Sunday, June 25

apam kampung pandan


Assalamualaikum semua

salam zulhijjah❤️



 Agak kurang sehat ciknur badan suam2 suku org kata dan hidung lelehh air. Sumbat jga nak bernafas. tisu kat tangan je la ni 

Agak lamaa selsema tak menyerang ciknur, dan harap2 tak berpanjangan ke hari raya aidilahda. Ubat dah telan😔

Nak masak2 ni.

pg ni rasa nk melepett kaluu boleh

huhuu tapii...

smlm memang tido adoii malas betul nk bangun rasanya.

dua tiga hari xda entry kan tu gagah buat apam kampung ni. sblm ni byk kali malas nk snap gambar.

tak sempat pun ada jga😁

Buat mkn2 sabtu lepas. bw sikit ke kelas.

free free sat cik nur letak resepi ya. 


Monday, June 19

1 Zulhijjah 1444


 Assalamualaikum ♥️

Zulhijjah merupakan salah satu bulan haram bermaksud tidak dibenarkan berperang kerana dianggap bulan yg suci.

Besar nilai segala amalan pd waktu ini disisi Allah S. W. T maka jgn lepaskan peluang utk merebut keistimewaannya supaya mendpt redhaNya dan kebaikkan.

Friday, June 16

tealive vs Roti jagung


Anak dara bungsu memang febzret dia ni. tiapbulan dia. akan pau kakaknya. sb Dgn mama memang tak layann. he hee

sempena june ciknur pilih tealive entah apa namanya

tp sedapp yg ni ada jelly dalamnya dan biji sagu. lain sikit.



siapa gemar roti jagung ni he hee

nampak roti ni teringat kenangan2 dulu. zaman belajar.

Nak jimat duit, tghari beli dan. mkn roti ni je yg dulu harga cuma 60 sen. adoiii siann tau. tp kenyang je

skrg harga dah jd Rm1. 20 sen. so kalau zaman. dulu dpt dua.

zaman dah berubahhh

barang2 semua naik harga kan. seiring masa.

kadang2 bercerita jga pd anak2.

Bezanya dulu dan skrg.



Thursday, June 15

layan polis evo 3 TGV


 mohh le mewayang kejap

lamaa tak ke panggung. Selepas Mat Kilau ni la cerita kedua ciknur tgk. Ikut je anak2 dara ni nk tgk.

tiket free he hee

bestt la cerita ni, tak rugi tgk. gelagat Zizan dan Sam. Mencuit hati jga. Bg ciknur la kot org lain taktau la  kan.

Polis evo 1 dan 2 dulu tgk kat tv je

terasa lain bila tgk wayang ni

watak jht dilakunkan Shahnaz pun bagus menjadi. 

santai2 je kann kita rilex😉😉sekali sekala



Sunday, June 11

Tambah 1 angka lagi♥️




Alhamdulillah ♥️





 sebenarnya thn ni xnak dah kek or apa2😊tp si kakak dan Sil buat jga.. Awal mlm sabtu, dgn surprise kek comel ni. 
apapunnn tqqq My family. luvvv foreverrr. ♥️

Saturday, June 10

lunch, kakak belanja



kacang pool dan roti bakar menu mkn tghari mama. he hee tqq kakak tisha belanja mkn.

alhamdulillah moga tambahhh murah rezeki. Aminn
kedai mkn ni berdekatan taman tasik dato Keramat
betul2 dekat dgn tasik tu.  
firstime mkn sini.
tgk. ada. sticker jjcm kat dinding tu
mesti dah masuk tv3 kan


si adik nasi ayam gorzng kunyit



kakak mkn nasi gorzng pattaya. dan kak long pula nasi gorengg USA
ok la semua sedapp sedap.
next blh la singgah lg. 

 

Friday, June 9

projek jual kek coklat

salam jumaat♥️

'Sisipkan ruang hati utk bersyukur
atas setiap kesulitan kerana terkadang Kesulitan
menghantar kpd kita hasil yg lebih baik
Hidup memang tak selalu sesuai dgn keinginan' 


projek anak dara bungsu ciknur
kek coklat dlm container ni
jual pd kawn2nya
dan ciknur tolong jga jual pd budak2 transit he hee
ada parents @anak transit ciknur jga ni siap order jga
wahh sukaaa dia
alhamdulillah
tambh semngatt la. dia nk buat


sblm letk topingg. kek coklat  kukus 
 

Wednesday, June 7

wedding anak rakan sekolah di putrajaya


Ahad 4/6 dpt jemputan walimatul urus  dari seorg kwn
sekolah. rakan sekelas masa sek men rendah.

Makin ramai kwn2 ciknur terima menantu la😊😁 kebykannya
dah terima mennatu sulong kedua dan. dpt cucu pun ado
terasaaaa makin berumur kita
he hee kenyataann tak boleh larii


majlis di Balora Perdana. Hall. Putrajaya. 

Sampai sana jam 2 pengantin dah siap bersanding dan tgh sessi bergambar.
Rezeki Terjumpa pula dgn kwn yg agak rapat tp sekejap sb ciknur bertukar sek lain.  lama  tak bertemu walau sekampung.  kami  sekelas rasanya masa form 2.
😁 apalagi dpt borak2 kejap.
Dlm borak2 Dpt jemputan la kita raya haji ni ank sulong nya kawen pula. Alhamdulillah 


tersamaaa pula kaler bju

 

Monday, June 5

Rawatan tampal gigi


 
assalamualaikum semua
jomm kembali bertugas ye selepas bercuti agak panjang he hee walau agak lemauu la pg ni kebetulan gerimis. adoiii bestt ni dpt sambung lena kan
tp apakan dayaaaa
ciknur ambil a/l hari khamis dan jumaat konon2 khamis malam tu nk ikut adik ke Langkawi bercuti tp tak tercapai hajat nak ke Langkawi tu. Takdak rezeki namanya kan. Kita merancang Allah menentukan
Maka bertukarlah program.
Khamis jam 10 settlekan si Lola kena hantar ke vet untuk sunat dia. Memang date dpt 1 hb 6 meredah la kita mencari Klinik Hawa kat Ampang sanun. Fisrtime ke vet sini biasa vaksin kat Hawa Setapak.
Balik Vet terus ke Taman Melawati pula . Klinik pergigian Lina
asyikk tertanguh berzaman nak check gg yg tampalan tercabut tu.
Dari sejak PKP he hee 
Dah 2 kali pegi tp Doktor tak ada. Bila pegi asyik time tu Doktor Khairi bercuti , Doktor ganti ada je tp ciknur tetap nak doktor Khairi last buat rawatan 2019 ni dah june 2023 amboiii lamaaa kan hambikkk kau
Klinik pergigian Lina ni dentis feberet dari zaman bujang mula kerja kat KL inilah Doktor gg ciknur yg terbaik he hee bukan takda ttry doktor lain ada tapi semua tak sama cam Doktor ni. terbaikkk dia servis sgtttt lembut orgnya tutur kata dan layanan dia , hilanggg rasa gementar ha haa
kannn tapi nak melangkah ke klinik gg ni tetap ber deborr juga  lain macm seram sejukk .


Alhamdulillah lepas melangkah keluar legaaaa , ikut saranan doktor ada 3  gg kena tampal
adoiiiii ingatkan 1 je yg terasa berlubang
dah buat scaling jga , Habissss la lari buget bln ni huhuuu hargaa tampal gg emmm memanggg blh buat shoppingg penuhh. Tapi takpelah kan berkorban utk ggi. Kena menabungg semula ni. Nak buat kat Klinik kerajaan surrender. Ngeri bila kenangkann dulu masa buat kat KK. Byk kali ye la masa sekolah Kk lah yg ada pun. 

Think Positif 😍Perancangan Allah yg terbaik.....

kita tumpang  gembira je bila tgk  adik2 dan kakak dan anak2 buah tunjuk dlm group gambar2 kat Langkawi.
insyaAllah semoga ada rezeki di lain kali
 





Alahaiii busyukkk mama satu ni Cederaaa dah Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya...