Sunday, May 30

pokok berdaun hijau


tiba tiba jatuh hati dengan pokok2 berdaun he hee

alamakkk

cantikkk kan daunnya seperti pokok plastik tp real 

nampak gaya kena kumpul jd koleksi taman mini

sikit2 dulu kang banyak2 kata suami js hutan rimba

huhuu

jadilah tempat 3 kenit ni bermain2 




 

Friday, May 28

Bangkit cheese sedappp


assalamualaikum

syawal ke  16

kesahnya bila order bangkit sebelum raya hari tu  tp tak dapat2 he hee katanya tak dpt rentas dari johor

last baru dpt tahu

alahaii ralat juga sb ada kawan order skali emmm kesian juga

akhirnya try goggle cari resepi je lah

dalam banyak2 resepi tertarik dgn resepi yg ni

dan zuppp bahan2 siap ada 

tepung ibi tepung jagung cheese dan butter terus adun la

maka terhasil la biskut bangkit cheese ku

rangup dan sedappp memenuhi citarasa


bolehlah dpt sebekas je

nanti next buat lg




 resepi BANGKIT CHEESE

200 GM BUTTER
80 GM GULA AISING
150 GM TEPUNG JAGUNG
150 GM TEPUNG UBI_ YG TELAH DISANGAI
20GM SUSU PEKAT MANIS
I BIJI KUNING TELUR
KEJU PARUT-ikut suka byk mana

buter gula telur susu di adun sebati guna senduk shj
kemudian mskkan tepung dan keju parut

adunan biarkan dlm 1/2 jam
baru kita canai dgn acuan
bakar 160 
20-25 minit

Wednesday, May 26

kek birthday Humaira turn 4


Alhamdulillah dapat selesaikan hajat anak kecik ni nak kek sempena harijadinya

KEK SPIDERMAN

si Humaira cute girl ni peminat spiderman

last minit si Umi nya suruh siapkan kek

dapat cari spiderman kecik jew la

nak oeder kat shopee dah tak sempat

apapun janji dia happy

semoga membesar sehat dan jadi anak solehah utk umi dan abinya




 

Tuesday, May 25

cerita laksa


 bila org kecoh2 pasal laksa

IG asyik lalu LAKSA

fb pn LAKSA

status pun LAKSA

MAKA terhasil jugalah laksa utk mkn tengahari membawa ke malamnya he hee

sis bukanlah peminat tegar laksa tapi kalau ada depan mata memang layannnn

jarang2 nak buat sendiri kalau rasa nak makan beli sebungkus di pasar malam je

sbnya kat umah anak2 pun tak mkn 

en suami sikit mkn

 resepi laksa cara kita disini 👉laksa 


kalau dulu2 kakak rajin juga melaksa ni

di kg pula raya pertama mana2 pegi beraya akan dijamu laksa he hee

lain tangan yg membuatnya lainlah rasanya kan

ikut airtangan dan resepi 

kebetulan ada anak sedara di rumah ni peminat laksa 

jommm la layan laksa dgnnya, 

semua laksa sedap sebanranya

laksa Kedah laksa Penang laksa Perak laksa johor or laksa serawak

walau beza cara dan bahan2nya tp sedappp jewww

selera kan tak sama 

betul tak

apa nak dikesahkannnn


Monday, May 24

terapi mata


terapi mata bila singgah sini

5 minit je dari rumah

dan rasa mcm nak angkut semua bawa balik he heee

kalau pergi dgn suami comfirm kena sound ni 





 

Sunday, May 23

makan berhidang


 assalamualaikum semua

suasana biasa  mcm ni la dahulu bila kumpul ramai2 di kg umah ayahandabonda

comfirm la kena mkn berhidang mcm ni

tak muat meja.

alahaiiii rinduuuunya huhuu

penuh ruang dapur pakat duduk bersila

tu blm lg kalau dpt kumpul semua 8 beradik dgn ank cucu dan ccicit

kala itu terukir senyuman meleret di wajah mak pak

 terbayang senyuman keduanya

😔😔😔

setiap tahun sblm ramadhan berakhir sempatlah ke umah adik di Taman melati utk berbuka puasa bersama 2 adinda bungsu dan anak buah yg keja di kl

pingan mangkuk pun arwah mak punya

adik masak kari ikan, telur dadar sayur kailan goreng  dan ayam bakar dan air sirap selasih

sis bw desert  jew agar2 santan gula merah dan kuih abok2

kuih gulong ,rezeki suami beli air teh tarik disedekahnya kuih sekali

adik bungsu lelaki beli air tebu

sempat singgah  beli nasi ayam kukus  utk anak dara 2 org ni

Saturday, May 22

nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.

 


assalamualaikum

selamat berhari minggu semua

jomm support Giveaway siti

syarat2 pun mudah

klik banner jom sama2 beri sokongan

Category Dua | NZ Tote Bag & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang) atau
NZ Tshirt Size L & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP WAJIB
  2. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  3. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  4. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  5. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita
  7. Tinggalkan SATU comment di mana-mana Video pilihan dalam senarai dibawah : WAJIB - tak ada Youtube Channel pun tak apa, boleh tinggalkan comment saja.


Tempoh Giveaway : 16 MAY 2021 - 31 May

Wednesday, May 19

raya 2021 raya PKP

salam aidilfitri buat semua

baru ada kesempatan nak update

apapun alhamdulillah  
raya 2021 PKP kita kali ini
masing2 dirumah shj
raya pertama shj 
dptlah kumpul jumpa 2 adik yg satu daerah
dan anak buah yg terpaksa beraya diperantauan kali ini
kesian dia mak ayah di kampung
sekbaik ada mak2 sedara ni kat kl
kalau tidak meraungg la dia keseorangan







 kami serumah dari awal ramadhan he heee

kakak ipar dan adik ipar seta anak buah

Tuesday, May 11

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 


ASSALAMUALAIKUM

Jom kasi meriah 1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Syarat-syarat penyertaan :

Follow blog Suriaamanda 
Follow Facebook SA 
 
Copy and paste banner di atas. 
Komen link penyertaan di entry tersebut.

10  penyertaan SA akan masukkan dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Random.org)

Hadiah bagi (6) orang peserta yang bertuah yang akan dipilih dengan cara cabutan melalui 
(Random.org)  

Hadiah adalah MISTERI......

Marilah join beramai-ramai rakan blogger sekalian. 

Tarikh penyertaan :  10 May 2021 - 6 June 2021 (Pengumuman pada 7 June 2021)



Monday, May 10

28 Ramadhan- my fisrt son sanah helwah yg ke 21 buat anakanda Saif Al Muqmin

satu satunya anak bujang ku,  dilahrkan pd 28 Ramadhan @ 5 Januari 2000

21 tahun sudah, teringat detik2 pd tarihk 28 Ramadhan kelahiran nya pd jam 1 tengahri di Hospital Damai Taman Melawati

Buat pertama kali dlm hidup ku tahun 2000 beraya di perantaun dgn keluarga suami

kesedihannya tu tak dpt dikhabarkan dgn kata2 

25 tahun tak penah berjauhan sambut raya dgn mak pak keluarga di kampung

alhamdulillah kesedihan terubat bila arwah mak dtg pd raya ke 3

kasih ibu kan mcmnapun tetap nak lihat jaga anak ni





Bersama arwah tokki😓😓kesayangan




anak yg sangat pandai berdikari dan jarang menyusahkan mama abah
alhamdulillah
walau garang dgn adik2nya he hee

 mama sentiasa mendoakan utk abg is 

jadi anak yg soleh dan berjaya di dunia akhirat

Capai cita2 dan impianmu 

AAMINN

Sunday, May 9

new baby


ASSALAMUALAIKUM

my new baby pengubat keresahan tak balik beraya tahun ni he hee

seronok melayan keletah 3 kecik ni

Tiger, sleepy dan stokin 

ntah apa nama diberi dik anak2 sis ni pd  3 bulus comel ni

sekejp je nampak dia membesar

lasak nakal betul pg2 habis dikerjakannya kasut selipar 

sepah2 di luar 

tempat lepak tidonya  di bawah kereta

tp nampak kelibat org siap panjat2 pintu grill nak masuk rumah

bkn main lg dia adoiiii

tp rasa happy layan  ha haaa




 

Wednesday, May 5



 Manusia itu ibarat daun

jika tidak gugur ke tanah hari ini suatu hari nanti pasti akan gugur

begitulah insan-insan yang kita sayang ...umpama daun mereka juga pasti suatu hari akan meninggalkan kita

yg KEKAL ABADI ialah kasih sayang dan cinta ALLAH kepada hambaNya

yg pasti jika mereka tidak meninggalkan kita kita yang akan tinggalkan mereka

kerana itulah fitrah kehidupan.

yg hIDUP pasti MATI

hidup di dunia hanya sementara, sediakan bekal utk kita kesana

mudah mudahan kita mendapat kesenangan disana

AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN

Tuesday, May 4

lotus cheese kek

ASSALAMUALAIKUM

REZEKI PALING INDAH ADALAH KITA MASIH DAPAT BANGUN DAN BERNAFAS DI SETIAP PAGI
ALHAMDULILLAH



Masuk 10 malam terakhir Ramadhan, cepatnya rasa masa

Raya PKP lg kita thn ni

nasib dah biasa beraya di perantauan ni

nak dibandingkan mula2 dulu bila tak balik berapaya di kampong

uishhhh sedih tak reti nak kabor le 

2016 buat pertama kali beraya kat kolompo je 

hari pertama lawat arwah pak kat HUKM

2017 hingga kini 2021 akhirnya hanya Raya di KL😔😔😔

tapi 2018, 2019 raya kedua balik juga kampung

ziarah umah sedaramara je

konvoi kami 5 beradik

2020 bila PKP raya lah di kl lg

ada 2 adik sis juga tersangkut x blh balik

tahun ni pun sama la nampaknya kita beraya di kl jga

emmm nanti posink je kat KLCC cam tahun lepas he hee

raya kali ni  jugalah tak ambik byk tempahan biskut raya , rasa lemauuu sungguhhhhh  dan mood nak snap gambar2  pun  ke laut betul sejak 2 menjak ni 

biskut2 raya dan kek pun hanya buat urk kwn2  yg wassap awal2 sblm posa

 tak mampu nak tolak😁😁



entah kenapa, suka tgk je kwn2 letak gambar menu sedap2 belaka kat status or IG




 kek lotus ni pun tempahan regular costemerr yg sgt baik hati
dan tak penah miss mengoder  segala macm kuih dariku setiap tahun setiap bulan setiap mingguuu


 Assalamualaikum salam. syawal.  sedar tak sedar dah hampir penghujung april ni makin lama pula.x update blog jalan2 tgk blog pun tidakk maa...