Tuesday, January 31

jalan jalan ke Bt feringgi

             

  jom ke Bt feringgi pulau pinangπŸ₯°
masih kisah Cuti sempena CNY yg lepas. Selesai kenduri ,isnin pg berangkat kami ke Bt feringgi ni Konvoi . cuma pasangan pengantin baru dtg lewat petang.
Clear je jalan tak spti yg difikirkan..


Bt feringgi, adik ciknur booking 3 hari 2 mlm. Banglo utk.staff  Dbkl. Tp ciknur dan ank2 tak tido pun sb mlm.tu blk kl sb selasa dia keja..so sehari je jalan2.
 

Lepas isi perut masing2 dgn nasi kandar  terus ke.sini.






penatt jalan benti pekena air kelapa ,ais kacang dan laksa



sambungg bergambar ☺️

kami 5 beradik. Tempat yg sama masa 2017 bergambar dgn arwah mak.








Singgah di padang kota , tgk airlaut dan cruise berlabuh.
Dah nak ke senja. Saje melewati  tempat2 kenNgan suatu masa dulu.




bubbyeee.....nanti ada rezeki dtg lg 
insyaAllah



Saturday, January 28

22/1/2023 selamat pengantin baru Amirul❤️Zulaika

Assalamualaikum
Selamat berhari minggu.

Lupakan sekejap ga anniversary.☺️
Kisah ahad lepas weeding ank buah ciknur sorang ni. Anak sulong kakak  ke3 yg duk Taiping.

tanggal 22/1 /2023. Ahad tu cuti CNY kan. Balik berlima tumpang kereta k long @ ank buah yg keja kat Kl.  Suami ciknur x balik takut jem he he

alhamdulillah tak hadap jem teruk sb ikut kuala selangor dan msk jln baru lancarr perjlnan. 
Gerak kol 10 pagi . Ptg jga sampainya . Apapun selamat dan selesai majlis sebelah pengantin perempuan.
Belah kakak @ pengantin lelaki next raya haji. InsyaAllah


Meriah semua berkumpul ikut rombonganπŸ₯° semua balik kecuali satu family @ abg kat Kuala.Lumpur.  lain semua hadir  kami 7 beradik.  Dan mak sedara  & pak sedara . jga sepupu ciknur. Tambah Ank2 buah dan cucu2 dari Pahang yg  turun ke Taiping.



Family kakak anak beranak. @ ibubapa pengantin lelaki







Lauk sedapp daging masak.hitam.ayam masak merah, acar timun.dan ulam.ulam
majlis lancar cuma kami terpaksa lepak.lama.sb hujan he hee 
Dptlah borak sampai puas. Layan karenah anak2 buah dari Pahang ni. Lama.tak.jumpa maklum.la kan





sakan bergambar.πŸ₯°
sepupu sepupu 


sepupu sepapat yg masing2 dah bekerja dan jarang dpt jumpa.


Wednesday, January 25

senarai nama peserta GA Anniversary 23


Assalamualaikum

Terimakasih rakan rakan yg join GA ciknur pertama kali ni ye.

InsyaAllah akan ciknur update senarai peserta ya. 

Boleh tgk πŸ‘‰

Giveaway anniversary cik nur

yg bermula  pd 23/1 sehingga 13 Feb 2023

senarai peserta setakat ini

πŸ‘‰1. Syu Deris

πŸ‘‰2.Rabiahtul Adawiyah

πŸ‘‰3.Rasyidah

πŸ‘‰4.Sii Nurul

πŸ‘‰5.Rodiah Amir

πŸ‘‰6.Syazni Rahim

πŸ‘‰7.Salina@IbuAqil

πŸ‘‰8.AiniHalim

πŸ‘‰9.Cuya

πŸ‘‰10.Nurin Irsalina

πŸ‘‰11 Sha Muhammad

πŸ‘‰12.Mummy ayu

πŸ‘‰13.Suria Amanda

πŸ‘‰14.Carneyz

πŸ‘‰15. NA

πŸ‘‰16.Cik Nor

πŸ‘‰17.Mamapp

πŸ‘‰18.Syikin Razali

πŸ‘‰19 Rozita

πŸ‘‰20. Abam Kie

πŸ‘‰21. Dana

πŸ‘‰22. Amie

πŸ‘‰23.Mrs A

πŸ‘‰24.Afzan

πŸ‘‰25.Seri Kandi Di Tanah Jauhar

πŸ‘‰26.Nabilah Shamsudin

πŸ‘‰27.Ammi

πŸ‘‰28.Ako Retna

πŸ‘‰29. Ibu Ainul

πŸ‘‰Fairuz

Sunday, January 22

giveaway 23 anniversary


 Assalamualaikum semua.

Dengan Bismilahirahmanirrahim.

Febuari yg akan muncul tak lama lagiπŸ₯°
Bulan cinta , bulan ciknur dan suami disatukan Lip lap lip lap dah 23 tahun.
Alhamdulillah bertemu jodoh dengan restu ayahbonda tersayang.
Imbas kembali detik pertemuanπŸ₯° ciknur dan suami satu tempat keja sebenarnya.
 Syarikat  pembinaan
 ciknur kat opis  ,suami pula kat site.
Jarang2 pun dpt jumpa awal2 tu terserempak waktu pg sblm dorang bergerak ke site   jarang2 . Kadang ptg ada jga dia singgah opis.
Dah jodoh namanya kan, awal2 keja asyik  kena usik dgn opis mate☺️ masa tu suami bujang terlajak ha haa Beza 17 tahun. 
Pandai2 je dorang match kan kita 
Ciknur sipu2 malu je la. 
Masa tu ciknur paling muda , mesti la malu gi lerr  kena usik2 . silap haribulan g blkg nangis he hee adoiii kelakar pun ada. Maklum la  yg lain tu pangkat kakak d abang2.

Zaman muda baru nk up. 

Kenangannn sungguh😁 senyum sorang2 bila kenang balik kisah2 dulu.

 Rinduuu jga pd dorang entahh mana masing2 skrg ni. Mesti dah beranak cucu. Cuma sorang akauntan tu masih berhubung dgn husband ciknur dan kadang2 jumpa. Kira rapat dgn dia

Apapun Syukur alhamdulillah

13 feb thn ni genap 23 tahun sudah
melewati 23 tahun yg penuh dgn berbagai onak.duri . Adatlah tu kan pasang surut. Mesti ada suka dan duka kehidupan ini.

 Dan Buat pertama kalinya nk try  buat giveaway sempena anniversary ciknur ni  Ada  ke yg  sudi ye join ☺️☺️

 ucapan ringkas. doa buat ciknur dan suami. Aaminn

Ciknur tak pandai sgt sebenarnya tp try jga. Ok jommm 

Syarat penyertaan

1.  Follow  blog "Dapur Cik Nur"
     Yg penting ada list kat blog korang.
2.  Buat entry bertajuk "Giveaway 23          Anniversary Ciknur and Husband
3.  Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️
4.  Tinggalkan link penyertaan di ruang komen.

itu je mudahh kan


Berlangsung pd 23hb jan sehingga
 13 febuary 2023.

Tamat 13 februari ye

semoga ada yg sudi join✌️❤️


Friday, January 20

Dapat gift bath & Body


Alhamdulillah. Rezeki
Dapat hadiah.

Japanese chery blossom. Tiga serangkai mandian, losyen dan wangi
siap bekas ala tub mandi.
cantikk dgn kaler merah
chiness new year kan, merahh


 Selamat bercuti semua.

Wednesday, January 18

Kek viral.@ butter kek


 

*Allah yg melapangkan rezeki hamba hambaNya dgn kemurahan dan rahmatNya. Allah menguji mereka dgn dgn.hal.yg sesuai dgn apa.yg terkandung dlm.hikmahNya. Allah jga membentangkan TanganNya utk.menerima taubat org2 yg berbuat kesalahan.*

 Al Basith


Assalamualaikum

butter kek ni viral kan.suatu masa. Tp baru ni baru tergerak.hati nk.buat.he hee

Tp x pula ambik gambar bila potong.
ikutkan ciknur lg suka kek butter lama dan biasa buat tu. Rasa lebih umphh


lain dari kek butter biasa buat tu sb yg ni kita mix je sekali hadap. Masuk semua bahan2 pukul sampai kembang gebus

last masuk kan butter yg dicairkan.

dan bakar .

resepinya . Copy je. Kat myresepi yg dikongsikan disana




Tuesday, January 17

kek buah kukus


assalamualaikum


Tengah mengira hari ke tu he hee utk bercuti sempena Tahun baru cina.
  sek jumaat dah bercuti kan. hingga ke hati selasa. Wahh lama tu 5 hari.
mesti ramai plan balik kg atau pun cuti cuti Malaysia ni.
adoiii jemm lagi . Kat Taiping pun blh tahan jemnya nak lg perayaan ni.
sabo je la kannn

ciknur nk blk Perak jga sb nya ank buah @ anak kakak nk nikah ,kenduri kawen belah perempuan. Ank buah ciknur tu lelaki. So kena la balik kan.
Harap2 jalan xlah terukk jemnya.
sekbaik la rumah pengantin perempuan tak jauh sgt. Kena ikut jalan cilok2.
 masa bertunang dulu abg ipar siap bw kawanya utk tunjuk.jalan cilok ni

okeyyy jom kisah gambar kek kukus ni   pula ya.
Ada pengemar kek buah kukus tak?
sebenarnya kek buah kukus ni kawan kat Pahang tu yg gemar sangat2.
so dia order dari Krismas hari tu lg he hee tp  2 minggu lepas  baru dpt bg dia.

ikutkan raya baru nk  buat.
 Ambik jga temphan sikit2 je.
sbnya Kawan ciknur yg memang tiaptahun akan order. Tak boleh nk tolak.
 
insyaallah thn ni cadangnya kalau diizinkanNya nk open order kek buah yg saiz kecik je yg
Beratnya dlm  550-600gm😁✌️pek kecik sikit. 
insyaAllah.❤️


 kek ni  kukus makan masa 4 jam tau.

biasa kalau buat kol 9, kol 1 baru siap.
kebiasaannya jga buat kena la hari cuti sabtu ahad he hew

Sunday, January 15

tamarind juice @ air asam jawa


 salam isnin semua.

Assalamualaikum

selamat kembali bertugas 

setelah 2 hari berehat❤️ tak rehat pun kan sbnya kat rumah rasanya lg banyak kerja he hee

Ciknur memang suka air asam jawa yg msm2 manis, nikmat rasa 

Bila sakit tekak atau batuk lg elok kan minum ni.

yg ni firtime rasa, sebenarnya dpt air ni masa kenduri.kawen., salah satu dlm gift beg utk tetamu bersama sedikit jajan dan telur.

Ok jga kan idea tuan rumah bg minuman ni dikala musim demam batuk ni.


Thursday, January 12

salam jumaat

 assalamualaikum

salam jumaat


Syukuri apa yg ada

jalani yg harus dijalani

Nikmati hal hal yg Allah hamparkan

tenang hidup ini

tidak sesulit apa yg kita khawatirkan

Allah kadang menguji sesuatu

Kekhuwatiran 

kekurangan 

kehilangan

itu utk menguji siapa di antara kita yg baik AMALNYA

Tuesday, January 10

Ole ole dari Mekah

assalamualaikum



pg2 terima ole ole dari jauh❤️πŸ₯° alhamdulillah.

Rinduuunya kan nak mengerjakan Umrah lagi....
semoga Allah menjemput ku lg utk kesaba. Aaminn
.
Disember ank2 buah belah suami ke sana rezeki dia utk kali ke3, dan kawan ciknur pun kesana sekeluarga .  
Cemburuunya tgk dorang pergi dan balik dgn wajah berseri gembira.

Package skrg mkn up dah x mcm dulu sblm PKP. Rataa rata tgk harga.
Kalau masa ciknur pegi 2016 package Al faizin Rm6999. Hotelnya dekat je, dengar azan turun lif jln kaki sikit sampai
skrg xdpt dah harga ni kan.😌😌
Siap la 9+++ . 
Hotel kalau yg dekat maybe lg up.
mesti tu.
kawan ciknur ni pun cakap jauh jgga jalan.




 

Rezeki durian runtuh

assalamualaikum. 


 

rezeki dpt mkn durian free. Kisah minggu lepas di malam jumaat. ikut suami ciknur Ke semenyih ,

 Memang rezeki dptlah merasa durian isi tebal ni. Musim ke skrg, emm kalau kat kg ciknur blm lg .tp ada nmpk jga lori jual buah durian kat keramat ni.

Tp tk tau la durian negeri mana.

alhamdulillah. .

sedapp cukup rasa lemaknya. Cantik isinya. Ulas elok. Durian apa tak pasti he hee tuan pokok pun tak tahu.

pokok tepi rumah, walau hanya sepokok shj tp buahnya lebat. 

sama mcm durian sedapp kat kebun arwah ayah.

ciknur memang suka durian isi ulas mcm ni. Sepangsa ada seulas .

buahnya pun jenis tak besar sgt.


Friday, January 6

5 & 6 januari

selamat hari lahir buat ank sulong dan ank bungsu mama❤️❤️

Saif Al muqmin @ abang Is  genap 23 tahun

dan Sarah Nur Izati @adik.genap 16 tahun

Alhamdulillah...Doa mama.sentiasa 

mengiringi ...kalian berdua  kesayangan



my bby girl kecik mama ❤️


 Abg is tak sehat minggu ni demam 

dah sehatlah nanti baru celebrate mkn makan.


5 januari jga tarihk takkan dilupa setiap tahun.

.Al.fatihah buat Arwah mak @Zariah Hj Hassan. pd 5 januari 2018  5 tahun yg lalu  mak tinggalkan kami😌

semoga tenang dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..aaminn


Tuesday, January 3

hatyai part 2


 malam jalan2  dekat2 dgn hotel penginapan je  Mcm pasar malam   Mcm2 jualan , dari mknan ,brg pakaian.
Beli gajus 2 bungkus dan
ciknur mkn aiskrim kelapa .






deretan kedai mengurut.  Byk betul yg penah dtg memang x lepas peluang urut.
ada yg harga murah sejam 200b 
tp ciknur x berani urut kaki pun. Segan pulaa





esk Pg2 keluar cari sarapan dan ke pasar  seawal ,7 pg 
Restoren halal masakan melayu.
siap dia cakap ,faham bahasa melayu .

nasi berlauk dan gorwng2





cuci mata dgn aneka beg mcm ada 


last jumpa ni kenalah rasa. Pulut mangga.



group Taska, 





 


Alahaiii busyukkk mama satu ni Cederaaa dah Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya...