Saturday, December 31
Trip Taska ke Hatyai penutup 2022
Friday, December 30
Tuesday, December 27
kenduri kawen di Tampin
selamat pengantin baru buat kedua pasangan raja sehari. Serba kuning menyerlah betul kalernya.
kedua duanya ank kawan2 baik husband ciknur sorang Tampin dan sorang Alor gajah Melaka @ geng husband dari zaman mudanya lg ni.
Sedap nasi laukpauk dan kuih.
Sibuk mkn berborak tak ambik pun gambar2 menu. ☺️
Yg pasti ada tapai pulut sedapp air tangan Mak pengantin perempuan
teringat ingat🥰☺️
menu lauk daging masak hitam, ayam masak merah dan nasi beriyani.
Wednesday, December 21
jamuan akhir tahun 2022
sebelum tirai 2022 berakhir
jamuan kecil kecilan , potluck
anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember gitulah lazim.
Anak2 transit lg la semua cuti ada blk kg , ada yg duduk rumah je dan ada yg cuti2 malaysia.
ank2 playschool dan toodler serta bby pun ramai dah x dtg ujung2 ni kan. Bercuti semuanya
So kita buat potluck yg mana ada. Alhamdulillah byk menu
jadi la sbgai kenangan 2022
menu cikgu2 taska sediakan nasi ayam dan coktail buah buahan.
Gigih memasak tau he hew
Ank2 ada bw donutt, kek, kuih ,spaggety dan jajan2 pun byk. . air kotak jga
Kenyangg ke petangg☺☺
Simpan memory disini.
Monday, December 19
Monday, December 12
Nenas sebiji
Tuesday, December 6
kenangan akhir DISEMBER
Disember dtg lg😌
setiap kali disember , akan muncul kenangan paling mengusik jiwa.
walau kini 5 tahun berlalu.
tp terasa seolah olah hanya semalam. Hari ini beranikan diri tulis coretan ....
Al Fatihah buat kesayangan Bondaku Hajjah Zariah Hj Hassan.
yg telah kembali ke rahmatullah pd 5 jan 2018.
Allah rinduuuu yg terungkap dgn kta2 setiap detik masa.
kenangan akhir ini hanya gambar yg tetap tersimpan.
SETIAP kali bulan disember memang dinanti2 suatu ketika dulu
cuti yg panjang ...utk luangkan masa dan berada dgn arwah mak dan pak di kg.
Masa ni jga dpt berkumpul adikberadik, Masing2 balik , cucu cucu sepupu sepapat. Meriahh umah. opah sb tu lah Disember paling di nanti ....anak2 dari zaman sek sukaa dpt blk kg lama .
Bermain dgn sepupu2nya. yg jauh sekali sekala dpt jumpa kumpul.
Mandi sungai, main tanah, kejar ayam opah tokki.
Detik.terakam ini pd tanggal 3 disember 2017. Waktu ni kat di rumah kakak no 3.
Bila Mak pilih duduk di pondok, tumah kakak yg ni la jd tumpuan.
Minggu akhir disember tu mak dtg ke Kuala Lumpur ikut adik kat Gombak. Kemudian ke rumah ku pula bergilir, siapa sangka minggu akhir ini Dpt luangkan masa dgn mak sekejap ,dpt mkn masakan mak kali akhir😌😌
Ada ajak jln2 mak menolak xnak nak duk rumah je ktnya tp ptg sabtu dpt ajak jga mak ke pasar malam .
Ingat lg tanya mak nk apa2 tak? mak cuma nk buah epal hijau , nk blend minum air ktnya sb elok utk kolestrol dan yg dia berkenan sandal warna hitam , boleh pakai pegi surau ktnya
Sayunya bila teringat sb epal mlm tu x sempat nk tolong blend 😌.
Tergesa gesa sebenarnya blk pasar mlm tu ciknur ada meeting kat taska utk majlis openday ahad..
Adik kat Gombak dtg ambik mak malam.tu dan bw ke rumahnya so tak sempat jumpa pun.
Isnin tu mak beriya iya nk balik Penang (pndok) adik call bgtau masa dah otw hantar mak balik ke pondok. mak nk balik .
Bila teringat ralatnya rasa hati😌 Tak jumpa kali akhir. Perancangan Allah dah tertulis . PG khamis dpt panggilan dari kwn mak di pondok. Mak dorang jumpa tak sedar @pengsan di bilik air.
Mereka tolong bawa ke hospital sementara tunggu ank2 sampai.
Allahuakbar masa tu memang Allah je tahu perasaan mcmna ,terus call adik yg kat Gombak ajak blk . Dlm perjlan kakak disana call bgtau mak dah sedar. Leganya hati, sempat berenti solat minum di rnr Tapah .
Masa sampai spital ,mak sedar tp.x buka mata cuma bibirnya x berhenti sebut Allah. masa doktor kata x dpt buat apa2 terus kami adikberadik minta nk bw mak ke Hospital Taiping sana ada doktor pakar dan byk kemudahan berbanding sini nampak kekurangan . Pesakit seolah terbiar 😌😌
Akhir selepas mcm2 prosedur ,sb awalnya spital x benarkan tp kami bertegas jga dan akhirnya dpt , cari ambulan swasta utk bawa nak magrib baru dpt pindahkan ke spital taiping.
Bawa kecemasan dan scan.
Jangkamasa yg lama hampir 1 jam jg perjlnan dan masa tu mak hanya bergantung pd oksigen.
Paling x blh lupa bila doktor scan dan bg penerangan......memang lerai airmata.
Rasa x sanggup nk dengar.
Dan malam.tu mak dibawa ke wad.
Semalaman ku menemani mak. ..hanya berlapikan kain batik
Dan pd Allah sentiasa mohon tunjukan keajaiban. Semoga mak akan sedar dan diberi Kesembuhan.
Keesokan DR bgtau lg khabar sedih dan minta supaya semua ank2 ada .disisi mak.. seeloknya bgtau pd saudara mara dtg😌😌
Cuma kakak yg di Pahang agak lmbt sampai. kami 7 beradik dah ada silih berganti.
Ank2ku dan suami bertolak ptg tu jga
Suasana hiba .....😭😭😭
Memang redha dan doa ....
sehari semalaman ciknur x kemana2 pun hanya menunggu disisi mak . Rasa tak sanggup nk tinggal walau sesaat.
Hampir magbrib baru kakak dari Pahang sampai dgn ank2 nya.
barulah ciknur keluar utk mkn... hanya beberapa ketika tinggal , dpt call dari kakak sulong bgtau mak dah tak ada😭😭😭 innalillahiwainnarojiun
betul tekaan , mak hanya menunggu ank sulongnya yg dari jauh tu balik dan melihatnya.....baru pergi akhir dgn tenang.
Jumaat 5 januari 2018..... mak disemadikan. Wajah yg berseri.
hanya tinggal 11 hari, tarihk 16 JANUARI adalah hari kelahiran mak.
😭😭😭😭
AL.FATIHAH ... semoga mak tenang disana dan bersama dgn org2 yg solehah.
Alahaiii busyukkk mama satu ni Cederaaa dah Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya...
-
Minggu lepas punya cerita mkan2 @potluck jamuan raya Taska. Cawangan tmpt ciknur bertugas. Menu potluck yg dibawa parents anak2 dan jga yg d...
-
sebelum tirai 2022 berakhir jamuan kecil kecilan , potluck anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember ...
-
21 hb September.... hari kelahiran suami tercinta En Sulaiman Hj Mohd Rashid Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat ...