Showing posts with label Anak bulus. Show all posts
Showing posts with label Anak bulus. Show all posts

Monday, April 27

3 anak bulus serumpun walau lain mak

Sabtu 25/4 settle bawa 3 anak2 bulus ke vet utk vaksin pertama dorang.

Baikkk sgt tak berbunyi pun dari awal hingga selamat pulang he hee

Dalam kereta diam je 

depan sekali tu namanya Aneng, tgh si Abuu dan putih tu namanya Ateen ❤️


Anak2 ni lain induknya tau @ibu lain2

 Si Abuu tu anak kucing luar yg ciknur panggil ma’cik😁 dan Ateen  tu cucu pd ma”cik . Ibunya mak ateh ank ma”cik . 

Panjanggg kisah depaaa ni nak cerita

Ateen  ni anak Ma”teh yg beranak dlm petisurat umah ciknur . Asalnya 4 ekor .

Lepas beranak tu   3 hari je tgk dia keluar masuk box tu susukan anknya pastu dia menghilang xtau kemana tinggal la anknya  bising kelaparan. 

Tgk dia x balik2 bisinggg anaknya mesti lapar kann risau terus bw masuk rumah dan bg susu botol .

Lgpun  bising bunyi ank2 kucing  ni nanti ganggu jiran sblh . Dlm rumah kurang sikit bunyi  letak sorok dlm

Kotak sb kucing2 dlm Umah ni pun cam marahh jga depa pelik tiba bunyi mengiau ank2 kucing . Mana dtggg pulaa kan. Hari ke hari tak muncul jga .

Hari2 doa Ya Allah kembalikan dia  utk melihat ank2 nya ni

Pengalaman memang Susah sebenarnya nk bg susu botol utk bby kitten yg baru lahir ni kecik sgttt ni adoiii terkial kial jga. Setiap 2 jam lapar dan bby kena pula tmpt yg hangat spt ibunya kan. Terpaksa  Goggle ,   Tgk kat tiktok mencari cara penjagaan mcmna.

Letak botol isi air panas balut dgn kain letak disisi mereka 

Ciknur share kat bawah link nya. Bolehh jd panduan kelak kalu ada bby kitten lg .

👉👉cara-jaga-anak-kucing


Alhamdulillah genap seminggu tiba pg2 tgk dia tunggu dpn umah mungkin cari ank2nya. Alhamdulillah syukur sgt . 

Terus Ciknur buqt perangkap cage letak anknya dlm tu dan legaaa bila dia akhirnya masuk dlm tu tgk ank2 susukan

Masa dlm cage tu la ciknur perasan dia asyik jilat ekornya. Allahu rupanya dia  sakit dan ada  luka dah berulat . Berbau busukkk. Huhuuuu

Kesiann sgt patut la dia lari , sakitnya kan. Baru teringat masa mula2 ambik anknya pun bau lain macam baby2 kitten ni. Semacam je bauu

Walau susah nk mskkan dia dlm carrier tp kami berjaya jga dan terus bw vet . 

Dia ni garangg sgt susah nk tgk pun. Terus warded Dr kena bg dia ubat pelali utk rawat dia.  Bila dr sent gambar lukaa nya tu Allah sgt terkejut besarnyaaq lukaa dan penuh maggots @ ulat putih.

 Memang serah pd vet utk rawat yg terbaik. Kt dr terpaksa jahit lukanya. 

Bawa balik rumah seminggu kena kurung dan bg ubat.

Spray lukaanya. Berperang jga nk letak ubat pun.

Anknya pula satu persatu akhirnya pergi🥲 tinggal la Ateen  sekor je yg bertahan. 

Alhamdulillah dia nk susukan si Ateen ni. 2 bulan kurung dia sampai betul2 luka baik .

akhirnya dia nk Bebas keluar . Dah sehatt tak senangg dia terkurung. Tapi Sampai skrg mkn dia akan dtg tungguuu. 

Ma”cik dan makTeh ni jenis kucing yg memang tak akan dpt kita pegang , belai  cuma kita tgk je la dekat pun dia lari. Nak makn kita letak je kita menjauh sikit baru dia akan mkn. Bukan mcm kucing lain senang kita pegang nk gosok2 bulu dia.

Bebas kat luar tp mkn dtg depan umah sb memang ktorg siapkan mknan. Pg2 , tghari ptg kadang malam pun kt bg mknan. 

Suami ciknur rajin beli ikan dan dia rebus bg kucing2 luar mkn. Kibbles pun ada sediakan jga

Jd rutin pg tghari ke malam. Walauu penatt rasa puashati tgk kucing2 ni dpt mkn dgn kenyang.

Selagiii mampu insyaallah

Kadang ada rezeki beli la ayam dan rebus , sukaaa sgt dorang mkn ayam. 

Berbalik pula kisah Si Abu ni anak pd Ma”cik  emmmm dah berkali kali  dia beranak sebenarnya. Ada yg hidup ada yg entah kemana.  Sebelum2 ni ada je dia bw ank nya ke rumah . Tp emmm xtau kemana akhirnya. Tempat Beranak kat mana xtau la tp kalu si abu ni atas bumbung sb nmpk atas bumbung lepas 2 bulan dia beranak tu. Maybe dah agak ank2 nya perlukan mknan dia bawa keluar . Masa nmpk tu ada tiga ekor tp syang lg 2 tak selamat😞Abu ni sebenarnya terjun bawah . Nyorok kat pasu bunga ketakutan dan senang nk tangkap sb kakinya masa tu cedera. Terseliuh  dan ada ciritbirit jga

 Atas bumbung bayangkan panas ujan huhuu mesti kotor. Mkn tak menentu harap ibunya bawa ikan ayam yg ktorg bg. Ibunya ma”cik lepas mkn dia akan tungguu sesuatu yg boleh dia gonggong dan bw naik atas bumbung tu. 

Seminggu jga rawat Abu  bg ubat . Dr kt kakinya terseliuh sb jatuh 

Bila letak dlm cage dgn Ateen akhirnya berkawan elokk je . Usia pun mcm sebaya tp Abu nmpk agak besar sikit 



 Yg si ANeng ni pula baru 3 minggu jga dia. 

Jumpa dia kat restoren asilat setiawangsa
Tgh minum dgn suami nmpk dia main sendiri2
Je. Tanya pekerja kedai ktnya dia sekor je xda ibu. 
Mula nk ambik dia lari menyorok . 
 Tqkpelahh kita tgk dulu.

Tapi seminggu kemuadian kami dtg minum tgk dia masih ada seekor je.
Manjaa pula. Pekerja kedai suruh ambikk bawa balik
Ambikk la ktnya.
Emmm suami pun ambiklah 😁 bw blk kwan dgn Ateen dan Abu.

Itulahhh kisahnya ….
Berkawanlah mereka bertiga. Walau awal2 Abu marah2 jga kat aneng tp skrgg dahhh ok
Bukan main lg porak peranda dlm cage dorang bertiga bergurau senda. Main lompat sana sini tungang terbaliklahhh abis dlm cage tu ha haa

Comelkan aNeng ni. 


Itula kisahnya ank 3 ekor ni
Lain2 mak he hee tp kalu org tgk mcm adikberadik.

Thursday, October 17

cedera si busukk mama


Alahaiii busyukkk mama satu ni

Cederaaa dah

Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet

Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya

Nampk teruk tgahri tu berdarah darah tau dkt lantai

Seriau mama  patut la monyokk je dua tiga hari ni rupanya dia menahan sakit 

Kt dr sb hama dlm telinga so dia mengaru kena kukunya tu jd kudis mcm bisol

Huhuu 



Mukaaa sedih kena tinggal dkt vet sehari semalam



 Doakan wiwi cepat baik cam biasa ye

Nak menjaga dia satu hal 

8 hari kena mkn ubat 

Dan pakai sarung leher supaya dia tak mengaru lgi lukanya tu

Doktor pesan sbnya kalu terbuka jahitan atau bernanah

Kena ke vet smula

Thursday, April 6

kisah anak anak bulus


salam jumaat
lamaa tak cerita kisah ank2 bulus kan

kesayangan mengubat jiwa dukalara
he hee

dua anakberanak ni si makkin dan wiwi mok




adik bungsu kakak ni si nyomot, kesayangan abah jga


yoyen
baik dah skrg takmau keluar rumah dah kalau keluar pun cari rumput2 dpn je pastu tunggu kat pintu nak masuk
sejak peristiwa dia keluar pastu 3 hari x balik.
jenuh mencari , hari2 ciknur doa , selawat mohon ketemu dia,
alhamdulillah mlm 12 lebih , dia blk menunggu kat pintu
sekbaik si kakak blm tidur 
Balik dlm keadaan cedera berdarah kat mulutnya dan kuku2 kakinya
taktau la kena apa😔😔😔
esknya ciknur bw ke klinik, mkn antibiotik 7 hari dan ubat luka
kuku2 tangan dan kaki kt doktor ada yg tercabut. adoiii la yoyen apa la dia buat ni.
skrg baik, trauma kot bunyi gaduh kat luar dah lari menyorok



Anak2 yoyen dah basar2 he hee kalah yoyen

tak sabar tunggu 1 syawal , bedayyy ank2 yoyen he hee
genap setahun 1 syawal ni
si nyomel, lily dan lola
manja belaka, time nk solat mula la nyibuk duk kat sejadah




 lola pun ada kes jga tp skrg baikk. manjaaa bangat. kalau ada org x kenal dtg mula la nyorok he hee

 
 CIK LI @ LILY ni aduhaiiii bikin pening sikit
suka nau memanjat, dlm rumah atas almari tempt lepak
terlepas keluar je adoiii kejap dah panjat bumbungg
emm sekbaik la panggil dia akan dtg blk dan turun
sukaa la tu explore atas tu. Buat risauuu.

mcm2 ragam anak2 bulus ni. penattt tp 
insyaallah dah terjebak kan. selagi ada hayat akan ciknur jga sebaiknya

skrg bertambah yg kat luar tu, cik bu, ujang dan beberapa ekor lg yg takda nama.
pg2 menunggu makanan, buka pintu belakang, pintu depan semua menanti.

memang tak mampu nak menolak kehadiran mereka, insyaallah selagi ada rezeki selagi kudrat mama ada kalian akan kusediakan  mkanan . 
hanya mampu bg mkn dan minum tp tak mampu nak ambik utk jga sepenuhnya......
selalu doa Ya ALLAH berikan ku rezeki melimpah ruah utk membantu mahkluk2 mu ini .
sekiranya punya wang yg banyak pasti akan kusediakan tempat yg sempurna utk kalian😖tempat berteduh dari panas dan hujan, tmpt tidur kalian yg selesa.
Yg selamat dari apajuga gangguan di luar sana huhuuu
Allahuakbar

Tuesday, September 6

Anak anak bulus kesayangan

Hai kakak, hi untie 2 semua❤️

saya wiwi mok🥰 bln oktober x lama lg

genaplah sy setahun🤭✌️

 tgk la tu cantik dia duk atas bantal mama ni. Ready la tu nk kejut mama emmm  1 pg  kadang 4 pg mula la dia gigit2 rambut mama suh bangun.

adoii la kalau x bangun jga satgi dia main kasar sikit digaru garu dgn kuku nya tu .tarik tariknya baju mama.

calar balar dah mama ni


ni lagi port kesukaan dia, dkt sejadah.

sukaa sgt lepak sini.  Tmpt tido dia jga menunggu terutama time mama anah solat. dia pun mula laa 



makkin yg kuat tido🤭 lain2 port dia kejap kat sofa depan kejap atas meja kakak belajar. Kejap dlm bilik makyong

tp lenaaa tido bila siang. 



momot ni kebosanan la.tu .
dpt lepas luar La.sgttt 
 suka santai2 sini. atas lantai simen luar

 

Ni pula si lola ank yoyen. Kejap dah 4 bulan .  Ank yoyen skrg tinggal 3 

lg dua si  cibu dan lilo dah dpt tuan baru😌😌 sedihh tp terpaksa.

Harap2 keduanyaaa dijaga baik2 dan disayangi disana.

lg dua si lily dan omel mama termiss pula nk ambik gambar

Yoyen pun sejak dah kasi sunat ni nmpk berisi sikit
 Bulat mukanya.

Monday, March 14

si Yoyen dah besar

Penuh galery hp dah gmbar2  anak2 bulus ,adoiii.mcm2 gaya

Ni antara kesayangan Si yoyen

ank.angkat susuan si makkin he hee

dah besar dia tau , manjaa skrg ni alhamdulillah sehat aktif☺️ notty 

suka memanjat , kalau ketakutan laju lari menyorok bawah katil😅

semlm bw vet ,dah settle vaksin kali 2

seblm.ni penah ciknur buat entry kisah yoyen ni yg jumpa dlm lubang kat umah jiran.

👉Si oyen


garang betul.masa jumpa.dia🤭🤭



 

Wednesday, February 2

comot oh comot


Adoiii la
kasi kecohhh satu taman ini Comot


2 hari hilangg
gundahh gulana dibuatnya ktorg.  
comot ni satu satunya waris. cik. tam yg tinggal. Selepas moktam takda dialah pengubat rindu. 

alhamdulillah... Selepas 2 hari  pos gambar dia dlm group kejiranan taman 
dkt . nk maghrib ada adik ni call bgtau. nampak mcm comot. atas bumbung
siap dia snap gambar.  memang  betul adoiii jauhnya jga dia pergi sampai. ke lorong lain
bergegas kami kesana
ya Allah benar comot terkial2 atas bumbung yg tinggi tu. 
sekbaik kejiranan prihatin
dpt selamatkan dia.. syukur

masih tertanyaa mcmna. la. sampai ke. sana. emmm jauhh dia merantau
adoiii la comot adik bungsu kakak ni
dah agak. mestk sesat. jalan. Comot kadang bila lepas keluar dia suka main2. dpn. rumah je. tgk burung2 tak jauhh cepat2 akan. balik semula. 
cuma entah mcm mana x perasan dia blleh terlepas keluar cari2 xda. 
jenuhh pusing2 dpn belakang cari

memang putus asa cik. nur tp tetap doa moga Allah lindungi comot dan selamat hendaknya. 
dan abh je masih tak putus asa. masih melilau cari sb fikir mesti sesat ni

blk je umah. memang kelaparan sgt dia
 
 
 kena. kurunggh terus la takleh keluarr
dah pasni. 

 ni kesayangan kami, yg ada skrg yoyen (ank angkat) , makkin dan anknya  snowy♥️





Sunday, November 28

alhamdulillah. syukur. Terimakasih semua




gambar x-tray

Syukur alhamdulillah. 

maaf byk2 sepanjang minggu cik. nur tak. berkesempatan nk kunjung ke blog rakan2 sekalian. Curi. masa sekejap utk update disini. 

Bukan sengaja.... hakikatnya jiwa meronta ronta nk baca cerita perkembangan semua. 

kisah yg belum berkesudahan, entry sblm ini yg sempat ditulis

moktam dah selamat jalani surgery selepas buat bayaran 70% dari kos keseluruhan. 

syukurr sgt2 bila. doktor vet info @ call surgery berjln. lancar walau ada sedikit masalah sb kaki yg patah tu dah mula bengkak. tp syukur alhamdulillah.

memang patutnya tak boleh tangguh2

 kata doc, bila. scan lg semasa sblm surgery  nmpk ada pula crack yg agak terselindung pd tulang. tak nampak masa mula2 scan Tp retak yg ni tak boleh buat apa2. terlalu rumit. 

insyaallah ia perlukan masa yg agak panjang utk pulihkan. moktam kena betul2 Rehat dan tak boleh byk bergerak utk sbln dua ni

jagaan rapi dlm cage shj. 

setiap hari menanti panggilan dari vet utk info terkini pasal moktam.

masuk hari ke 5 moktam dlm perjagaan vet. 

dan smlm agak risau bila doc call sb dia

membuang. maybe trauma kesakitannya jadi punca.

YA Allah tak putus2 doa semoga semuanya baik2 saja.

dan ptg jumaat ciknur sempat melawat moktam


alhamdulillah 

terimakasih byk2 pd. yg membantu. 

rakan blog Dana@Nor hidana, 

syaz . dan sahabat2 blogger. yg tak diletakkan nama di sini. 

♥️

sahabat yg sgt bykkk membantu di saat kesukaranku, Farah 😭

dan bff dari Sarawak @ Sera

Allah saja dpt balas jasa kebaikkan kalian. Semoga dipermudahkan, dimurahkan makinnn bykkk rezeki hendaknya. Aaminn

Jga pd Mrs A dan jga KYS yg membaca coretan 

walau hanya kenal di Alam. maya. 

sgt2 terharu rasanya😭 kerana. sudi

 bantu.  Tqq very2 much. 

Ya Allah semoga dimurahkan rezeki yg berlipat ganda dan segala  kebaikkan akan. dibalas dgn kebaikkan jga.

Aaminn

Thursday, September 30

5 bulan sudahh


  Nak masuk 5 bulan sudahh menjaga anak2 cik tam ni.  Dari 4 ekor kini tinggal 2 je iaitu si comot. dan. si. moktam.
 yg Makin. lasakkk aktifff
Bukan. main lg  tak kira masa .
jenuhh melayann
Paling risau bila lepas je berlari2 ke depan tepi jalan. tu. Risau pak Biawak yg berkeliaran kat longkang. 
Musohh tu. baru ni jiran nampak kelibatnya kat depan dan. dia  ambik video.  uikkkk lg besar "biawak"kali ni
seram nengoknya. 


yg sedihnyaaa😭😭 nk genap 5 bulan ni tiba2 si cik tam pula. menghilangkan. diri. Tiba2 tak nampak langsung kelibatnya. huhuuu. Belakang umah pun tak. ada.
Hari ni genap. 11 hari.
selalu kalau dia keluar akan balik semula tgk anak2nya 
mana. agaknya ko cik tam. 🤔🤔
walau hanya kucing tumpangan tapi sgt terasa kehilangannya.
Biasa pg2 menunggu je di pintu. 
Agaknya mungkin sb dia dah yakin akan ke selamatan ank2 disini.   Disayangi dijaga sempurna. emmmm
perasan juga kebelakangan ni ciktam banyak tido. Beberapa kali try masuk bilik. makyong tido bawah katil. Dan masuk juga bilik belakang  dan siap tido atas sejadah abah huhuuu
2 kali juga abah halau keluar.

Kadang2 marah jga pada cik tam ni sbnya dia suka kejar  si stokin sampai terpeleot la stokin ketakutan,
Apa ntah dimarahnya pd stokin, rasanya dia cemburu sb stokin disayangi lebih kot
alahaiii cik tam
rinduuuuu la 
dulu kehilangan tiger ni  masih terasa lg






Ini la menu yg kakak order belanja mama❤️ Nasi goreng pineapple dan nasi goreng pedas kot dgn sup tomyam Rasanya kali ke3 mkn kat sini Lamaa...