Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Tuesday, May 25

cerita laksa


 bila org kecoh2 pasal laksa

IG asyik lalu LAKSA

fb pn LAKSA

status pun LAKSA

MAKA terhasil jugalah laksa utk mkn tengahari membawa ke malamnya he hee

sis bukanlah peminat tegar laksa tapi kalau ada depan mata memang layannnn

jarang2 nak buat sendiri kalau rasa nak makan beli sebungkus di pasar malam je

sbnya kat umah anak2 pun tak mkn 

en suami sikit mkn

 resepi laksa cara kita disini 👉laksa 


kalau dulu2 kakak rajin juga melaksa ni

di kg pula raya pertama mana2 pegi beraya akan dijamu laksa he hee

lain tangan yg membuatnya lainlah rasanya kan

ikut airtangan dan resepi 

kebetulan ada anak sedara di rumah ni peminat laksa 

jommm la layan laksa dgnnya, 

semua laksa sedap sebanranya

laksa Kedah laksa Penang laksa Perak laksa johor or laksa serawak

walau beza cara dan bahan2nya tp sedappp jewww

selera kan tak sama 

betul tak

apa nak dikesahkannnn


Friday, November 2

laksa oh laksa



ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua....harap kita semua dlm keadaan sehat belaka ye. Sedar tak sedar dah pun masuk bulan november, akan ke penghujung tahun x lama lagi kan. Bakal berganjak lg usia kita.

ok hari ni cerita pasal laksa pulak ye. Ada laksa kedah, laksa penang , laksa Johor dan ada jg org panggil asam laksa. Mana2 pun boleh lah he he tp ini laksa Perak ye sb kita org Perak he he
Sebenarnya jarang sgt buat laksa sendiri ni kalu nak makan sangat tu beli sebungkus pun tak habis. Lgpun dirumah tak ramai yg gemar laksa ni anak2 lglah langsung tak nak. Kalau kat kg tu ok ramai yg suker nak lagi bila anak2 buah ada memang kena berbungkus2 lah. Semua nya hantu laksa.
Kalau raya puasa pula ramai jiran2 yg hidangkan laksa kat kg. Pergi sana laksa pergi pun sini laksa. puaslah mkn laksa ni.

Raya haji lepas pula ayah yg suruh wat laksa ni, ye la kan kalu nak wat mee kari, mee rebus tak boleh makan sbnya kena udang bagai itu kepantangannya sb gout tu. Tp tgk sekali je pak makan. SIL yg masak laksa ni kita tolong2 je he he kalu laksa auker letak bawang besar banyak2 emmm sedappp

LAKSA

ikan sardin 1 kg-direbus dan asingkan isi dgn tulang
1 tin sardin tin-ambik ikannya sahaja
tulang ikan td diblend kemudian tapis ambil airnya shaja
isi ikan pula ditumbuk supaya hancur

*beberapa ulas bawang besar-diblend
*cili kering( ikut suka nk banyak utk yg suka pedas)-diblend
*sedikit belacan
garam dan perasa

bahan-bahan lain yg wajib
daun kesum
bunga kantan
timun, daun salad,bawang besar, cili merah  dan telur rebus

CARA-CARANYA

Masukkan semua bahan2 yg telah diblend ke dlm periuk
dan masak hingga mendidih
masukkan daun kesum daun kantan
rasa secukup rasa

ok siap  jom makan

Assalamualaikum Pg2 hujan membasahi bumi hari ni. Sejukk segar pokok2 Alhamdulillah❤️ ‘Gambar pinjam dari goggle🤭 Antara satey yg sedapp bg...