Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

balik kampung

assalamualaikum Selamat bercuti pada yg bercuti y yg nak balik kampung semoga selamat sampai ke destinasi dengan gembira. gambar ni yg memanggil-manggil utk balik kampung ni he hee Dan ada tugas yg lebih penting jg sebenarnya , nak bawa ayahanda ke hospital taiping Sabtu ini sb ada appointment dgn  doktor Sambil2 tu dpt mkn derian ni, kata mak ada sikit2 lg, blhlah. Kata-kata yg cukup bermakna dan harus difikirkan maksudnya.

cupcake coklat

 assalamualaikum semua nak tulis apa pun tak tau ni he hee tak ada idea langsung Nk layan citer Ariana Rose jap g ni YG siap record t  jom layan je cupcake coklat ni okey boleh gitu..  resepi sebelum ni ada DI SINI boleh intai2 ye selamat malam semua

kata-kata hikmah

gulai lemak telur itik

assalamualaikum selamat berhari minggu alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan masak apa tu ye?maklumlah cuti2 dihari minggu kan banyaklah menu agaknya. Semalam berkesempatan ke rumah SIL di Kuala Pilah ziarah SIL dan familynya yg baru kehilangan ayah mertuanya pada pagi  jumaat 23hb januari. Arwah dah  berusia lebih 100 tahun , AL FATIHAH  semoga arwah TOKDI ditempatkan dikalangan org2 Soleh. Amin kalu dah ke Pilah ni memang macam2 buahtangan dapat bawak balk ke KL, macam2  Sil bekalkan. Ni yg salah satu wajib he hee telur itik kalu tak telur asin telur itik mentah ni. apalagi kita wat masak lomaklah dah tu memang feberet en asben lg. Dari kecik duk melantak telur itik he hee asben selalu citer masa duk Seremban arwah mak memang rajin bela ayam itik ni. Selalu makan telur lah kan. biasa masak lemak kat kg panggil gulai lemak so kita masak pun ikut stail mak.  GULAI LEMAK TELUR ITIK bahan-bahannya telur itik 4 biji santan

kuih lapis pandan

  assalamualaikum apa khabar semua alhamdulillah kembali bersua disini ye. Bila keadaan mengizinkan . semalam lg niat nak wat entry kuih lapis ni tp mlm tadi migrain tiba2 dtg kembali setelah agak lama x menyerang. lepas telan ubat terus paksa diri tidur memang pengsan sampai suboh lah. kuih lapis pandan  ni wat utk sarapan semalam jg masih resepi yg sama dgn sebelum ini     DI SINI cuma disebabkan kaler merah dah habis maka bertukarlah ke kaler hijau pandan ni

suatu petang di hari minggu .......

mi kari sedappp

 assalamualaikum Ya Allah Terangilah Jiwa Kami Dengan CahayaMu Bimbinglah Langkah Kami Dengan PetunjukMu Dan Jagalah kami Dari Siksa Api NerakaMu Aamiin Alhamdulillah Syukur PadaNya  kerana masih diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi yg indah ini.  Malam ni agak kelapangan dptlah ngadap blog ni. emmm masukkan dulu entry mi kari ni ye. yg sempat dibuat hari sabtu lepas utk makan2 beramai-ramai. sempoi je, resepi SIL ni. sblm ni dah ada wat entry pun. layan gambar2 dulu ye mi kari sedap sumber kakak ipar bahan-bahan kuah bunga lawang kulit kayu manis minyak masak 3 sudu besar udang kering* 3 ulas bawang putih*             3 ulas bawang merah*     halia* bhn bertanda * diblend hancur sbtg serai-diketuk 1peket kecil rempah kari daging santan kelapa dari sebiji kelapa 2 kiub pati ayam knorr udang hidup isi kerang daging tofu kering fish ball kentang rebus dan blend-utk pekatkan kuah cara-caranya

bengkang tepung beras pandan

assalamualaikum selamat malam semua. emmm esok dah senin kan. 2 hari je  cuti esok mula cam biasa sarapan hari jumaat lepas ni, wat bengkang beras lagi kali ini dan ikut mencuba resepi di blog Fiza, versi pandan . jom layan bengkang yg sedapp ni ye BENGKANG TEPUNG BERAS Sumber 1 : periuktanah.blogspot 2: fizalgk.blogspot.com Bahan-bahan: 300 gm tepung beras 150 gm gula pasir 1 sudu teh garam 1000 ml santan daripada sebiji kelapa 4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya Cara membuatnya: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa. 2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat. 3.Angkat dan tuang adunan ke dal

kek butterscoth walnut

assalamualaikum esok hari jumaat dah kan emmmm cepatnya rasa masa berlalu  nak kongsi cerita tentang kek yg sempat dibaking utk anakanda sempena harijadi mereka berdua. dari sehari ke sehari nak update, tak sempat2 alhamdulillah malam ni baru berkesempatan. kek butterscotch walnut. Sbnya kek ni feberet si abang is beli kat SR  memang layan habis lah. nak makan beli sepotong dua je  he hhe bila mama terlebih rajin maka terhasilnya kek ni. Ambik makan sepuas-puasnya. He hee sampai x larat Walaupun xlah sama SR tp rasanya sedappp jgk. Kemanisan nya kena kontrol sikit. Nak lg bila dicurah sos butterscotch tu. Bolehlah kan, utk kegembiraan anak2. Ucap tqqqq sgt2 pada yg share resepinya. Jenuh goggle cari   resepi asal  disini     SPONGE CAKE BAHAN2 :   275 gm tepung 1 sudu teh baking powder 1/2 teaspoon baking soda secubit garam *Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak 150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan 220 gm gula pe

selamat hari lahir Saif al Muqmin & Sarah Nur Izzati

 assalamualaikum alhamdulillah 5 jan genaplah 14 tahun usia anak bujang sorang mama ni dan 6 jan pula anak dara bungsu mama genap 7 tahun, setiap tahun kami kongsi kek besday tau he hee senang keja mama kan Syukur alhamdulillah, harapan dan doa mama serta abah anak2 membesar sehat sempurna dan sentiasa beroleh kejayaan di dunia jg akhirat. jadi anak yg baik, soleh dan solehah....Amin sekadar berkongsi gambar2 sbgai kenangan saat2 gembira semalam. kek feberet si abang Is ni kek butterscoth walnut ala2 SR he hee 1,2, 3 tiuppppppppp he he entry akan datang resepi ke ye

bengkang tepung beras

assalamualaikum He he maaf ye entah mcmana terkeluar entry yg x sempat cerita apa2 ni. Tertekan pulak Tqqq yg bg komen Biasa la 2 hari ni buzy uruskan ank2 msk sekolah dgn perbagai perkara Pagi pulak dgn pendaftaran ibubapa ank2 di Taska, ank2 yg transit sek rendah sampai mkn pun x sempat ha haa Bengkang @ bingka tepung beras ni dah langsai pun. Buat masa nk blk kg baru ni. Kebetulan blk pg so mlm buatlah khas utk mak kat kg,YG suka sgt bingka ni kuih yg berasaskanTepung beras kan blhlah mak mkn tanpa ragu2 he hee Buat sikit je setengah adunan Puashati sb mak puji sedapppp he hee Nanti update resepinya ye. Ni kepenatan lg He hee. Resepi cp dari Kat blog Rahel Tqqqq Rahel. Sungguh lemak dan lembut bahan-bahannya 2 cwn tepung beras cap teratai 1 cwn gula pasir 1st garam 6 cawan santan -dari sebiji kelapa 1 helai daun pandan cara caranya campurkan semua bhana2 ini dan tapiskan kacau dlm kuali hingga berwap pekat sikit mcm bubur dah siap masukkan d

selamat menempuh alam persekolahan 2014

assalamualaikum sessi baru bermula esok. melangkah kembali ke sekolah seperti  biasa ye wahai anak2  buat anak2 yg baru melangkah ke tahun satu dan tingkatan satu selamat melalui episod baru ye. Alhamdulillah nampaknya ceria belaka anak2 kita nak g sekolah. si kecik Sarah ni tak sabar sebenarnya nak jumpa kawan-kawannya tgk anak2 lain jg semuanya tak meragam. semua bersemangat nak bersekolah  Kakak Tisha thn ni ke Smk dah. Teringat ketika msk form 1 dulu