Sunday, November 16

coklat chips famos amos sedappp



assalamualaikum

alhamdulillah...syukur masih diberi peluang meneruskan kehidupan diatas dunia ini
syukur masih diberi ruang  utk menghirup udara segar..
Kehidupan kita ibarat roda  yg sentiasa berpusing ke atas dan ke bawah...apapun yg berlaku kena terima dgn Redha

bak kata 2 ini yg cukup bermakna

LIFE IS LIKE A BOOK
SOME CHAPTERS ARE SAD, SOME ARE HAPPY
AND SOME ARE EXCITING
BUT IF YOU NEVER TURN THE PAGE, YOU WILL NEVER KNOW WHAT THE CHAPTER HAS IN STORE FOR YOU




apapun yg terjadi kehidupan tetap kena teruskan.....

emmm  okey sambil layan diri smlm sempat layan keinginan nak makan cikut coklat chips ala famos amos ni. keinginan anak-anakanda sebenarnya. Biskut kegemaran ramai kan. Bau yg sgt2 mengugat he hee kembang kucup hidung time membakor cikut ni. ha haa

alhamdulillah dpt satu bekas wat kudapan. sedappp  ranggup
rasa yg sempurna cam puji diri sendiri pulak ye
sungguh tak cakap bohong,memang sedap biskut coklat chips yg ni.

Tak rugi try resepi  coklat chips  dari kat dapur LIZA NI/intaidapur.
 TQQ YE. Liza pula skodeng resepi dari blog Naz. Semoga empunya resepi asal diberkati dan dilimpahi rezeki di atas perkongsian resepi yg bagus ini kan. AAmiin
Kita panjang-panjangkan resepi sedap ni semoga dapat pahala jg
in sya Allah


COKLAT CHIPS FAMOS AMOS

bahan-bahan utama
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - opTIONAL
  • Cara-cara :

      1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
      3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
      4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
      5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG6.
      6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.7.
      7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, November 12

macaroni bakar


assalamualaikum

alahai nape plak takleh komen kat blog dgn hp ni
uwaaaa...dpt tgk je blog2 kawan2
terpaksa pendam hasrat buat sementara
harap takda yg lupa ya bila kita jarang komen
jiwa meronta-ronta  jg ni
ye la kan biasa boleh la time2 tengahari tu curi2 tgk blog
sambil tunggu budak2 transit ni blk.
ini dpt tgk je lah no komen2


kalu kat rumah masa nk ngadap laptop masa agak terhad huhu
kes cepat terlena
nak wat entry pun asyik tertangguh



firstime buat macaroni bakar ni
suka suka he heee
ramai yg mengemarinya jg.


macaroni siap dimasak tunggu nak masuk oven
sos yg sedia 
jommm layan


Monday, November 10

goreng pisang or pisang goreng cheese


assalamualaikum

apa khabar semua teman2 alam mayaku
sedar x sedar dah November kan, penghujung tahun bakal tiba jg
skrg jg musim hujan ,petang2 lazimnya KL ni akan hujan
siap sedialah payung ye.
untungnya pokok2 disirami air setiaphari
alhamdulillah...apapun syukur padaNya.
apapun yg diberi kita terima dgn gembira




kita cerita tentang pisang hari ni he hee
sbb sana sini nampak org jual pisang goreng cheese kan, demam cheese kah. 
emmm setakat ni kita pun dah terjebak membelinya,  3 tempat yg berbeza dah try he hee
nak rasa sedap sangat ker pisang goreng cheese ni dan bila beli ditempat yg berbeza blhlah bandingkan.
  pengomen utamanya en suami. setakat ni belum ada yg blh lawan kesedapan rasa  pisang cheese yg en suami makan waktu kat Sabah . katanya lah....
rupanya pisang  goreng cheese ni pisang digoreng pastu buh cheese yg diparut dan sblm tu buh jg susu pekat.
alkisahnya....tp teman ni kat kg memang suka makan pisang goreng ni cicah susu pekat tu. nak lg kalu pisang nangka yg  blm masak 
ranum rasanya masam2 sikit fuhhh sedappp cicah susu hingga menjilat jari he hee
feberet tu, kalu pisang batu pun sama sedapp cumanya jgn terlampau masak sbnya nanti lembik.
kalu pisang raja pula cam kelat2 sikit, ataupun kat KL ni  byk jumpa pisang abu dan pisang tanduk.

sabtu lepas g pasar malam alhamdulillah dptlah seikat pisang nangka he hee balik terus goreng, apalagi cicah susu
kata en suami mana cheesenya hahaaaa
alamak xyah cheese kot. sbnya goreng camni ranggup2 pun habis licin jg.

okeyyyy jommmm layan pisang gorenggg




Saturday, November 1

victoria sandwis kek




assalamualaikum

selamat petang semua.
dah siapkan makan petang 
emmm hujan2 ni lapo je
kat sini cuaca sejuk lepas hujan, alhamdulillah
segar pokok2 disirami air




taklah rajin ye, tp teringin nak rasa sendiri kek yg nama omputih ni
dah buat kita tahu dah sedap ker tak  kan
kadang2 apa yg org kata sedap tu tak semestinya  sedap  jg di tekak kita ni.
kek ni cam kek biasa atau kek butter
tp dilapisi jem strawberry dan letak krim sikit
sb tu namanya sandwish 

sedappp 



jom tengok resepinya, hasil carian di goggle
pencarian terhenti di sini juicycafe. tqqq ya
tp akak wat separuh daripada sukatan ni dulu




bahan-bahannya

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur A
1 sdk perasa vanilla
250 gm tepung superfine*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdb susu segar

Bahan-bahan filling..
300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul
150 gm freshcream - pukul sehingga kental
1 sdb snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama perasa vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata.
4. Tambahkan susu dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci. Oles sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oles mentega lagi.
6. Tuang adunan sebanyak +- 470 gram untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah tengah adunan. Ini supaya kek tidak naik membukit di tengah tengah ketika proses pembakaran.
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30-35 minit.


sabtu 12 hb oktober gantung periuk kita sb ada jemputan kenduri kawen drpd kawan sekolah en suami  Wedding anknya, dkt je Ampang Sabtu si ka...