Saturday, January 18
4 hari 3 malam
Friday, July 28
berakhirnya Kisah Cik Bu
Assalamualaikum.
Akhirnya Allah tunjukkan.Sblm tu
Nk puji pegawai MpAJ yg cepat bertindak.
jam 5 pgi td ckknur wassap buat aduan terus reply dan jam 9 hantar pekerja dtg buat kerja pembersihan. Siap En Rosli sendiri turun pantau lg. Good job👍👍
sebenarnya kali kedua ciknur buat aduan tentang permasalahan kawsn rumah , thn lepas sb timbunan smpah @perabut dan sbgnya yg dilonggokkan tmpt tong smpah seberang jalan rumah.
Mentality org kita *pemalas' asalkan bkn dpn rumah dia blh je dibuang longgok serba makneka. emmm kita yg rumah dpn sakit mata hari2 tgk.
apa salahnya kan buang tmpt pembuangan. ini tak almari, tilam buruk, kerusi patah semua main letak je. Baju2 tak terpakai pun letak jga😢😇😇 setakat sampah ok la ad jadual hari2 dorang akan dtg ambik sampah2. tp kayu, kotak kainbajj ni dsb lain tugasan pula. Bkn keja org angkut sampah.
pg jumaat kisahnya amat sedihh 😔😔 kswn sini @rumah memg byk stray cat. Makin bertambah pula nmpaknya
Depan belakang lorong rumah jga.
Ciknur dan asben memang akan bg mkanan kucing. Hari2 dorang akan menunggu, pg, ptg, malam.
kadang2 ada rezeki awal bln beli ikan, ayam. kongsi rezeki. Ada ibu2 kucing siap bawa anak2. tu yg tak tahan tgk😢
Dari liar lama2 jd manja dh. Silih berganti, hilang dtg lain pula. beginilahh dari dulu. Ada seekor kucing jantan ni cantik putih tompok2 hitam, tak salah dah 2 thn dia duk blkg ni kdang2 ke dpn jga. pg2 siap akan duduk tpi tingkap dapur. walau berjaring. tunghu mkn, dah kenyang menghilng la bw diri. Bila lapar muncul lg.
ciknur pnggil dia cik bu sb corak mcm lembu. Bulunya cantik bersih je ekor pula kembng.
siap suami buatkan tmpt di kt blkg umh utk lindung dari ujan. dia pun selesa nmpk tido dlm. tu. Ye la bila. ujan lebat ada la. tmpt berlindung.
Bila muncul kucing2 jntan lain dua akan menyorok tpi tingkap.
Ada jga kucing2 jantan yg suka bergaduh. itu yg tak suka😢
cik nur kesian dan x blh tgk bila dorang gaduh huhuu
Tp minggu lepas tgk cik bu start batuk dan selsema. ciknur bg jg ubat, dan vitamin. tp nmpk makin teruk pula bulu berubah jd kotor. tktau la mana dia pegi merayap. Dah lap2 sikit. 3 mlm lepas dia tido je dpn pintu depan. Bg mkn tuna (dlm tin) sikit je dia mkn. biasa tu la kesukaan dia. sampai tak cukup2
ptg bila dia dtg suami ciknur bg mkn tp sikit je pastu pegi. Ktorg agak dia tak sehat sb selsema. batuk tu. isnin-rabu tak muncul2 lg dah. Dlm hati memng terdetik cik bu mesti hilangkan diri 😭😭
dan. khamis bila kemas pokok dpn ada bau busuk. tercari2 lah celah2 pasu, pokok risau kdang ada tikus mati.. tak jjmpa apa2. mkn kuat kuat baunya. Jiran pun ckp bau busuk. Dlm hati teringat cik bu je.
Akhirnya dpt jawapan bila suloh dlm longkang Allahuakbarr😭😭kelibat cikbu bulu putih hitam terbaring.
Disini dia hilangkan diri rupanya
Allah rupanya hanya sampai setakat ini umurnya. sedihh walau bkn kucing peliharaan tp dia dah manja dgn kita.
Memang tak dpt nk mbik kuburkan dia sb dlm longkang. kalau blh msk ciknur dah buat.
Risau kalu biar bau akan makin kuat. Lalat pun start dah nmpk. Terus wassap En Rosli.
Awalnya tak boleh nk buka /msk sb dah di skru. legaa akhirnya En Rosli berjaya membukanya. Gigih dia menarik.
pekerjanya turun korek buang pokok2 dlm longkang dan berjaya bw keluar cik bu huhuuusudah tertulis maka hari ni catat kisah dlm kenangan. Berakhirnya kenagan bersama. Cik Bu😢😢
tiada lg kelibat penunggu tepi tingkap waktu bgn solat suboh huhuu
Thursday, March 2
moment indah kolam ikan tokki
Tuesday, February 28
. memori 2009
Monday, December 12
Nenas sebiji
Tuesday, December 6
kenangan akhir DISEMBER
Disember dtg lg😌
setiap kali disember , akan muncul kenangan paling mengusik jiwa.
walau kini 5 tahun berlalu.
tp terasa seolah olah hanya semalam. Hari ini beranikan diri tulis coretan ....
Al Fatihah buat kesayangan Bondaku Hajjah Zariah Hj Hassan.
yg telah kembali ke rahmatullah pd 5 jan 2018.
Allah rinduuuu yg terungkap dgn kta2 setiap detik masa.
kenangan akhir ini hanya gambar yg tetap tersimpan.
SETIAP kali bulan disember memang dinanti2 suatu ketika dulu
cuti yg panjang ...utk luangkan masa dan berada dgn arwah mak dan pak di kg.
Masa ni jga dpt berkumpul adikberadik, Masing2 balik , cucu cucu sepupu sepapat. Meriahh umah. opah sb tu lah Disember paling di nanti ....anak2 dari zaman sek sukaa dpt blk kg lama .
Bermain dgn sepupu2nya. yg jauh sekali sekala dpt jumpa kumpul.
Mandi sungai, main tanah, kejar ayam opah tokki.
Detik.terakam ini pd tanggal 3 disember 2017. Waktu ni kat di rumah kakak no 3.
Bila Mak pilih duduk di pondok, tumah kakak yg ni la jd tumpuan.
Minggu akhir disember tu mak dtg ke Kuala Lumpur ikut adik kat Gombak. Kemudian ke rumah ku pula bergilir, siapa sangka minggu akhir ini Dpt luangkan masa dgn mak sekejap ,dpt mkn masakan mak kali akhir😌😌
Ada ajak jln2 mak menolak xnak nak duk rumah je ktnya tp ptg sabtu dpt ajak jga mak ke pasar malam .
Ingat lg tanya mak nk apa2 tak? mak cuma nk buah epal hijau , nk blend minum air ktnya sb elok utk kolestrol dan yg dia berkenan sandal warna hitam , boleh pakai pegi surau ktnya
Sayunya bila teringat sb epal mlm tu x sempat nk tolong blend 😌.
Tergesa gesa sebenarnya blk pasar mlm tu ciknur ada meeting kat taska utk majlis openday ahad..
Adik kat Gombak dtg ambik mak malam.tu dan bw ke rumahnya so tak sempat jumpa pun.
Isnin tu mak beriya iya nk balik Penang (pndok) adik call bgtau masa dah otw hantar mak balik ke pondok. mak nk balik .
Bila teringat ralatnya rasa hati😌 Tak jumpa kali akhir. Perancangan Allah dah tertulis . PG khamis dpt panggilan dari kwn mak di pondok. Mak dorang jumpa tak sedar @pengsan di bilik air.
Mereka tolong bawa ke hospital sementara tunggu ank2 sampai.
Allahuakbar masa tu memang Allah je tahu perasaan mcmna ,terus call adik yg kat Gombak ajak blk . Dlm perjlan kakak disana call bgtau mak dah sedar. Leganya hati, sempat berenti solat minum di rnr Tapah .
Masa sampai spital ,mak sedar tp.x buka mata cuma bibirnya x berhenti sebut Allah. masa doktor kata x dpt buat apa2 terus kami adikberadik minta nk bw mak ke Hospital Taiping sana ada doktor pakar dan byk kemudahan berbanding sini nampak kekurangan . Pesakit seolah terbiar 😌😌
Akhir selepas mcm2 prosedur ,sb awalnya spital x benarkan tp kami bertegas jga dan akhirnya dpt , cari ambulan swasta utk bawa nak magrib baru dpt pindahkan ke spital taiping.
Bawa kecemasan dan scan.
Jangkamasa yg lama hampir 1 jam jg perjlnan dan masa tu mak hanya bergantung pd oksigen.
Paling x blh lupa bila doktor scan dan bg penerangan......memang lerai airmata.
Rasa x sanggup nk dengar.
Dan malam.tu mak dibawa ke wad.
Semalaman ku menemani mak. ..hanya berlapikan kain batik
Dan pd Allah sentiasa mohon tunjukan keajaiban. Semoga mak akan sedar dan diberi Kesembuhan.
Keesokan DR bgtau lg khabar sedih dan minta supaya semua ank2 ada .disisi mak.. seeloknya bgtau pd saudara mara dtg😌😌
Cuma kakak yg di Pahang agak lmbt sampai. kami 7 beradik dah ada silih berganti.
Ank2ku dan suami bertolak ptg tu jga
Suasana hiba .....😭😭😭
Memang redha dan doa ....
sehari semalaman ciknur x kemana2 pun hanya menunggu disisi mak . Rasa tak sanggup nk tinggal walau sesaat.
Hampir magbrib baru kakak dari Pahang sampai dgn ank2 nya.
barulah ciknur keluar utk mkn... hanya beberapa ketika tinggal , dpt call dari kakak sulong bgtau mak dah tak ada😭😭😭 innalillahiwainnarojiun
betul tekaan , mak hanya menunggu ank sulongnya yg dari jauh tu balik dan melihatnya.....baru pergi akhir dgn tenang.
Jumaat 5 januari 2018..... mak disemadikan. Wajah yg berseri.
hanya tinggal 11 hari, tarihk 16 JANUARI adalah hari kelahiran mak.
😭😭😭😭
AL.FATIHAH ... semoga mak tenang disana dan bersama dgn org2 yg solehah.
Sunday, February 27
Kenangan mengusik jiwa❤️
sepi dan makin usang 😌😌
Tuesday, January 11
Sunday, January 2
Tinggal kenangan
22 Disember 2021
akhirnya.... ku kehilangan dia selamanya
redha..
cukup walau hanya sebulan diberi peluang utk ku
cuma sebulan utk ku merawatnya😔😭
umurnya jga genap 6 bulan.
tiada lagi..... pg2 dia dtg mengejutku dikala waktu suboh.
tiada lg suara manjanya meminta makanan
tiada lg dia yg menanti dan menyambut saat aku pulang dari kerja😒
tiada lg dia yg meminta aku mendukong di bahu
tiada lg......
semua hanya tinggl kenangan
ketentuan olehNya
alhamdulillah
2021 yg banyak mengajarku....
Tuesday, August 17
Sunday, April 25
kek butter 0r kek planta
salam ramadhan
selamat berpuasa ,selamat berbuka friends kesayangan
alhamdulillah.
minggu lepas dpt la mc 2 hari he hee restt mkn ubat selsema demam dan antibiotik
pakej lengkapp demam batuk selsema
kek butter or kek planta he hee
mcm2 kek , skrg ada kek mable jelita
tp kek old school ni jugak tetap pilihan hati kami😍
walau sebut kekbutter tp sis suka kek yg dibuat dgn planta
lebih suka baunya dan rasanya, kalau dulu2 panggil kek warna warni. time raya hah ni wajib la adaaaa
ingat zaman sek2 dulu , xdak mixer bagai ehh ,pakat mix la guna senduk kayu
tapi rasanya memanggg ummmphh
mesti pukul kembang betul2 gula dan planta ni
pastu telur dan tepung
kasi kaler merah hijau kuningg ha haaa besttt
Thursday, January 28
Rinduu kampung halaman
kampung ku yg dikelilingi oleh Bukit bukau
Thursday, June 25
bila musim buah2 tiba

Rambutan pun ada yg tengah menguning, dptlah petik yg rendah2 je
Wednesday, June 3
AIDILFITRI 2020
Ini la menu yg kakak order belanja mama❤️ Nasi goreng pineapple dan nasi goreng pedas kot dgn sup tomyam Rasanya kali ke3 mkn kat sini Lamaa...
-
Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati Insya...
-
Assalamualaikum Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai ...
-
Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap ber...


































