Wednesday, September 30

taman tasik Taiping


Taman Tasik Taiping

keindahan panorama yg sering jadi tumpuan

tenangkan jiwa 

lihat tasik yg airnya sangat tenang dan 

menarik nya bila kesini sb pokok2yg cantik yg berusia puluhan tahun



dah boleh posink tgh2 jalan skrg hee hee

bila laluan kereta ditutup

hanya yg berjalan dan berbasikal shj dibenarkan








 boleh masuk list cuti2 Malaysia pada yg belum sampai kesini ye


hotel2 penginapan pun banyak tak perlu risau



Tuesday, September 29

jalan jalan cari makan kat Taiping

assalamualaikum

walaupun sis  org Taiping tp jarang2 dapat singgah di sini makan2 he hee

Yong tau fu Belakang Bomba ni

tempat femes Taiping 

kebetulan hari  jumaat tu kena jemput adik kat stesyen bas kemunting sampai jam 9 malam 

so sambil2 tu bawa kakak dan anak nya 

skali jalan2

sementara menunggu singgah la sekejap di Tasik Taiping utk berfoto ha haa

 dan  singgah juga umah kakak sis yg duk sini, Taman sentosa

malamnya baru  kami  keluar makan2 


anak buah sis yg teringin sangat yong taufu  so layannn je dia

gerai pilihan memang banyakk, boleh pilih mana satu

menu lain pun ada, sis makan koteau goreng dan lai chi kang

asben  dan kakak sis pilih nasi paprik








 

Monday, September 28

kampungg



assalamualaikum

sekejap dah penghujung september kan

alahaii tak sempat nak menulis 

konon2 nak wat entry banyak sikit

minggu lepas luangkan masa balik ke kampung , asyik plan tak jadi

akhirnya dapat balik jenguk kebun yg hampir 3 bulan tak jengah ni

bersemak samun dah pokok2



bila cuaca sekejap  hujan sekejap panas ni kan

alhamdulillah pokok2 kelapa, cempedak yg en suami tanam masih ok

he hee

pokok2 durian pun alhamdulillah daun22 makin bertambah dan subur

sesuai dgn baja agaknya

semoga tahun 2021 ada rezeki lg dapat tunggu durian gugur 






 kalau disini air parit ni lah tempT BEST bila kemarau air tak berapa laju

santai2 disini bila penat menyangkul ha haaa


tunggu siap pondok boleh makan2 @ berkelah😍😍😍



Tuesday, September 8

kek marble coklat pandan


assalamualaikum semua. selamat pagi😍

semoga kita semua sehat2 hendaknya ,

sentiasa di dalam perlindunganNya






 kek marble chocolate  pandan nama diberi, nak nampak sis tambah kaler hijau@perisa 

pandan sedikit,rasanya memang ok sedapp bg pengemar coklat

kek marble ni ramai yg mengemarinya kan, dari dulu2 lg

dan kebiasaan yg selalu buat kek marble yg letak kaler merah hijau k

 sis suka kek marble guna planta , kek marble mcm dulu2

RESEPI DISNI YE KEK MARBLE

ok jumpa lagi




Saturday, September 5

kek butter chesee


 selamat berhari minggu

emmm minggu kl dilanda ketiadaan air huhuuu💁💁dari khamis tengahari tiba2 stop air

sabar je lah merunggut pun tak guna, so terima sbgai ujian kehidupan didunia


ok jommm tenangkan hati yg gundah ini

kek ni sis buat sunday lepas lg saja utk mkn2 dan nak abiskan stok cheese yg hampir expired date

tak perasaan pula sis dlm box ada cheese yg tarihknya dah penghujung ha haa

tu sb kena cek barang2 ni kan kadang beli tak perasaan datenya tu

jadinya sis baking kek butter ni tambah cheese hasil carian resepi kat ig Che ta 

reaksi fisrt woww sedapppnya kek ni😁😁percubaan yg baik

alhamdulillahh boleh buat lg pasni kan  he heee



Friday, September 4

20 ogos happy birthdayyy my girl



 tarihk keramat 19 tahun yg  >20 hb ogos 2001< tepat jam 1 pg kelahirannya😍

di Hospital Damai Servis Taman Melawati

anak ke 2 yg kelahirannya sangat2 mudah seingga tak menyempat tunggu Doktor yg masih dlm lift  

 he hee.....

kelahirannya di sambut seorg jururawat

nama diberi pilihan ayah saudaranya

Siti Fatimah Firasyah

💗💗

HAPPY BIRTHDAYYY SAYANGG

doa mama sentiasa mengiringi perjalanan kehidupanmu

utk berjaya dalam pelajaran, dan dpt mengapai cita citamu impianmu suatu hari kelak

jadilah anak yg solehah yg sentiasa menyenangkan  membahagiakan mama abah



 


Wednesday, September 2

asam pedas masak lemak daging


salam semua

september sudah ye hari ini. alahai cepatnya masa, 

masih blm abis cerita cuti3 hari tu

sblm balik kami dtg ke pd sekejap ikut aadik ipar , ke teluk kemamg. tp sis singgah sekejap je sbnya 

sana ramai betul hari tu, emm  sanggup nak lama2 so terus  keluar cari makan he hee

tempat makan pilihan kami bila ke Pd inilah biasanya

mcm2 menu ada disni tp makan tghari nasi putih dan asam pedas ni pilihan en somi

sis suka daging masak lemak nya

anak2 pula si kakak  dan adik menu nasi ayam 

si abang disini pikihannya nasi putih dan daging kambing bakar

coconut shake dan manggo pun ada 



 

Alahaiii busyukkk mama satu ni Cederaaa dah Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya...