assalamualaikum
alhamdulillah....
esok genaplah seminggu .. terima kasih tak terhingga pada teman2 yg sampaikan al Fatihah dan salam takziah.
dgn banjir yg melanda pantai timur...hanya doa mampu dipanjatkan pada mereka2 yg ditimpa musibah.
info2 di wassap group kawan2
mcm2 ditunjukkan.
ya Allah...meruntun hati dan jiwa
memahami apa yg dirasai kerana suatu ketika dulu penah jg terjadi
masa zaman kanak2 kat kg selalu jg air naik melimpah ke rumah ke separuh dinding... masa tu boleh bayangkan kalutnya nak selamatkan barang2 di bawah pastu air yg keruh lumpur takkala nak bersihkan ...penatnya
masa tu jg lipan, ular kala jengking berkeliaran lah.
memang lazimlah kan,,,,masih terbayang sebenarnya
masih lg dalam mood cuti kan... cuti2 sekolah ni
macam2 agenda semestinya
tp kadang2 perancangan tak menjadi jg. kena redha sbgai hambaNya ,sb kita merancang Dia tentukan
dari sehari ke sehari nak menaip wat entry tp separuh jalan terhenti he hee malas + rajin
tak ada idea jg apa yg nak ditulis. Menu ada jg tp tu lah simpan dulu.
Td beli barang2 dapur, balik terus goreng ayam chicken chops segera ni he hee utk anak bujang sorang tu dan anak dara kedua ni
yg makin menjadi-jadinya susahnya nak makan.
isshhh pening dah kepala ni nak fikir makanan nya.
bolehlah ni buat sementara dia layan bila betul2 laparnya
senang jg keja just goreng dan bancuh kuahnya

