Saturday, December 28

BAGEDIL DAGING


assalamualaikum

alhamdulillah kembali bersua disini
baru kembali dari kampung, emm apa cerita ye lama jg nak tgk blog ni, dan tak jalan blog kawan2 jg.
biasa la kan kalu cuti di kampung no intenet ni

Penghujung cuti ni masing2 buzy dgn anak2 la kan persiapkan segala keperluan
smlm pun sibuk dgn anak utk orientasi smk dan dinner akhir tahun staff2 taska auza, hari ni free dptlah wat entry he hee



sblm balik minggu lepas sempatlah buat bagedil daging ni.
lama duk peram hasrat he heee suka makan tp baru pertama kali buat sendiri . suka makan bersama nasi emmm sedapppp
ok jom layannn




   Resepi dari blog ceriteraibu. tqqqq ye


Bahan-bahannya (20 biji) :

 4 biji kentang (saiz sederhana)
 250 gram Daging cincang (aku guna sekeping jer, brand Ramly)
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]
2)lenyek kentang hingga hancur
3) bawang besar dipotong dadu
5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.
6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]

7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.




Thursday, December 19

mini RU x-smrp


assalamualaikum

nak update cerita awal disember baru2 ni
Pertemuan semula dgn kawan2 satu sekolah menengah dulu he hee 
form 1 sampai form 5 tp kita kat smrp ni sampai form 3 je pastu ke sekolah lain sampai form 6.siapa sangka kan setelah begitu lama terpisah masing2 membawa haluan tp 2013 ni kami berpeluang bertemu kembali, ada yg ingat ada yg lupa. ya la rupa ada yg tak sama dulu cute2 comey skrg he hee tgklah rupanya dah beranak-pinak ni, dulu slim skrg jumpa dah tembam, yg dulu tembam skrg turun slim pun ada, 
dgn adanya fb dan wassap maka berpeluang bersua lg.
walaupun taklah ramai tp cukup bermakna pertemuan kali ini.





pertemuan kami kali ni disertai majlis perkahwinan salah seorang rakan sebaya jg, tercicir sorang ni lambat kawen he hee
apalgi siaplah dia kena nyakat habis-habisan.











lepas kenduri kami bertolak ke taiping pula Villa sentosa, kat situ berbbq sambil berbual panjang,
maklumlah lama betul x jumpa ni
yg pasti pertemuan semula setelah sekian lama x jumpa
meninggalkan kenangan paling manis









hero-hero yg bertanggungjawab mengatur pertemuan kali ini.

Tuesday, December 17

cekodok pisang


assalamualaikum

cekodok pisang tak asing lagi dimana sahaja kan
digemari ramai, dari dahulu kini selamanya he hee 
penyediaan mudah dan cepat jg. best makan panas2 tu
petang atau pagi
kat umah ni pantang ada je pisang
ni pisang awak namanya, memang kat kg mak tanam sbnya pisang ni tak dak pantang. mak bulih makan pisang ni



kita suka cekodok gini, bulat2 dan tak lembik berminyak.
terasa pisangnya dan tepung. kalu pisang emas baunya wangi je
dan kalu pisang awak pun sedappp.

my resepi cekodok pisang

bahan-bahan

8-10 biji pisang emas @ pisang awak
-blender dgn 3/4 cawan air

gula 2 sudu besar
garam secukup rasa
1st soda bicabonat
2 cawan tepung gandum

sebatikan dan goreng dlm minyak panas

siapppp




Monday, December 16

kek pisang mentega kacang

Assalamualaikum


sunyi sepi hari ni duk sorang2, anak2 semua bawa haluan he hee
mcm kata abah, akhir-akhirnya tinggai mama ngan abah je berdua
kakak dan si abang ikut SIL dari hari khamis lg
sakan la tu berjalan , tgk wayang dgn cousin2 nya yg sekepala 
si adik ni pun awalnya nak ikut tp pujuk2 gak dia x kasi ikut
sek baik la hari jumaat tu ank sedara sorang lg mai umah
kawan dgn dia. 
kamceng gak ni ,tu yg sampai ikut ank sedara pi kenduri lak
tinggai la mama ni tergolek terguling sorang2 hu huu
last2 bosan benor wat kek ni ha haaa

kek pisang mentega kacang resepi  AMIE LITTLE KITCHEN
lain dari kek pisang biasa sb rasa lemak mentega kacang tu
esok blh bawa pi taska ,kat umah ni tak larat nak makan habis pun 

tqqqq Amie ye, sy cp kat sini pulak

Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
4 sudu makan mentega kacang halus
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung 
4 biji telur 
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam




Cara:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.




Friday, December 13

agar-agar merah+ agar2 susu

assalamualaikum

dah hampir setengah bulan disember kan, lip lap je masa berlalu
skrg tgk semua sibuk mencari keperluan sekolah
pulak . emmm pening gak ni
si kakak comfirm la kena beli uniform baru , baju, kasut dan beg he hee nak masuk sekolah menengah dah pun.
adik melangkah ke tahun satu emmm bj sekolah betul2  tp yg lecehnya budak ni kecik , susah nak cari saiz badannya tu. dah try 2 semua gedobos belaka huwaaa
minggu ni misi mencari uniform adiklah pula
si abang seb baik takyah semua baju2 nya masih baru, thn sudah punya ada sepasang blm pakai. sbnya cuma 2 hari dalam seminggu
Pakai baju sekolah, 2 hari lg baju sukan dan jumaat pula baju melayu
emmmm jimat sikit thn ni, yg pasti kasut dan beg je kena beli. Kasut hancuss he hee



oklah jom layan agar2 merah ni pula ye.
idea tercetus masa tgk agar-agar pandan rintik di blog syapex he hee menarik syapex punya gabungan hijau dan gula merah. projek  masa kat kampung ye. Dah biasa  selalu buat agar2 merah kegemaran ayahanda ni bila ada kat kg. 
alang2 tu terus wat sekali sikit letak susu dan jadilah gini hasilnya
biasa je rasanya agar2 kan, cuma nampak lain sikit je 
resepi tgk disini ye ummizzkitchen
tqqqq ummi


AGAR-AGAR RINTIK PANDAN

Wednesday, December 11

kek span krim


assalamualaikum

kek span berkrim yg sempat dibuat sblm blk kampung minggu lepas
utk adik bungsu yg peminat tegar kek2 krim ni
suka sgt dia kalu kek krim
buat khas utk dia he hee
tp kalu mak pula tak mau krim2 ni , wat sememeh piring katanya
wat 3 layer ,2 biru dan satu biasa putih
konon nak wat ombre blue tp masa terkejar-kejar ni malas la pulak.
jadi la kan asalkan berkrim sudah

cari resepi kek span Rahel
disini ye rahelblog
tqqqq Rahel 
snap gambar di malam hari he hhe sepotong je



Kek Span Vanila

Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:

120g gula kastor

10g ovalette

4 biji telur gred A

130g tepung kek}

1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air

 60g minyak masak/mentega cair

1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:

1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas 

serap minyak.

   Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.

2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam 

mangkuk pengadun.Pukul dg

   kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & 

pukul lagi hingga kembang

   selama 5 minit.

3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi 

dengan kelajuan tinggi

   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.

5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.

6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.

   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan 

pisau dan keluarkan kek.


   Biarkan ia sejuk.

Tuesday, December 10

apam polka dot


ASSALAMUALAIKUM


lama x makan dan buat apam dot dot ni kot
he hee ada setahun
ingat2 lupa 



 apam pokkadot

resepi asal disini


Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
274gram @ 2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
200gram @ 1cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
150ml @ 3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1sudu kecil esen vanila
inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama. 
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri. 
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam. 








Monday, December 9

chicken chops ayam madu


 assalamualaikum

alhamdulillah....
esok genaplah seminggu .. terima kasih tak terhingga pada teman2 yg sampaikan al Fatihah dan salam takziah.

dgn banjir yg melanda pantai timur...hanya doa mampu dipanjatkan pada mereka2 yg ditimpa musibah. 
info2 di wassap group kawan2
mcm2 ditunjukkan.
ya Allah...meruntun hati dan jiwa
memahami apa yg dirasai kerana suatu ketika dulu penah jg terjadi
masa zaman kanak2  kat kg selalu jg air naik melimpah ke rumah ke separuh dinding... masa tu boleh bayangkan kalutnya nak selamatkan barang2 di bawah pastu air yg keruh lumpur takkala nak bersihkan ...penatnya
masa tu jg lipan, ular kala jengking berkeliaran lah.
memang lazimlah kan,,,,masih terbayang sebenarnya


 
 masih lg dalam mood cuti kan... cuti2 sekolah ni
macam2 agenda semestinya
tp kadang2 perancangan tak menjadi jg. kena redha sbgai hambaNya ,sb kita merancang Dia tentukan

dari sehari ke sehari nak menaip wat entry tp separuh jalan terhenti he hee malas + rajin
tak ada idea jg apa yg nak ditulis. Menu ada jg tp tu lah simpan dulu. 

Td beli barang2 dapur, balik terus goreng ayam chicken chops segera ni he hee utk anak bujang sorang tu dan anak dara kedua ni
yg makin menjadi-jadinya susahnya nak makan.
isshhh pening dah kepala ni nak fikir makanan nya.

bolehlah ni buat sementara dia layan bila betul2 laparnya
senang jg keja just goreng dan bancuh kuahnya



Thursday, December 5

al fatihah





Al Fatihah khusus untuk abang iparku( arwah abang Ayub)yg telah kembali kerahmatullah semalam 4hb disember 2013
semoga Allah permudahkan segala urusan dan merahmati semua

Salam takziah utk kakakku dan anak2nya
di Chini 3 pekan.

Amin


kenangan terakhir bersama arwah Abang Ayub ogos 2013


Thursday, November 28

layan teater kanak2

 assalamualaikum

apa khabar semua
alhamdulillah ye sehat2 hendaknya

tengok teater kanak2 ni xtvt akhir bulan November 2013 bersama anak2 di taska . sblm melangkah ke bulan Disember pulak
tajuk citernya DANIAL DAN BAWANG HITAM
emmm best dan menghiburkan. Bagi anak2 ni yg firstime tgk memanglah teruja he hee macam ank dara Sarah ni he hee
lakunan di depan mata gitu kan. 



Ramai memenuhi auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka ini.
para pelakun nya jg ramai dikalangan kanak2lah kan
he hee kan teater kanak2 .
kisah macam bawang putih bawang merah cuma diubah suai jln ceritanya.



esok nak berangkat balik kampung
insyaallah nak habiskan masa dgn xtvt kat kampung pula
kenduri kendara banyak ni kan

ok jumpa lg jika diizinkan Allah s.w.t
Insyaallah mlm ni nk bertolak ke kampung halaman di Bt kurau Taiping perak. Lamanya x blk ni last raya posa lepas .
doakan perjalanan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi ye.

Tuesday, November 26

kek coklat mousse


assalamualaikum

bersua lg ...dalam cuti cuti sekolah ni, emmm apa cerita ye
Oklah kita terus ke resepi kek yg sempat dicuba sabtu lepas.

mula sekali nak ucap tqqqq buat
atas perkongsian resepi kek yg sedap ni . Syapex letak banana tp kita x sb pisang tak ada.tu yg Jadinya kek coklat mousse je. 
mula2 tgk tergoda tp terbantut bila tgk resepinya yg panjang berjela tu he hee ikut betul2 taklah susah sebenarnya.
3 step mula buat kek span coklat, mousse nya dan coklat ganache .moussenya memang sedap.
 ok jom layan,sedapppp



CHOCOLATE MOUSSE CAKE

C & P : Kak ita

Kek Span Coklat



-5 biji telur

-125 gm gula kastor [ aku letak 100gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air
-100 gm tepung gandum ~ diayak
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8 inc. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
  4. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc.
  5. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna. Sejukkan kek atas redai setelah masak.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan



Bahan Ganache Coklat



-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus [ aku letak 200gm ]
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka


Cara-Cara

  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.


Mousse Chocolate



-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-120 gm mentega tanpa garam [ tak letak ]
-6 gm halal gelatin [ aku letak 1 sudu besar ]
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara

  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.
  6. Simpan dulu 

Tuesday, November 19

hari anugerah kecemerlangan 2013 & konvo Pra sekolah

assalamualaikum

selamat bercuti buat anak2 yg bergelar pelajar
majlis penutup Persekolahan bagi sessi 2013 di SKTK 1yg berlangsung sabtu lepas 16 november
Majlis anugerah buat pelajar2 yg cemerlang
dan juga utk anak2 Pra sekolah 6 thn 2013.
Tahun akhir kakak bersekolah disini, thn depan melangkah ke fasa baru sekolah menengah pula. Tinggallah adik sorang yg masuk tahun 1. 




peace yo he heee happy adik dgn kawan-kawannya
tahun depan uniform putih lak ye




utk kakak yg menerima result UPSR 
walaupun x dpt keputusan setanding abangnya dulu
alhamdulillah masih berjaya kan. insyaallah thn depan usaha lg dan  buat yg terbaik . Kakak cuma dpt 3A2C.mama abah tetap terima. Cuma harapan mama kakak jd anak yg SOLEHAH kelak ye. Dunia akhirat seiring itu yg utama.
Nampak sedihhh mulanya....tp happy sb English target A tercapai.Dapat jugak naik pentas ambik hadiah. 



Akhir persembahan lagu dan tarian oleh anak2 Pra sekolah
bkn main rancak menari he hee
dgn berbaju kurung make-up bagai.

bergambar buat kenangan masa akan datang. Video simpan utk tgk2 nanti.
selamat tinggal SKTK, pasni melangkah ke SMK pula.

sabtu 12 hb oktober gantung periuk kita sb ada jemputan kenduri kawen drpd kawan sekolah en suami  Wedding anknya, dkt je Ampang Sabtu si ka...