Thursday, December 15
Monday, December 12
kek coklat kukus
Assalamualaikum
Semalam berkesempatan ke rumah abang yg baru pulang dari Mekah. Alhamdulillah gembira tgk kegembiraan abangku itu...berseri-seri kan org balik HAJI ni. Bila pulak turn daku ni....
Seronok dengar dia bercerita tentang apa yg dilalui di sana.
Dah kalu nak ke rumah abang Nan ni mesti bawa sesuatu kan...anak2nye seramai 6 org tu memang kaki makan he he biasa le kan . Tapi yg ada 5 sb yg sulong di UPSI. Tiapkali dtg sana memang budak2 ni mintak kek coklat je. Tu yg senang keja makcik diorg ni ...
tp kan mesti nk cari yg senang wat ye tak...
kebanyakan blog2 ada resepi kek coklat ni.
ada masa nanti nak masukkan resepi kat sini...skrg tak sempat lg..
ok jumpa lg...
Sunday, December 11
kuih bom labu
salam hari Isnin...
hari ini kita sarapan dgn kuih bom labu ataupun bebola bijan labu ye. Dah biasa panggil kuih ni dgn nama kuih bom..entah dtg dari mana tak taulah tp memang itulah yg tau he he maybe sb dia bulat2 kot..iyerrr sedap rupanya bila ubi di tukar dgn labu ni kan. dgn mak selalu wat kuih bom ubi kayu . memang lain rasanya lemak2 manis labu. Tp kan kita ni memang suke sgt kalu kuih yg berintikan kelapa ni...inti sentiasa ada dlm peti ais..
Labu ni pulak hasil tanaman mak kat kg jg, balik raya haji tu petik sendiri he he bawa balik 3 biji...dah sebulan masih ada sebiji duk di ceruk dapur tu ha ha jadi terpaksa rajinkan diri wat jg kuihmuih ni, Bingka sudah.bikin .. lepat sudah... masak lemak pun dah bebarapa kali ...pengat pun dah...apa lg nak buat ni...tiba2 teringat kuih bom ok jom menerai...
dulu2 zaman sekolah rendah biasa tgk mak buat kuih2 ni tp kan mak memang buat tak sukat2 pun, biasa la kan org dulu2 kan main letak je tp mesti menjadi ye tak...tu yg susah nak tanya resepi ni. Cuma kalau nak tau kena tengok masa mak buat dan pandai2lah kita kankuih bom labu
bahan-bahan nye
1 1/2 cawan isi labu yg telah direbus dan dilecek
2 cawan tepung pulut @ tambah kalu terlalu lembik ye..
inti kelapa gula merah
cara-caranya
campur kedua-dua bahan ini hingga sebati jgn terlalu lembik ataupun keras
pastu ambik sejemput dan leperkan. masukkan inti kelapa kat tengah2 dan tutup.
Bulat-bulatkan dan bolehlah digolek atas bijan
goreng sampai kekuningan...
dan boleh makan panas-panas....
SELAMAT MENCUBA YE
Thursday, December 8
RILEX2 DI TASIK TITIWANGSA
axvt hari minggu ahad lepas bersama family. Jalan2 kat TTW, lama sudah tak kunjung kesini, w/pun perjalanan dlm 20 minit je.
tengah tunggu nak naik bot, 1/2 jam 3 hinggit je. Sekbaik muat 5 orang...
senang sikit kan nak cari budak2 ni...
ok jumpe lagi....
Wednesday, December 7
elegik rambutan ooo rambutan
assalamualaikum semua ..
hendaknya kita semua diberikan kesihatan yg baik hari ini dan hari2 yg mendatang.
Jadi kena beringat sebelum kena, Sihat sebelum sakit ye tak...
Sekarang kan ada byk jual entah musim kat negeri mana. Rasanya skrg bila2 masa ada jual kan buah rambutan ni. Tak susah kalu sapa-sapa yg mengidam he he
Dulu2 lainlah,,,,setahun sekali kot musim rambutan ni.teringat citer dulu2 kat kampung pokok rambutan belakang umah je. Jadi tempat lepak2 bila balik sekolah, siap leh panjat lagi....Tiba musim buah-buahan lagilah seronok leh la main petik2 je,sampaikan belum sempat masak ranum baru keluar
Cuma skrg ni ada sikit compius hu hu nape yek la ni dah tak leh makan lagi rambutan ni...byk kali perasan bila makan je rambutan bibirku gatal2 dan macam kemerahan pastu mengelupas...sedeyyyyy sgt2 3,4 hari gak nak ok balik. Kesiankan daku...mak kata elegik. Dah try basuh banyak kali sblm makan dan kupas pakai pisau tapi still sama kesannye..Nape yek pleaseeeee sapa yg tau hu hu ada ke sapa2 cam ni.
Susah betul tiapkali terpandang buah rambutan ni keinginan tarpaksa disekat hu hu skrg kena tengok je.lah.. cukup menguji kesabaranku. Ni duk sebakul rambutan kuning kat dapur...aduhhhh kena tutup mata nampaknya....
Saturday, December 3
chiffon keladi pulak...
assalamualaikum
Chiffon lagi he he dah macam ketagih pulak ni...keinginan yg tak dapat ditolak. Keinginan nak mencuba lagi dan lagi...bahaya tu kan. Apapun sebaik la ada yg suke makan kalau idak apa la nak buat ngan kek2 ni.
Masih guna resepi yg sama resepi chiffon pandan kak YATIE MEMORIES BLOGSPORT.
memang disyorkan siapa2 yg nak buat boleh ikut resepi kak Yatie ni sb mesti menjadi punya kan.
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
*pewarna purple dan perisa keladi
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara
Bahan (A):
- Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
- Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
- Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
- Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
- Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
- Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
- Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
- Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
- Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
- Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
emmm yummy katanya...
ok setakat ini sahaja dan salam sejahtera SALAM 1 MALAYSIA...
Friday, December 2
LOMPANG HIJAU
Salam sejahtera semua, makan apa hari ni ye? orang dah makan tengahari tapi kita duk sibuk ngan makan pagi lgi ni he he. Hari ni wat sarapan kuih lompang ataupun kasui. Kita biasa panggil nama lompang je...
lompang kaler hijau sebab nak segarkan mata....
apapun asal leh makan ye tak, paling suke makan letak kelapa parut banyak2 sikit....sedapppp
macam2 resepi ada kan tp yg ni kita ikut resepi dari majalah Harmoni, lama sudah...tp simpan dlm fail resepi2ku...tak ada pulak tulis nama yg empunya resepi..wat rujukan sendiri dan siapa2 yg nak cuba bolehlah tengok sini ye
bahan2nya
150 gm tepung beras
1/2 biji kelapa-ambil 400 ml santan
150 gm gula
1 sudu kecil tepung ubi
cara penyediaan
campurkan kesemua bahan2 kacau hingga gula hancur
kemudian letak pewarna dan tapiskan..
bolehlah dikukus dlm 20 minit.
alhamdulillah siap sebagai makan pagi tp wat makan petang pun ok kan...
SELAMAT MENCUBA..
makan strawbery dgn kek coklat
sedapkan tengok strawbery merah menyala ni he he sayang pulak nak masukkan dalam mulut tu
salah satu buah yg jd feberet kat umah ni. kita makan lak ngan kek coklat fuyooo lagi sedapkan....rasa manis masam campur rasa coklat..
sekarang senangkan nak dapatkan strawbery ni mana2 pasaraya ada jual. Walaupun taklah semanis strawbery yg kita ngap terus kemulut kat CH tu.
wassalam...semoga hari ini hari yang membahagiakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Alahaiii busyukkk mama satu ni Cederaaa dah Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya...
-
Minggu lepas punya cerita mkan2 @potluck jamuan raya Taska. Cawangan tmpt ciknur bertugas. Menu potluck yg dibawa parents anak2 dan jga yg d...
-
sebelum tirai 2022 berakhir jamuan kecil kecilan , potluck anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember ...
-
21 hb September.... hari kelahiran suami tercinta En Sulaiman Hj Mohd Rashid Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat ...