Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts

Saturday, February 12

Pulut kuning rendang pedas ayam


alhmdulillah 
selesai kan niat ☺️
 Walau awal plan isnin tp sb ayam xda so tangguh rabu baru dpt beli ayam . 
Lagi elok kan dpt sedekah pg jumaat
Syukur

Biasa buat pulut kuning , tempahan parents ank2 yg khatam quran. letak dlm bekas siap2 ayam dan puluh bersebelahan sb senang nk agihkan pada kanak2 Yg hadir.

Bila buat bekas lain2 ni kena mkn share share lah. Msk mangkuk sendiri.

2 Ekor ayam dan 2 kg pulut.




 rendang pedas ayam  ni bila mkn teringat raya☹︎☺︎︎

mkn dgn lemang. Adusssa

Thursday, November 8

pulut kuning +ayam panggang 3 ekor

assalamualaikum

hari ni nak cerita pasal pulut kuning dan ayam kampung panggang pulak ye.Mcm citer Bujang lapuk he he org dulu2 kan sgt sinonim ngan pulut kuning +ayam panggang ni . Apabila hajat tercapai ke , org kata bayar nazar kot. Biasa la kan.  sama Kisahnya  budak sorang ni( adik bungsuku kat kg tu)...hp nya hilang aiiii laju je keluar niat
kalu jumpa nk panggang ayam 3 ekor. terkezut  mak dengor he he
seminggu lepas tu memang jumpa la rupanya kawannya ambik(curi)
alahai ada jg kan camtu peragai manusia ni..
makanya bila  ramai2 balik mak kata eloklah nak makan ayam sampai 3 ekor  ni lawannya pulut kuning baru sedapkan, ayam kampung panggang cara tradisional ok he he  bukan ayam beli tp tangkap je ayam pak yg berkeliaran tu.jenuh jg nak menangkap ayam ni, dari malam pasang perangkap.Sbnya ayam2 pak ni tidur atas pokok manggis belakang dapur. Pak memang sayangkan  ternakan dia, jarang kalu ktorg nk dpt makan ayam2 ni, selalu kalu kata nk ayam dibelinya je. cuma skrg bila pak tak sehat makanya pak kasi sembelih lg satu sb  nk kurangkan ayam2 kalau boleh.Tak larat mak nk handle lg, dgn ikan2 kat kolam lg. Kesian tgk mak skrg ...lgpun kalu boleh nk jg bawa pak mak ambik angin  kat KL ke atau umah kakak di Pahang. Kalau tak alasannya sapa nk jaga ayam ikan, kucing kat kg hu hu
ikan2 kolam tinggal ank2 je lg, kucing pun tinggal sekor je.
ayam kg ni adikku panggang dgn bara api kayu,jd proses makn masa sikit nk pastikan betul2 masak isinya.
Ayam pula hanya dilumur garam kunyit je. Bgku memang paling sedap ayam panggang gini bila dimkn dgn pulut kuning .
rupa ayam yg tgh kena panggang...
Bismillah baca doa dan makan ramai2... 


Thursday, April 12

pulut kuning + rendang ayam


assalamualaikum
Syukur kepadaNya diatas segala limpahan kurniaannya. Amin
Alhamdulillah tercapai jg hajat nak pastikan si abang Is khatam Quran tahun ni, sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Ini pun kiranya dah lambat kan, kalu sepupu2nya tahun 4 dan 5 dah siap khatam. Lambat jugaklah, apapun syukur alhamdulillah. 
Anak2 mengaji dengan SIL @ maklong diorg je, cuma tahun lepas bila Fil jatuh sakit memang jarang2 mengaji sb SIL kena jaga FIL , kadang2 kat hospital ,boleh dikatakan  byk masa kat spital hinggalah lepas raya Arwah FIL telah menghembuskan nafas terakhir. Baru anak2 sambung mengaji dgn teratur semula.
Si kakak pula ada beberapa juz lagi.



Buat pulut kuning ni tak plan pun, ingatkan nak suh mak wat masa balik kg nanti tp bil dan encik suami yg beriya-iya nak wat dulu. Bukan makan di rumah tp bawa ke tempat encik suami belajar. Baca doa di sana.
Buat pun tak banyak beli sekilo je dan seekor ayam pastu tambah sambal ikan bilis.
Balik kol 6 terus bergegas ke dapur masak rendang dan kukus pulut. Sambal dan bahan2 mesin utk rendang tu SIL dah siapkan dulu tengahari sblm pegi spital.

Resepi pulut

sekilo beras pulut- direndam semalaman bersama sedikit serbuk kunyit
selepas disejat kukus pulut dlm 25 minit
angkat kemudian digaul dgn santan pekat yg dicampur garam hingga sebati
dan kukus lagi sehingga masak dlm 25 minit lagi
pas masak gaul sebati dan tekan2 sikit

TERIMA KASIH

Assalamualaikum Pg2 hujan membasahi bumi hari ni. Sejukk segar pokok2 Alhamdulillah❤️ ‘Gambar pinjam dari goggle🤭 Antara satey yg sedapp bg...