Showing posts with label cucur. Show all posts
Showing posts with label cucur. Show all posts

Wednesday, April 10

lemon, dan kebaikkannya


assalamualaikum

apa khabar semua ye, alhamdulillah andai dianugerahkan kesihatan yg baik tp andai tidak pun syukur jg kerana semuanya dariNYA

dalam 2  minggu ni 2 anak daraku pun asyik demam je, sekejap baik pastu esoknya demam lg. Si kakak pula rupanya demam sb tonsil, kata doktor kalu tak baik2 jg kenalah di buang utk elakkan ianya berulang. Patut la kakak suram je ingatkan cuma sakit tekak biasa. Mungkin sb panas pastu kurang pulak minum air suam.
biasa la kan budak2 ni balik asyik teguk ais batu je kan
adik pun sama tiapkali blk pra eskrim lah, kejap kawan belanja kejap dia beli hu huuu

ok panas2 ni sedap kalau dpt hirup teh lemon ais kan, terasa nyaman je tekak.

cerita pasal lemon so mari kita tgk akan khasiat2nya.

 KEBAIKAN LEMON

Lemon juga mengandung banyak vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosfor serta protein dan karbohidrat. Banyak sekali menu makanan yang memanfaatkan lemon sebagai pemberi cita rasa mulai dari cake, masakan berbahan daging ayam, minuman atau pun sebagai penghias.

khasiat lemon yang paling umum adalah dengan cara memerahnya  kemudian dicampur dengan air putih. Ada banyak manfaat  yang blh diperoleh dari minuman bercampur lemon. 

1. Baik untuk perut

Lemon dapat membantu meringankan masalah pencernaan bila dicampur dengan air panas, termasuk di antaranya mual, mulas dan parasit. Dengan minum jus lemon secara teratur, perut Anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Lemon bertindak sebagai  agen pembersih. jus lemon dpt  menyembuhkan sembelit. Bahkan jus lemon juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu Anda mencerna makanan dengan membantu hati memproduksi empedu lebih banyak.

2. Perawatan kulit

Lemon dapat menjadi ubat antiseptik alami, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit. Konsumsi sehari-hari air jeruk lemon dapat memberikan perubahan besar dalam penampilan kulit Anda. Lemon memiliki fungsi sebagai ubat anti-penuaan, menghilangkan kedutan Bahkan jika ditempelkan pada daerah luka bakar dapat memudarkan bekas luka.

3. Perawatan Gigi

Tahukah Anda bahwa air lemon punya fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, apabila jus lemon segar ditempelkan pada area gigi yang sakit, dapat membantu dalam menyingkirkan rasa sakit. Memerah jus lemon pada gusi dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

4. Sembuhkan sakit tekak

Lemon adalah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah yang berkaitan dengan infeksi tekak,  dan tonsilitis akibat bakteri. Untuk mengatasi sakit tekak Anda blh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus lemon.

5. Menurunkan berat badan

Rutin meminum air lemon dpt menurunkan berat badan dgn lebih cepat.  jus lemon yang dicampur dengan air panas dan madu, juga dapat membantu mengurangi berat badan.

6. Kontrol tekanan darah tinggi

Air lemon bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi orang yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercaya dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, , mengurangi  tekanan

7. Membantu penyembuh gangguan nafas

Jus lemon membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutama pada orang yang menderita asma.

8. Mengubati rematik

Lemon memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati rematik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan bakteri dan racun dari tubuh.

9. Meredakan demam

Jus lemon dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam, dengan meningkatkan pengeluaran peluh

10. Pembersih darah

Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air lemon kerana mempunyai sifat sebagai pembersih darah.


banyak kan khasiatnya ...jom kita minum air lemon

Monday, November 5

cekodok pisang lemak manis


assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Syukur alhamdulillah masih diberi ruang utk terus berada disini
sejuk je hari ni kan, ujan dari tengahari  sampai skrg pun masih  renyai-renyai dan mendung je diluar tu. Berenti kejap hujan td tp kembali hujan semula. 

ok kita masuk ke menu yg nak tayang hari ni ye,,,biasa jek yek
alahai cekodok je. Bila hujan2 ni perut lapar je kan hehe ada cekodok pun ok, nak lagi ada kopi atau teh o panas fuhhh sedappp. Pisang lemak manis namanya kat kg tp setengah tempat mungkin nama lain kot.
pokok pisang ni memang selalu je berbuah . Ada je buahnya tiapkali balik kampung.


Memang dah tak laku dimakan dek budak2 pun, gantung kat situ sampai relai buahnya alahai sayang je kan.
Tp bila lenyek2 jadikan cekodok sah-sahlah laku he he goreng je habis goreng je habis sampai tak menyempat. Biasala kan pagi memang lapar sementara menunggu makan berat sikit.
Pisang ni btknya lebih kurang pisang emas, baunya pun harum
Dimakan mentah pun sodap he he masa kenduri kawen ank buah di Chini tahn2 sudah wife kepada anak buah buatkan desert puding diraja kalu x salah la. emm memang sedap
sempatlah rasa sikit. Nak tunggu merasa lg kena tunggu anak buah bungsu tu kawen he he lambat lg lah kan

ok  hingga disini dulu ye INSYAALLAH panjang umur jumpa lg

Wednesday, February 1

cekodok pisang je

Assalamualaikum
selamat berehat ya wat warga kota hari ni...cuti hari wilayah kan, sempat la nak keluar jalan-jalan ni. ke Tasik Titiwangsa ke kan sbnya hari ni kalu nak boat free tau. Best gak tu kan
Hari ni kan layan cekodok pisang je he he pisang batu. Dah lama terperap dlm peti ais tu ha.

sebab pisang ni dah terlebih masak nak wat goreng pisang dah tak sedaplah...lembik nanti berminyak-minyaklah ia, baik blend pastu campur tepung jemput2 jadi cekodok. Sebenarnya kat umah ni laju je kalu cekodok ni semua suka. Tak kira petang ataupun pagi,
Rasanya semua penah buat ni. Resepi masing2 kan tp bagiku pulak kalu cekodok pisang suka blend hancur dulu baru masuk gula garam dan tepung beserta soda. Kasi dia naik kembung sedap. Sbnya setengah org suke lenyek2 je sb tak nak terlalu hancur pisang tu kan dan tak suka letak soda.
he he lain selera ye tak.

ok cukup setakat ini. jumpa lagi. TERIMA KASIH

Sunday, January 8

cucuq durian @ cekodok durian

assalamualaikum
cucuq @ cekodok durian kegemaranku sudah mai he he sedap wat makan time petang2 takpun time bekfas kan kan.  Musim durian je baru merasa makan cucuq durian ni dulu2 la skrg durian dah tak bermusim anytime anywhere ada kan..
tapi kan cucuq durian ni makan kol 12 tengahari dah...ha ha nak tau nape??
ni nak citer ye, pelik sikit sebabnye bila dah siap bancuh tepung ngan durian ni kenalah perap dulu sampai dia naik baru lah sedap digoreng.. takyah pakai soda lagi dah. Itulah rahsianya yg membuatkan cucuq durian ni gebusss







Buah durian ni makan ngan pulut santan pun sedap ...kalau masak wat pengat cicah ngan roti pun sedap jugak issshhhh semualah sedap habis citer he he

cam biasa resepi cucuq durian takda sukatan he he kita main letak je


mula2 asingkan isi2 durian ni dari bijinya dlm 6,7 ulas 


lenyek2 isi durian biar sebati + sikit gula + garam


masukkan sedikit air


pastu baru masukkan tepung gandum dlm 2 cawan  agak2 ye ( adunan macam nak wat cekodok..).


dah sebati biarkan tertutup beberapa jam


lagi lama lagi naik tp jgn sampai ke petang pulak nanti masam cam tempoyak hu hu


panaskan minyak dan jemput2 guna tangan @ sudu ke dalam kuali 

goreng hingga perang


angkat, tos dan boleh makan.


senangkan....selamat mencuba ye








Assalamualaikum 2 hari jga tidur tak tenang alhamdulillah tqq yg komen dan beri semangat pd ciknur.  Bila kita luahkan dgn tulisan ni kadang...