Showing posts with label nasi ayam. Show all posts
Showing posts with label nasi ayam. Show all posts

Sunday, May 3

Menu Nasi Ayam


Assalamualaikum semua

 Hari sabtu marin ank dara request menu nasi ayam😁
Ok jgaaa kan lamaa x buat nasi ayam. Teringat pula kat adik nun jauhh bila
Masak2 ni. 

jumaat tu cuti so pegi cari ayam siap2
Resepi mudahhh cara kita


Nasi Ayam

1 ekor ayam - potong 4 dan rebus bersama 3 ulas bawang putih dan dua hiris halia

Kemudian toskan

Ayam yg dah rebus td perap dgn sos tiram + 
Kicap manis + kicap masin

Nasi pula  sb x ramai kat rumah ni so masak
2 1/2 pot je @ cawan

Beras basuh bersih dan tos 

Bahan tumisan nasi

Bawang putih , halia , rempah 3 sekawan dan daun pandan
Tumis dgn sedikit butter  
Kemuadian masukkan beras yg telah tos 
Dan air sukatan ikut sukatan beras jga
Sedikit garam dan kunyit utk
Nampk kekuningan

Masak mcm biasa dlm periuk nasi.

Sementara nasi masak
Kita goreng ayam❤️

Air lebihan rebus ayam kita buat sup cuma tambah daun sup dan secukup rasa

Cili cara ciknur 
Blend cili besar bersama bwng putih dan tomato
Kemudian tumis sekejap 
Masukkan air rwbusan ayam sikit
Garam dan gula secukup rasa

Ok siappppp

Wajib ada salad , timun dan tomato kan baru lengkappp

Mohh le mkn
Siap menu tghari sebenarnyaaa sarapan sekali harung dgn mkn tghari tu ha haaaa



Thursday, July 4

nasi ayam

 assalamualaikum 

Salam Sejahtera buat semua yg sudi kunjung kesini. Alhamdulillah syukur kerana masih ada kesempatan.
Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, kan
anak2 kecil pun sibuk bercerita pasal puasa ni he hee  bersemangat . Puasa tu apa ada jg yg bertanya, ,,,,ada yg jg yg bagitau puasa tu kita tak boleh makan. Mcm2 info pulak. anak2 yg celoteh, menghiburkan
nasi ayam yg tak seberapa ni pulak ye. Dah jadi kesukaan anak2 dara kita., nak lg si kakak ni. Seminggu sekali kena buat sbnya seminggu sekali jg diagn  makan dgn banyaknya.
he heee  bila nasi ayam ni memang dia layan habis, berulang-ulang.
sampai ke petanglah asyik nasi ayam je. Tq k Azie utk resepi nasi ayam ni ye

                             Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


                                                     
 Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Untuk nasi-sy masak separuh shj

5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Assalamualaikum Pg2 hujan membasahi bumi hari ni. Sejukk segar pokok2 Alhamdulillah❤️ ‘Gambar pinjam dari goggle🤭 Antara satey yg sedapp bg...