Saturday, January 30

kuih kole kacang


assalamualaikum

slmt petang dan selamat berhari minggu

minggu ni penghujung januari sudah

lip lap masa beredar

dan buat pertama kalinya sis buat kuih tradisional lama yg sedap ni

kole kacang namanya ni he hee

biasa nak mkn beli je , lama sudah kepingin nak buat seloyang

 kebetulan kat umah ada

tepung kacang lebihan buat kuih gomak masih banyak tersimpan




 kuih yg mudah boleh dikatakan, 

cumanya kena masak awal santan utk buat tahi minyak

tahi minyak utk tabur atas kuih kole ni


hasil carian goggle tertarik dgn resepi yg hanya guna sukatan cawan

dapat seloyang kecik saiz 7

jadilah kan utk family kecik 

rasanya hanya sis dan somu yg mkn kuih jenis tradisional mcm ni he 

hee


resepi yg dikongsi👇👇

resepi-kuih-kole-kacang

dan

PaMa 👉kole kacang


jomm try buat sendiri

Thursday, January 28

Rinduu kampung halaman



suatu ketika dulu kehijauan bendang inilah tempat bermain

waktu cuti sekolah, paling best mengacau arwah tok kat bendang ini

cari siput, cari belalang ....rinduuu pd kenangan ini

ditiup angin2 sepoi dan dpt hirup air kelapa muda





 kampung ku yg dikelilingi oleh Bukit bukau

sejuk  mata memandang akan kehijauan

sungai2 mengalir tenang

kedinginan airnya hingga ke tulang


Monday, January 25

CAMERON ....rinduuuu la


tak boleh blahh ek tajuk entry😋😊😊

belek2 galery kat laptop terjumpa gambar2 ni

entah kali keberapa  tp yg ingat last kot dpt kesini dgn family

tapi memanggg rinduu la nak kesini

apakan daya.....



dapat pegang strwbery dan petik bwa balik😍



 

Wednesday, January 20

Burnt cheese kek


 

assalamualaikum semua

selamat petang

Burnt cheese kek @ kek cheese terbakar ni first time sis buat

masa birthday anak solung dan si bungsu awal januari lepas

kek pertama utk tahun 2021😍

dah lama simpan resepi dan  cita cita nak buat tapi risau pula siapa 

nak habiskan sebenarnya ha haa

dapat dah rasa kek yg agak popular ni kan

kena rasa sendiri baru tahu he hee


resepi sis ikut👉 SEMINIT RESEPI

https://www.seminitresepi.com/resepi/c/0/i/34367312/basque-burnt-cheesecake

tqqq





Wednesday, January 13

Bila rindu.....menderuu


 tengok gambar ni😊

apa yg terdetik dalam hati?


Aku......

Aku Rinduu

itu terdetikkk dalam hati

tersangatlah rinduuuu😌

kerinduannn yg bisa menitiskan airmata bila bersendiriann

mengenangkan segalanya

Rindu pada yg tiada lg disisi

Ya Allah

sesungguhnya sangat merindui keduanya

mak ayah

aku sukaa disini

aku rasa tenang disini

disinilah keringatkedua  insan2 istimewa ini mengalir


walau hanya kenangan tapi berada disini seolah wajah keduanya 

memandangku dgn SENYUMAN manis

terasa keduanya berada disisi melihatku😔😔


TERIMAKASIH mak ayah

Tuesday, January 12

SAGU GULA MELAKAA YUMMYYY


 selamat tengahari semua

mesti dah siap lunch kan

PKP lgi lah kita org Kl , Selangor ha haa sunyi sikitlah jalan2 waktu pg nak ke taska, tak banyak kenderaan atau mungkin sb hari pertama pkp kot. tgk esk lusa pula

layannn gambar menu beberapa lepas ni

makan sejuk2 nikmatnya rasa yummyyy

mesti ramai suka sagu gula melaka kan, manisan kesukaann

baik demam teringat ingatt akan desert nan satu ni😊😊

kita memang suka sagu, tak kiralah bubur sagu ke, lopes sagu 

apa apalah yg letak sagu mata ikan ni


senang jew cara masaknya pun

kita rendam dulu sagu putih ni 

sukatan 1 cawan je jdilah utk srang dua makan

dah rendam nampak agak kembang kita tapis

boleh didihkan air dlm 4 cawan

masukkan sagu dan pewarna

kacau je hingga kering dan hilang putih2 mata sagu

nampak jernih je

kita msk dlm tapis dan jrus dgn air paip

tujuannya utk buang kanji2nya

barulah masuk dlm  acuan or bekas

sejukkan dlm peti ais

👉kemudian kita masak pula air gula melaka

 1 cawan gula merah @ gula melaka

bersama 1 cawan air

dan daun pandan (utk harum baunya)

dah hancur dan agak pekat sikit baru tutup apinya


👉👉masa nak makan kita baru letakkan susu fresh atau setengah org suka santan

dan curahkan air gula melaka

sesedappp rasa secukup manisnya😊😊


Monday, January 11

kek chiffon pandan coklat


ASSALAMUALAIKUM

selamat pg 

kembali bersiaran😀berkobar semangat nak membaking sebenarnya

setelah beberapa hari ni rehat sepenuhnya....

resepi yg lama dah dlm senarai . Dalam otak teringat ingat je akan chiffon kek ni

selagi tak ada depan mata

akhirnya pg2 sis ke dapur baking , lepas sarapan sekeping roti cicah air dan mkn vitamin c



alhamdulillah happynya tgk kek yg dibaking menjadi.

bukan apa sbnya lama sungguh tak buat kek chiffon ni

risau tak menjadi😁

si kakak suka sangat kek ni, kalau ke giant tu nampak je mesti beli

resepin👉👉https://www.rasa.my/kek-chiffon-pandan-kek-orang-lama-yang-sangat-sedap/


bahan A

1 1/2 cawan tepung kek

1  cawan gula kastor

2/3 cawan minyak jagung

2/3 cawan air pandan, @ perisa pandan @ pewarna hijau 

1/2 cawan santan saji

1 st esen vanila

bahan B

telur  saiz A 6 biji (diasingkan kuning dan putihnya)



 penting skali telur putih ni kita mixer bersama 1/2 cawan gula kastor dan 1st cream of tartar sehingga kembang bertanduk

jd meringgue bila terbalikkan pun ianya tak jatuh


BAHAN2 A (telur kuning, gula, Minyak, santan dan tepung

kita mixer sebati 

kemudian baru masukkan bhn B (yg telah kembang bertanduk

kauk balikkan shj 

jgn over mix

dan mskkan dlm loyang bulat saiz 9 ni

hentakan 3 kali utk buang angin

dan bakar 45 minit 170 c

dah masak kita keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai 

sehingga sejuk

baru keluarkan dari loyang

* sis sendukkan sikit utk campurkan dgn perisa coklat

utk nampak belang ditengah tengah kek*

Sunday, January 10

ALHAMDULILLAH

 assalamualaikum semua

alhamdulillah hari ni dapat duduk ngadap lappy ni

rasa mcm lamaaa pula berehatnya

 

 setiap awal tahun akan hadir ujian dariNya

utk muhasabah diri

 

 

syukur alhamdulillah Allah masih beri perhatian dgn lontaran ujian2

ALLAH...DIAlah satu satunya yg mengingatimu


 



 STAY POSITIVE

Tuesday, January 5

makan makan Tree steak house

ASSALAMUALAIKUM

SEmpena besday anak bujang  5 jan dan anak bungsu sis 6 januari

celebrate awal makan2 dgn family terdekat kat siini tempat feberet si bujang ni

TREE STEAK HOUSE Dato Keramat

memandangkan ahad dah nak balik asrama Politeknik so mama dan makyong belanja makan malam sabtu

ajak makdak, pokcik ,cik lin dan anak sedara

meriah dah 11 org ni

alhamdulillah usia Abg Is genap 21 tahun 2021

last sem kat Poli Banting

dan adik pula 14 tahun dah masuk form 2

tiaptahun berdua ni sambut potong kek sama2 dari kecik ha haa

gambar berdua tiaptahun


 cabonara ni memang sedappp, feberet dia

steak pun sedapp tak sempat snap gambar menu lain antara yg sedapp chicken chops dan lamb

memang sedappp semuanya




💓   Abang dan Adik




 

Monday, January 4

resepi biskut MAKMUR

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
SALAM PAGI YG CERIA
ALHAMDULILLAH PG NI CERAH ,BILA MENTARI MULA MENYINARI
 
walaupun dari malam tadi kepala ting tong sikit
hari pertama keja  dah kena migrain
 
sb pg ceria kita upload gambar biskut putih salju ni
@ biskut makmur
 
belum raya dah cerita biskut ek ishhh
😆😆 

kisahnya bila serg kawan ni tiba2 wassap tanya pasal biskut ni
alahaii teringinn sgt katanya
so  layan je lah
kebetulan minyak sapi pun ada 
maka terjadilah biskut ini 
gentel malam2 time org semua berselimut dah
dapatlah sebalang 60 pcs dan extra 20 pcs utk sendiri makan
 
tak boleh layan sgt sekut satu ni ha haaa nanti lg tembamm
 
resepi Makmur simple tak banyak bahan2 dan mudah penyediaannya

 
 500 gm tepung gandum
sanggai dulu kira2 10 minit
(goreng tepung tanpa minyak)
tujuannya utk biskut lebih gebus
 
180 gm minyak sapi 
(sis guna brand Gheeblend)
50 gm gula halus

cara-cara

bila tepung dah sejuk 
gaulkan dgn gula halus dan
bolehlah kita curahkan minyak sapi gheeblend tu 
gaul hingga  sebati sekata

dah boleh kepal2 tu ok la dan  bulat2kan
sis tak suka kacang byk so letak kacang tanah sebiji je

dan bakar api atas bawah dlm 20 minit
suhuh oven sis 160 c

dah sejuk baru golekan dalam gula ising
dan letak dalam cup\\

okeyy siap

 
 
 
 
 
 
 

Sunday, January 3

2021 selamat datang

selamat DATANG 2021
 
BERSAMA HARAPAN BARU SEMOGA kembali MEWARNAI KEHIDUPAN KITA SEMUA
💪💪💪
 
👉semoga dimurahkan rezeki ,dipermudahkan segala urusan
👉 dipertemuakan/dikelilingi dgn teman2 yg baik
yg dpt membimbing ke jalan yg diredhai
👉dijauhkan dari segala fitnah dunia

sabtu 12 hb oktober gantung periuk kita sb ada jemputan kenduri kawen drpd kawan sekolah en suami  Wedding anknya, dkt je Ampang Sabtu si ka...