sibukk la belek jga  ha haaa

Bolehlaaaa benda ni cam ringan sgt tak boleh terlebih muatan.

Ambik yg 6 tingkat. Rm89.31.

Nipis je. Guna ni kena berhemah lemah lembut ha haaa

Takut jahanam terusss

Nak letak buku2 last2 jd nya letak benda lain jga

Tshit2 yg nipis ringan cik suami,

Ada ke yg penah membeli ni?


 

Sunday, October 25

Selamat pengantin baru Sarah ❤️Eizam


Alhamdulillah
Termeterai ikatan pasangan  pada. 23/10/26
 Selamat pengantin Baru
Sarah ❤️iezam
Bertempat di Dewan jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Syah Alam.


Sampai jam 12 lebih tetamu dah kemenuhi ruang. 
Mak pengantin bawa kami ke meja depan khas group mengaji. 
Tak dpt la nk snap gambar😊 menu laukpauk sb mkn lauk berhidang .

 Hidangan Kuihmuih di Jawa corner meriahhh betul mcm2 kuih.
Byk lg menu ada char kuew teau/ mee goreng
Ada jga sudut roti bakar
Aiskrim con dan aiskrim Malaysia
Dan jajan2




Ada ubikayu rebus dan sambal bilis. Lempeng pun ada
Punten dan kek2 marble, popia sira, bingka ubi
Lepat pisang, kuih koci🥰


Sudut kedai jajan ni mcm2 pula biskut2 legend ada
Menggamit kenangan zaman kanank2 ni









Dpt bergambar kenangan dgn pasangan pengantin





 

Tuesday, October 20

Cucur bawang di hari minggu


Hari ahad , tiba rasa nk mkn cucur bawang pula
Tghh lapar pg2 tu
Settle ank2 bulus kita moh ler ke dapur pula.
Nak masak apa?
Teringat pula cucur lah cepat dan mudah
Cucur bawang ni ada kisah yg mengamit rasaaa rindu pd arwah mak.

Rasa tergiang giang suara arwah menyuruh ciknur buat cucur bawang ni 
 Penghujung kehidupan nya….

Suatu hari tu Mak tiba cakap ‘ kak buat cucur tepung , cucur kak buat lembut sampai ptg 🥲Allahuakbar bayang kan perasaan masa tu bila seorg ibu nk anaknya masak.
Airtangann mak lg paling sedappp ku bicara je dlm hati
Emmm mak lg pandai . 

Dulu2 arwah mak pg2 buat kuih2 letak kat gerai jga
Zaman ciknur sek rendahh

Paling laku kuih keria, apam kampung, gorwng pisang
Teringat apam kg yg sedappp tu





 Kadang menitis airmata bila rinduuu pd yg tiada ni kan

Oleh ituu hargailah andai masih punya seorg yg boleh
Dipanggil ’MAK’

Cucur ciknur ni simple
Je  bahan utama tepung gandum dan letak hirisan bawang besar
Serbuk kunyit
Garam

Nak lembut bancuh  tepung dgn air panas yg sgt panas
Baru tambah tepung lg dan jga air biasa

Itu kadang menjadi kadang tidak jga😆

Nak lembut dan garing diluarnya.
Cicah sos
Dan mayonis wahhhh memanggg layann
Kalau suami ciknur memang kesukaan dia

Makan dgn sambal bilis ataupun kuah kari.


Sunday, October 18

Jelly kelapa laut gula melaka

Assalamualaikum

Desert pujaan hati menyejukkan jga kala menikmatinya.

Jeli kelapa bukan yg biasa tau , ni versi gula melaka

Dan gabung pula dgn isi kelapa laut

Fuhhhh desert  kegemaran ciknur skrg ni



Nampk kat tiktok hari tu promot isi kelapa laut ni
Terus chek out beli he hee
Biasa kalu sblm ni letak kelapa laut dlm tin tp saje moh ler try beli yg ni pula

Serbuk jeli kelapa beli kat shoppee buat stok
Hari tu cari kat pasaraya memang tak jumpa
kat bakery ada penah nampk
Jga
Tp nk mudah kat shopee tunggu kat rumah je sampai 

I peket ni bykk dptnya
dah siap ada sukatan 
Iaitu air 3000ml
Gula melaka 200gm 

Kalau nk buatjeli kelapa pandan atau kelapa biasa  boleh add airnya jga 
Lg sedappp harum bau pandan

Nak letak longan dlm tin pun sedapp
Mcm2 ikut kesukaan kita sendiri

Siap beku dan makan sejuk2 yummyyy tak cukup
Satu.


 

Friday, October 16

Dubai Chewy cookies




Cik nur tgh minatttt tersangattt  dekat Dubai chewy cookies 

Dari taknakk dulu tu  terus . Nampakk tu yummyy

Lengkap rasa , dgn isi dan kulitnya buat teringat ingatt


Tersukaa he hee tp bila dah suka si pembuatnya pula stop skrg ni.  Kawan ank kedua ciknur yg jual @ Maryam buat jualan sambilan 

Dia stop sb nk tumpukan pd baby sulongnya tgh lasak tu

 kita faham je. Sabar next dia buat kita order lg

Try bykk tmpt jga. Bilq nmpk org jual kita beli tp masih tak boleh lawan kesedapan yg Maryam buat


Ni beli masa ke wangsa melawati
Ok la cuma rasa ada kuranggg sikit kulitnya tak lembit.


Kat tiktok banyak je kan yg menjual cumanya taktau mana yg menepati rasa. Kena try 

Huhuuu

Masa kat eons setiawangsa nmpk jual disini  Milk  Bariey jom kita try 

Emmm Ok tp tak sama jga. DCC Cik Maryam lg sedapp



Snap je gambar mcm2 perisa ada



 

Wednesday, October 14

Breakfast 54200

Assalamualaikum

Dah breakfast ke semua.

 Ciknur breakfast lain sikit dari biasa 

Kejadian pg smlm bila teman boss ciknur ke MpAJ Ampang. 

Blk tu singgah breakfast kat Keramat je walau dah jam 10

Kalikedua breakfast sini. 

Ada menu baru la pengkek platters

Menarikkk. Sedapp gebuu




Kami bertiga. Order  Set klasik ada 2 pengkek ni besar

Ciknur mkn 1 je pun dah kenyang. Dgn honey dan butter

Teh o limau panas. Sebenarnya hidung tersumbat sikit

Selsema jangkit dgn cik suami la ni


Menu member ociknur set roti bakar  ada telur hancur dan  sosej.




Boss ciknur mkn set yg ni
Menu2 nya sesuai utk org yg tak mkn byk.
Total 3 org mkn Rm 40.50


 

Sunday, October 11

Cubaan pertama kali guna Airfryer Oven Cornell


 
Assalamualqikum

 Jom kita Try test he hee

Kita try bakar tart nenas nyonya dalam oven/airfryer ni. Dah sebulan lebih ada disitu

Kebetulan jga jem nenas yg raya lepas masih berbaki. Dpt 1 adunan utk kudap kudap.

Kisahnya byk kali dah ayong suruh Beli airfryer ni sb yg lama rosak. 

Yg lama tu si kakak yg beli . Airfyer sb dia suka panaskan

Sblm ni guna microwave bertahun tahun lamanya  dan akhirnya tamat perkhidmatan. 

Bila muncul airfryer baru beli.

Sebenarnya jarang2 pun guna boleh kira la biasa kakak dan adik je 

 beberapa kali duk panaskan mknan

Brand terkenal jga . (****)  Harga Rm280.

Entahh la apa yg tak kenaa

Geram pun ada sbnya cukup je tempoh waranty setahun rosak

Alahh alahh kann emmm

Patut la ada member cakap jgn beli barangan elektrik kat pasaraya ni. Pasaraya besar tp….. kena baru tau dan percaya

Masa jalan2 ke Eons dgn kakak kita intai2 la barangan elektrik he hee kakak memang suka tgk2  pastu berangan nak yg cantik2 sama warna .

Nampak putih wah cantikknya.  Sama pula warna dgn mixer, 🥰 Mcm ok je ni sekali tgk kat tiktok pun ada.

Riview pun ok , lgpun blh merangkap sekali oven yg kecik.Boleh la nak bakar cookies atau kek kecik2.

Kalau rajin lah he hee

Kalu ada adik kat rumah blh dia buat cookies or cupkek


Taraaaaa
Tart nenas org malas namanya ni

Jadi la mkn2 sendiri kan. Ciknur paling suka tart nenas resepi 


Thursday, October 8

Jerebu akhirnya Sekolah Selangor , Kuala lumpur ditutup


 Susulan masalah jerebu yg makin menjadi

Smlm wassap group berdering dering beri maklumat tentang penutupan sekolah2 rendah dan menengah

Memang sgt sgt skrg ni dah tak nampak bangunan bangunan tinggi tu
Dari rumah biasaa nya nmpk je KLCC dan seangkatannya
Tp sejak semlm kabur semuanya

Takpe hari ni anak2 rest ada jga sek buat pdpr kan


Wednesday, October 7

MC sehari


Cerita  Semalam ke Klinik Hero Setiawangsa

Dari isnin badan rasa tak sedap rasa panas mkn panadol berpeluh dan nanti rasa semula kepanasan tu

Kepala pula kejap tingtong berdenyut sebelah

Badan pun sakitnya , terutama kat bahu dan leher.

Emm  sb tak tahan kol 10 terus ke klinik 

Dpt MC sehari utk berehat ktnya

Balik rumahh terus baring , mkn ubat dan terus  campak hp ketepi moh rehattt zzzz

Allah nk bg brehat kejapp

Dgn harapan bangun …. Lega tapi masih denyut denyut kepala ni. Sambungg baringg

Ni Mc kali kedua utk thn 2026.

First hari awal tahun mc sehari jga sb demam.

Alhamdulillah hari ni lega sikit masih beratt

Rasa kepalaa.






Monday, October 5

Suka hati kopitiam Wangsa Walk


Suka hati kopitiam kat wangsa walk
Ke wangsa walk sb nk pasang skrin protector phone abah
Itu je. Alang2 kat sana tu cari sesuatu utk mkn
Sb adik blm mkn lg

Nmpk je sukahati ni terus masuk
Order nasi lemak
Adik dan abah je
Kakak mkn roti butter kaya

Sedapp nasi lemaknya lengkap kacang ikan bilis telur timun


Adik nasi lemak kena ada ayam goreng


Abah kalu keluar mesti duk belakang kerjanya snap gambar curi dari blkg pastu pos dlm group family
# shopping emmm tak shopping pun tulis shopping he hee
 

 5 November … selamat hari lahir buat adik bungsu Adik bungsu bujang terlajak sorang ni Dari minggu lepas dia Wassap nak suruh hantar KFC  d...