Showing posts with label laukpauk. Show all posts
Showing posts with label laukpauk. Show all posts

Thursday, May 23

ikan tenggiri masak asam


assalamualaikum 

smlm kan 22 may cuti wesak. 
berpagi pagian turun dapur tau he hee 
sekali sekala dtg rajinnya. 
kita masak lauk kegemaran sil,  kegemaran ciknur jga. 

menu tambahan kasi clear sayur dlm peti ais, goreng sayur campur dan ayam kicap bersama kentang. 
dan  harus la ada lauk ank2 dara. kebetulan kakak pun cuti. 
budak2 ni kalu xda ayam tak sah. 


 bubur jagung mlm td punya. Bila mama teringin nk mkn malam2 pun buat je he hee jagung dlm tin. letak sagu mata ikan. 

mkn sejuk2 baru sedapp kan
moh ler layan

Wednesday, March 22

Ramadhan kareem & Rendang pedas ayam




ASSALAMUALAIKUM

 Salam.Ramadhan BUAT semua.

Alhamdulillah syukur diberi kesempatan berada di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini lg.
Bulan yg di nanti nanti.

Sempena bulan ramadhan ini, jga Cik Nur ingin mengucapkan selamat berpuasa..  mohon maaf jika ada salah laku, terkasar bahasa dan mohon halalkan mana yang terkurang dan terlebih..

Selamat menunaikan Ibadah puasa dan solat terawih.

Mesti semua ada kenangan dan cerita bila Ramadhan menjelma.

Sahur, alhamdulillah sempat mlm td masak lauk utk bersahur.

Buat rendang ayam kegemaran. Last minit ke Rosyam Mart cari ayam. serai, santan Beli sekor jadi la kan.

Bila nk sambut puasa arwah mak dulu memang wajib la masak rendang ni.

Tak lengkap kalu xda rendang he hee

Memandangkan SIL masih kat wad ,ciknur buat je gaya resepi sendiri.

Biasa SIL akan buat rendang negeri 9.

kita tukangg tolong kacau atas api je.

gambar ni gambar lama , smlm x sempat pun nak bergambar

RESEPI jga penah share boleh tgk dkt entry sblm ni

๐Ÿ‘‰  rendang-pedas-ayam.



Thursday, June 3

Rendang Hati lembu


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA

salam jumaat 23 syawal

smlm cerita rendang daging, hari ni sambunagn rendang hati he hee

selepas masak rendang daging en suami cakap ok lulus sedappp๐Ÿ˜๐Ÿ˜ jadi mama punya rendang macam arwah opah selalu buat.

sukaaanya kita tau

dan siap dia request pulak pasni try la buat rendang hati dan  limpa pula

emmm bila cari minggu lepas jumpa la hati tapi limpa dah abiss

sb masih proses memcuba resepi rasanya kena ejas lg ni bahan2nya

masa rendang daging ok, kali ini terpedas pulak

alamak cili kering kali ni jenis pedas kot

yesss apapun berjaya buat rendang mak akhirnya

resepi jgn tanya lg ye, kena ejas dulu bg sukatan yg betul2

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



rendang daging paling bestttt


 assalamualaikum semua

Rendang daging paling bestttt....wah tajukk he hee

best pd sis mungkin tak best bg org lain

sedia maklum itu

lain org lain seleranya kan

tapi bg sis inilah rendang yg paling sis suka dari dulu duluuuuuu dan kini 

buat pertama kali juga dah berjaya buat mkn hasil airtangan sendiri ha ha tp masih proses belajar dan try and error lg utk dptkan resepi yg tepat


sebenarnya rendang daging campak2 resepi arwah mak dulu2 memang inilah tiapkali raya akan buat utk di makan bersama lemang

dan lemang arwah mak aduhaiii sedappppnya

cukup lemaknya dan lembut 

memang takda resepi bila tanya kakak pun dia cuma bgtau bahan2 apa yg diperlukan dan caranya 

sebenarnya bg sis rendang ni sedapppp bangat sebabnya bahan2 pun simple shj

takda limau purut atau daun kunyit tapi bukan sb x ada tapi resepi ni memang mak tak mskkan limau purut.

serai pun hanya diketuk , 

daun kunyit biasanya utk kami Rendang pedas ayam, itu wajib ada daun kunyit he hee

yg buatnya rendang ni sedappp sb kerisik tu hasil buat sendiri

goreng kelapa dan tumbuk dgn lesung batu aduhhhhh baunya fresh 

๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Monday, November 30

ayam goreng kunyit


 Ayam Goreng Kunyit

hari hari ayam๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•

naik geli tekak mak he hee

tp itulah yg jadi kesukaan anak2 ni emmmmmm

kannn

anak2 dara ni kalau tak ayam goreng ala kfc @ mcd

ayam goreng popcorn

ayam masak kicap, asalkan ayam ada

Tapi bila ayam goreng kunyit ni mama tumpang makan sayur2nya๐Ÿ˜Š

menu paling simple mudah







Thursday, October 29

ikan masak asam


 assalamualaikum

salam Maulidur Rasul

jom berselawat ke atas Nabi Junjungan kita

alhamdulillah

alangkah indahnya hidup ini

masih Allah beri kesempatan utk kita bernafas


menu feberet sis tp jarang2 dpt nikmati masakan ni

dan bila ada kesempatan baru dpt nikmati


IKAN MASAK ASAM

menu simple dan mudah

dulu2 arwah mak sis suka masak ni, kami semua suka makan

lazimnya mak masak dgn ikan tongkol @ ikan 

kayu

dan letak timun hijau emmm sedappp betul 

mkan dn nasi panas2 aduhhh bertambah nasinya

kan๐Ÿ˜


goreng ikan dulu garing2

panaskan minyak dan tumis hirisan bawang 

putih/merah, halia

masukkan air asam jawa @ cuka

bahan2 hiasan cili besar ,bawang besar, tomato/timun

dan isi ikan

garam/perasa

siappp






Monday, June 8

rendang pedas AYAM



assalamualaikum

Salam syawal semua

alhamdulillah

masih diberikan kesihatan yg baik dan dpt meneruskan kehidupan ini

smlm sempat merendang 1 ekor ayam

utk kawan seorg Nurse 

katanya utk makan2 bersama rakan kerja

jamuan kecil kecilan la tu sempena Aidilfitri


dan buat pertama kali akk merendang mengunakan kuali ni

lebih mudah sb sekali harung je mskkan semua bhn2 

kecuali kerisik dan daun kunyit 


RENDANG PEDAS AYAM

bahan bahan

1 ekor ayam potong 20

500 gm santan

)bhn2 blender)

6 batang serai

sedikit halia

lengkuas

cili padi - ikut kepedasan masing2 ye

bawang besar 4 biji

bawang putih 5 ulas

kunyit hidup


cara-caranya

masukkan bahan2 kisar

ayam dan santan

renehkan hingga pekat

akhir mskkan kerisik, perasa garam dan asam keping

dan hirisan daun kunyit

rasa ikut kesedapan masing2 ye




Tuesday, January 28

rendang Ayam


assalamualaikum . salam sejahtera semuanya semoga sentiasa di dalam lindunganNya. aaminnn


rendang ayam

bahan2 utama

seekor ayam-potong 16

bahan2 kisar @ diblend

*10 btg serai-diricik halus

sedikit halia dan lengkuas
cili padi-ikut kepedasan masing2
cili kisar - dln 2 sudu
bawang besar-dlm 5 biji
bwg putih -7 ulas

santan pekat 1 kg
kerisik -dlm 7-8 sudu besar
asam keping
daun kunyit
garam/gula/perasa

cara2nya

cara sy yg mudah mskkan bhn2 kisar dlm kuali dan direnehkan airnya
hingga agak kering
kemudian  baru mskkan ayam dan santan

masak sehingga pecah minyak
 masukkan asam keping dan kerisik( lg byk lg sedap dan warnanya akan keperangan)
akhiri dgn perasa garam/gula secukupnya
dan hirisan daun kunyit

ok siapppp๐Ÿ˜๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Tuesday, June 17

ayam goreng berempah

Assalamualaikum


Nk mintak maaf dulu sb terpublish awal
Tanpa cerita.   Baru perasan td buka blog je tgk komen 2 he hee lorat sikit empunya blog ni kan
Mlm tdi sblm tidur sempat upload gambar2 menu lepas ni ingat hari ni kalu free nk cerita
Rupa rupanya dah salah tekan
Ishh malu la.


Lauk ayam goreng ni lama dah buatnya
Resepi nya pun belasah je sebenar nya.  Tak ikut sukatan . Kisah nya masa bln mac hari tu kat kg wat kenduri tahlil sikit.  Mak panggil jiran 2 masak.  Plan ayam Goreng je dgn labu masak lemak dan sambal ulam dan ikan masin. Menu simple  keja  mudahkan he he
Tp ada sorang kakak ni cadangkan wat ayam goreng berempah ktnya lg sedap. Maklumlah mkn mlm takut x selera.
Ikutlah kan janji ada org masak.Tak tgk pun resepi diorg guna . Wat 6 ekor ayam je pun.
Kite tukang goreng je he hee Sedapp ahh pulakk bila rasa.hihii
Terus risik resepinya. Catit dlm memori bahannya yg dibagi. Tanpa sukatan ooo terkial-kial jgk pandai2 ejas.

Bahan utama nya serai, halia ,bawang putih,  sedikit ketumbar, jintan2 dan garam, kunyit dan  tak lupa rempah kari utk rasa pedas. Utk  harum wanginya jgn lpe daun kari ye
Blend je semua  kecuali daun kari la pastu gaul kat ayam dan perap
Lg lama perap lg best kot kan
Goreng dan sedia mkn camtu atau dgn nasi putih.

Sunday, January 26

gulai lemak telur itik



assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan
masak apa tu ye?maklumlah cuti2 dihari minggu kan
banyaklah menu agaknya.

Semalam berkesempatan ke rumah SIL di Kuala Pilah
ziarah SIL dan familynya yg baru kehilangan ayah mertuanya pada pagi  jumaat 23hb januari. Arwah dah  berusia lebih 100 tahun ,
AL FATIHAH 
semoga arwah TOKDI ditempatkan dikalangan org2 Soleh. Amin



kalu dah ke Pilah ni memang macam2 buahtangan dapat bawak balk ke KL, macam2  Sil bekalkan. Ni yg salah satu wajib he hee telur itik
kalu tak telur asin telur itik mentah ni.
apalagi kita wat masak lomaklah
dah tu memang feberet en asben lg.
Dari kecik duk melantak telur itik he hee
asben selalu citer masa duk Seremban arwah mak memang rajin bela ayam itik ni. Selalu makan telur lah kan.
biasa masak lemak kat kg panggil gulai lemak so kita masak pun ikut stail mak. 

GULAI LEMAK TELUR ITIK

bahan-bahannya

telur itik 4 biji
santan kelapa-yg cair
dan yg pekat asingkan
daun kunyit

bahan tumbuk
4 biji cilipadi
sebtang serai-hiris
kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

asam keping
garam secukup rasa

cara-caranya

masukkan santan cair bersama bahan2 tumbuk
biarkan reneh sekejap
pastu pecahkan telur satu persatu
setelah telur keras
masukkan santan pekat
daun kunyit dan garam
biarkan didih sebentar




Saturday, October 26

daging masak merah ala thai


assalamualaikum

salam sejahtera buat semua teman-teman yg tak penah jemu utk berkunjung kesini
alhamdulillah....walaupun tidak bersua tp terasa akan kewujudan kalian dgn komen2 yg membina. Persahabatan di alam maya
lebih terasa seronoknya. sekadar luahan hati nak lagi bagiku yg memang tidak seramah org lain he hee 

okey memandangkan ada daging korban (rumah ni jarang ada stok daging he hee) so bolehlah masak menu daging kan.
kita lebih suka daging dari ikan2 dan ayam sebenarnya
daging ni makan tak rasa mual kalu ikan makan jg tp sikit2 memilih tau kena yg garing garing gitu dan suka ikan kecik2 je he hee kalu besau tu takut nak makan
macam2 ragam...mungkin sb kecik2 dulu mak  bg makan yg kecik2 je kot heeeehe




ok jom tengok resepi, dari blog Sajian Bonda. Ala thai punya
yg pasti sedappp tau. sb si kecik kat umah ni esoknya request lagi nak daging macam mama masak semalam ha haa suka la tu
makan daging

DAGING MASAK MERAK ALA THAI

Bahan-bahan:

1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah

 caraku hiris nipis2 dan terus goreng sb daging segar lembut


1 biji bawang -dipotong bulat2
cili kering kisar 2 sudu besar 
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa-x letak
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah



Cara membuatnya:


Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan. 
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. 
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak. 
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata. 
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi. 
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau. 
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.


    Sunday, July 21

    tembikai blanded dan nasi lemak ayam goreng

     assalamualaikum

    menu petang semalam, nasi lemak dgn ayam goreng 
    dan ais blended tembikai
    jom laya
    ait tembikai blended emm yaman terasa

    simple je cuma potong tembikai bekukan kat freezer beberapa jam pastu masukkan dlm blender campur susu @ gula dan blend hancur
    siap utk hidangan

    nasi lemak , bila ketandusan idea nak masak apa dah.



    Wednesday, July 10

    ayam goreng sedap



    assalamualaikum

    Selamat berpuasa semua 
    masuk hari kedua kita berpuasa kan
    apa menu semalam? he hee macam2 ada
    agak sedih awal puasa tanpa en asben uwaaaaa...kalu tahun sudah tanpa asben sb sambut awal puasa kat kg tp thn ni lak sb asben ke Sabah . Biasa firstday puasa kat kg dgn makayah memang best, sahur sama2. Nak berbuka pun masak2 mcm2 menu. Kat sini
    hari kerja berbuka kena beli apa yg patut.
    Semalam  sempat beli samosa, satay dan nasi ayam je utk kakak dan si abang tu. Itupun bersesak2 kat pasar ramadhan.
    tumpang keta kak lina, lewat dah 6.40 so sambar mana yg ada. 

    lambat ke bazar  sb masih tinggal 3 beradik makayahnya blm ambil,
    tak faham betul dgn para ibubapa ni dah sms, cakap mulut taska tutup kol 6 ptg tp 6 lebih tak sampai2 lg.
    tak faham bahasa agaknya ....org yg kerja taska ni pun nak berbuka puasa gak hu huu

    sabar je lah, inilah dugaan bulan puasa bg kami.

    ok redakan bebelan dgn cerita ayam goreng lak k, ayam goreng memang feberet ramai nak lagi anak2 kita tu.
    memang comfirm habis punya. Tak kira ayam goreng macamna pun kan

    AYAM GORENG

    1/2 ekor ayam-direbus dulu
    pastu potong ikut suka ye
    halia dan bawang putih-ditumbuk(yg ni agak-agaklah berapa byk yg suka )
    letak 2 sudu besar kicap
    2 sudu besar sos tiram

    lumurkan kat ayam tadi dan diperapkan dahulu
    kemudian blh goreng

    siap hehee

    Saturday, May 25

    kerang masak lemak kuning

     assalamualaikum

    Selamat bercuti persekolahan penggal kedua. Hoyeahhh 
    cuti 2 minggu tu kan. Sukanyaaa...
    ada yg balik kampung ni sb cuti yg panjang. Bestnya kan
    apapun xtvt anak2 yg penting bermanfaat betul tak. Kami masih di sini minggu pertama cuti sb anak2(si kakak thn 6) tak dibenarkan cuti pun. Isnin sampai khamis ni sekolah mcm biasa sessi kelas tambahan. so nak balik kampung kena tunggu minggu kedua lah.
    Si abng pun buzy dgn program dia, emmm tinggal si adik kenalah ikut mama  g taska je.

     ok masak2 pertama selepas sakit. Kerang ni bukanlah feberet mama mahupun asben anak2 lagilah tak makan. Tp terpaksa makan  jg. emmm  inilah satu2nya kategori seefood yg mama boleh telan. Memandangkan sudah terpaksa gagahkan jg. Masa kat spital makcik2 sebelah katil semua duk saran makan kerang dan hati lembu,hati ayam. emmm semua yg mama x suka ni ha haaa
    Bila paras darah masa kena admit memang turun sgt2 down lebih teruk dari pengalaman2 masa preggy hu huu bayangkan setip satu jam adik2 jururawat tu chek paras darah, uwaaaa tak dpt nak lena dibuatnya. Darah jg Doc kata terlalu cair. Memanglah kena berubah he heee 
    kerang masak lemak kuning lepas teringat mak dulu ada masak camni memandangkan mak tak ada kenalah usaha sendiri. Belasah pun bolehlah kan. Kalu masak lemak asben dan adik pun boleh tumpang makan kuahnya tu. Kalau rebus alamaknya mama soranglah yg makan.

    KERANG MASAK LEMAK KUNING
    sumber: Saranur

    bahan-bahannya

    kerang dlm 1/2 kilo
    (dicuci hingga bersih kulitnya)
    sebatang serai dimayang halus*
    kunyit*
    3 cili padi *
    seulas bawang merah*
    sbtg serai diketuk 
    2 cwn santan pekat
    garam secukup rasa

    cara-caranya

    tumbuk bahan2 bertanda * serai, bawang ,cili dan kunyit hidup
    sehingga halus
    masukkan dlm perituk bersama santan pekat dan kerang
    renehkan dan mskkkan garam secukupnya
    siap utk hidangan


    ok laju je makan nasi tengahri ni tau he hee bersama ikan goreng dan tomato

    Sunday, April 14

    Sambal telur puyuh

     assalamualaikum

    Syukur Syukur Alhamdulillah, akhirnya masalah tak ada air 2 hari lepas dah berakhir, dapat mandi dah kami he heee
    walaupun taklah sekuat sblm ni tp bolehlah penuhkan botol2 dan segala baldi, besen yg ada.
    persediaan mana tahu tetiba stop semula kan. Petang dah clear tugas bersih singki, en asben clearkan kain baju dlm mesin basuh
    alhamdulillah...

    pastu malam ni boleh wat entry he heee pasal makan2 lah kan.
    comel kan telur burung puyuh ni, selalu tgk kat meja pengantin sbgai menu depa. Memang sesuai sb comel2
    telur ni sebenarnya BIL punya projek kecil2an. Dalam 12 ekor je dia bela burung ni tp telurnya boleh tahan jg banyaknya.
    Ramai yg berminat sampai tak sempat ada.

    en asben sukerlah kalu telur ni tp kita tak makan pun sb ada org kata kalu resdung memang tak boleh makan...takut jg so tengok je lah. Bukan apa kalu bersin tak berenti nanti adyhhhh sesak susah nafas,
    Jadinya buat sambal biasa je. asben sedap makan sedaplah ye he heee, bukan apa kalu telur dan sambal tumis ni boleh je layan kan dgn nasi putih tu.

    ok kena stop disini dulu, layan mata pula he heee

    Jumpa lagi




    Monday, March 25

    rendang pedas ayam kampung

    assalamualaikum
    Lapang je waktu jalan nak ke taska tadi, rupanya cuti sekolah he he patutlah kereta lalu lalang pun kurang.

    Menu minggu lepas ,Rendang pedas ayam kampung my mum stail, memang feberet kami adik beradik. Kalu masak satu periuk licin punya. kami panggil rendang pedas serai sb banyak guna serai.
    cuma kali ni special sb ayam kampung.
    biasanya ayam kampung ni agak liat kan, petua nk lembutkkan  kalu boleh rebus dahulu dgn letakkan sepotong tebu yg telah  diketuk sedikit. Rebus sehingga airnya tinggal sedikit.
    petua org2 lama.
    resepi macam biasa la kan memang tak sukat2, lazimnya bergantung pada ayam kalau banyak maka banyaklah bahannya.

    bahan-bahan utama
    Serai*
    kunyit hidup*
    cili padi hijau*
    halia*
    lengkuas*
    bawang merah*
    kerisik
    santan pekat
    garam dan bahan perasa
    asam keping
    hirisan daun kunyit

    cara-caranya

    bahan-bahan bertanda * ditumbuk @ diblend kalu malas
    masukkan dlm kuali semua bhn2 diatas bersama ayam yg telah dipotong
    reneh hingga pekat baru masukkan kerisik dan garam 
    akhir tabur hirisan daun kunyit
    masak hingga agak kering
    siap utk hidangan

    ok SELAMAT BERCUTI BUAT ADIK2 SEMUA

    Wednesday, October 10

    ikan tengas masak lemak buah kantan

    assalamualaikum

    Masak lemak feberet si Adik Sarah sekarang ni, makan nasi je tanya masak lemak ke mama he he issshhh anak dara sorang ni. Nak masak lemak cam opah masak siap bgtau kita tu.
    Tiapkali blk kg memang opah masak lemak khas utk Adik ni, memang bertambah nasinya nk pula mkn ramai2 duduk bersila he he opah tokki pun sama selera, tu yg best.

    inilah rupa buah kantan, ada yg tak kenal..kalau .bunga kantan tu mestilah tahu kan bhn wajib wat laksa. baunya aduyai sedappp. Buah kantan ni masam dan berbiji-biji. Tp bila masak lemak  sedap pula.
    kat rumah arwah tok ni berpaya mungkin tu sb tumbuh subur, kelilng rumah je. Nak lg skrg takde org yg duk kutip memang terbiar je, bunganmya, buahnya memang byklah.
     
    bunganya pun selain wat laksa mak jg wat masak lemak takpun hiris halus2 wat ulam @kerabu.
    macam nasi kerabu bila digaul dgn nasiputih.
    ikan tengas ni ikan sungai ye,ikan yg banyak tulang. kalau digoreng garing2 ranggup lg sedap. Memang byk dijual kat kg sekilo 5 hinggit kalu pasar pagi.  my mak memang suka wat masak lemak, kuahnya tu yg laku sb budak2 makan kuah ikan ni org dewasa je reti. budak2 suka ikan goreng kan,ikan temenung atau ikan sardin.
    kalau tak letak buah kantan letak timun kuning atau belimbing pun sedap jgak. Yg penting masak lemak tak pedas, letak jg cili cuma sikit sgt. Yela kan kalu pedas tak dpt adik ni makan.

    Gandingannya mestilah ulaman dan sambal tempoyak. Biasanya kalu makan tengahari kat kg ni x sah kalu mak tak kutip ulam-ulam ni pucuk ubi, daun salam, jantung pisang pucuk kaduk ntah apa2 lg pucuk semua belasah he he dan bakar ikan keli sekali. isi ikankeli tu wat pencicah lah . ikan kering goreng jg mesti ada.

    resepi masak lemak mak ni cam biasa je mcm masak lain2 jg. tumbuk bawang, serai kunyit dan cili padi
    kemudian masak dgn santan , garam secukup rasa dan jgn sekali sampai pecah minyak, tu yg kena jaga2 sentiasa tgk api pun sederhana. kalu dah pecah minyak tak sedapkan.

    ok ye sampai disini coretan cerita nya.

    Friday, September 21

    udang ala rendang

     assalamualaikum

    apa khabar semua hari ni...harap2 sehat belaka kan. sudah menikmati makan tengahari  agaknya kan kita belum lg entah nak makan apa ...
    hari ni dahpun hari jumaat.kan.penghulu segala hari... 21 hb september besday encik suami ..hampir terlupa walaupun awal2 dia ada duk hint2 je he he saja je buat x tau ...tgk apa agaknya reaksi. kek pun x buat @ beli pun tgklah esok nak wat surprise.. belilah je malas pulak nk membaking skrg ni Anak2 dah tanya dari minggu lepas lg nak beli apa hadiah utk abah ni...dah tak ada idea  tiaptahun minyak wangi je tahun ni nak bg kelainan lah. Tgk tepon abah tu lama dari dulu sama...beli tepon ok gak kan he he tp nanti claim balikkk okeyy  boleh gituu


    sebelum tayang kek besday kita tgk je udang yg masak ala2 rendang ni yek..udang ni memang feberet encik suami tersayang...kalu ada depa mata tak hinggat dia kat isteri dah...lupa yg isterinya ini tak makan udang hu hu kesiankan...sebenarnya ada cerita disebalik kenapa tak makan udang..story dulu2 lagi. bukan sb elegik ye tp memang tak makan. kalu ak cerita panjang...biarlah jadi rahsiaku he he

    okey resepi udang ni macam rendang biasa je macam rendang ayam tu...serai kunyit santan, cili padi kalu suka pedas kerisik bahan2 utamanya. cuma bezanya tukar ke udang je. main blend semua pastu masak hingga kering. simple kan
    mesti tahu kan..


    okey tak leh story mory panjang sb tengah lapar kena cari makan dulu 

    jumpa lagi

    Thursday, July 19

    Selamat berpuasa semua

     assalamualaikum semua

    alhamdulillah ...sampai jg akhir Ramadhan kali ini. Syukur kerana masih diberi peluang utk menjalani ibadah kali ini. Semoga kita semua sama2 menghayati erti ramadhan yg sebenarnya.

    SELAMAT BERPUASA SEMUA


    hari ni nak tayang masak lemak kuning ikan kap rumput yg en.suami dapat tempohari. Dah beberapa minggu masaknya tp baru hari teringat nk letak entry he he
    ikan kap ni suami dpt hasil dgn jala di kolam ye , kat kampung hari tu. Alhamdulillah memang sedap ikan ni
    isinya putih je, manis sb ikan baru dpt dan dari kolam air bukit pulak tu
    emmm memang sedap tau
    rasanya blogger pakar dlm bab masak2 lemak ni kan. Biasa2 je masaknya janji ada kunyit, santan cukup lemaknya, cili padi sikit sb sI sara ni tak mau pedas tp masak lemak memang feberet dia. 
    nak lagi kalu yg opah buat uihhh laju je dia makan nasi.
    suker tgk kalu dia makan nasi ngan masak lemak kuning stail opah ni he he

    okey jumpa lagi ye...
    SELAMAT BERPUASA YE BUAT SEMUA TEMAN2..

    Friday, June 15

    ayam goreng kicap kegemaran



    assalamualaikum

    Salam pada hari Jumaat penghulu segala Hari. Jumaat lepas baru je berada kat kg, ni dahpun jumaat lg.
    cepatnya kannn...balik makan durian, ikutkan sini pun durian ada dijual tp nak makan durian  yg baru jatuh dari pokok tu. Perbezaannya kutip sendiri pastu belah sendiri he he dptlah merasa, kalulah boleh lama-lama lgi tentulah bestkan. Apakan daya...
    manggis, rambutan pun  ada sikit tp lum masak maybe bulan posa ataupun raya. Tak sempat lg masukkan gambar2 nya. Next entry lah.



    sebelum tu meh rasa ayam goreng kicap kegemaran si bungsu kat umah ni. Makan dgn nasi putih panas2 tu sedappp. Simple je, dan paling penting penyediaan yg pantas. Budak ni memang  suka bila letakkan carot dan hirisan kentang. emmm laju je suap kemulut tu.
    rasa manis masin kicap. kalu mama nak tumpang makan selalu potong cili padi sikit.
    biasa la budak2 mana suka pedas tp mak budak nak pedas baru ummmpp
    resepinya sgtlah simple

    ayam goreng + kicap

    bahan-bahannya

    isi ayam-potong kecik2

    garam + serbuk kunyit
    bawang besar
    kentang
    karot
    kicap

    cara-caranya

    gaulkan dgn garam kunyit isi ayam kemudian goreng separuh masak
    kemudian toskan
    kentang dan karot juga dihiris nipis dan goreng dahulu

    tumiskan bawang besar yg dipotong memanjang
    masukkan hirisan karot dan kentang
    kemusian masukkan ayam yg telah digoreng
    akhir masuk sedikit kicap 

    siap utk dimakan


    TERIMA KASIH PADA  kawan2 SUDI BERKUNJUNG DAN KOMEN DISINI
    TQ VERY2 MUCH. jg wat yg ucapkan besday dan anniversary utk ayahbonda...TERIMA KASIH sekali lg

    Assalamualaikum Salam jumaat❤️ Jumaat lepas adik@ Pakda sekeluarga dtg Kl Utk hadiri konvo ank sulong nya kat PWTC pd  hari sabtu​. Bertembu...