Tuesday, March 31

april 2020



1  April 2020 bermula 

fasa kedua PKP

#Darulmurtadza#

masa masa yg kita lalui di rumah skrg amat memerlukan diisi dgn zikir supaya hati tenang,sb berada dlm kondidi skrg amat mencBr kepada hato kita perasaan kita emosi kita
kalau tak diimbangidgn zikir mungkin akan tergelincir  kalah utk mengawal emosinya sehingga terjadi stress,bosan timbul masalah di rumah
tidak tanang dN McM2 MASALAH timbul kelak






Saturday, March 28

pavlova





ASSALAMUALAIKUM

slmt petang 😚

<STAY AT HOME>

pd awal mac lalu , teman sekerja minta buatkan pavlova ni

nak makan2 bersama keluarganya

akak memang suka bab ni. alhamdulillah rezeki jga yg tidak disangka

kebetulan saturday tak bekerja. pg2 terus baking

tghari terus cod pd tuannya.

malangnya masa  cari2 strawbery x jumpa2 ha haa

last2 akk pilih buah anggur, peach dan buah naga 

sekbaik tak cerewet temanku ini😗

inilah hasilnya.....

resepi pavlova  boleh tgk kat blog cikepal

siap ada tutorial lengkap

tqq cikepal



Thursday, March 26

kek coklat lava



ASSALAMUALAIKUM

<STAY AT HOME>

Semoga kita semua dlm lindunganNya

insyaallah, sama2 berdoa semoga setuasi yg melanda saat ini akan kembali pulih.

Aaminn



alhamdulillah, pada awal bulan mac lalu berkesempatan  buatkan kek  yg penah viral ni dulu

kek coklat kukus dgn limpahan coklat cair di tengahnya

atas permintaan adik dan seorg teman baik

resepi kek coklat yg akak sedia maklum terlalu banyak dan bermacam versi ada bila di goggle
kan,,,,beza sukatan mungkin dan ada jga teknik masakan jga berbeza

dlm blog akak ni pun ada resepi2 kek coklat yg penah di cuba dulu2

bg akak resepi terbaik yg sentiasa dibuat adalah resepi Munira Baharom

blh tgk di blog secuitrasaumiejazz. tqqq Ummi

akak copy paste ye


KEK COKLAT KUKUS

bahan A

1 cawan gula  pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung @ minyak masak

bahan B

1 3/4 cawan tepung
1 st serbuk penaik
1st soda bikabornat

bahan c

4 biji telur-diblend
esen vanila

cara cara

satukan bahan2 A dalam periuk
masak dgn api perlahan hingga semuanya sebati
 biarkan sebentar

msukkan bhn2 C

Akhir bahan2 B sebatikan

mskkan dlm loyang yg telah disapu sedikit butter(bg mengelakkan kek melekat)

kukus 1 jam

jgn lupa tutup dgn foil utk elakan air kukusan menitis ya


utk lavanya akak

guna 1 cawan serbuk koko dan 1 tin susu cair

masak dgn api perlahan shj

Wednesday, March 25

tart nenas NYONYA



assalamualaikum, salam sejahtera semua teman2
semoga kita kita semua tenang dan sentiasa dlm perlindunganNya.


hari ke 9 <STAY AT HOME>💪😊


resepi kak Azlita memang terbaik. tqqq atas perkongsian.alhamdulillah  akak masih setia dgn resepi ini utk jualan menjelang hari raya secara kecil kecilan 


TART NENAS NYONYA

bahan bahan

200 gm butter
3 sudu besar gula kastor
2 kuning telur
1st esen vanila
3sb tepung jagung
300gm tepung gandum

cara2nya

potong kiub butter
gula, tepung jagung dan tepung disatukan

ramas butter yg dipotong dadu ke dlm tepung 
masukkan kuning telur dan vanila
jadikan doh 

Tuesday, March 24

roti manis


STAY AT HOME- hari 5

misi sebelum expired tepung roti, masih berbaki 1/2 kilo rasanya
so cukup utk adunan roti manis

alhamdulillah, masa dirumah sekurang kurangnya terisi juga
jadikan menu cicah air teh o
mengisi perut dikala berbunyi ha ahaa



200 ml air suam
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
11 gm mauripan

dibancuh hingga berbuih


tepung roti 3 1/2 cawan
2 sb susu tepung
1 biji telur
2 sb marjerin
1 st serbuk penaik

cara caranya

ramas ramas kan semua bhn2 tepung marjerin susu dan telur
mskkan bancuhan yis
uli hingga sebati tak melekat ditangan

biarkan dlm 1 jam

tumbuk2 bg keluar angin

bulatkan mskkan dlm loyang
tunggu 1/2 jam lg

baru bakar dlm 25 minit suhu 160


Sunday, March 22

coretan hati







AL FATIHAH

23 mac 1937- 22 mac 2018....
.Ayahanda Hj Abdul karim Mansor

tanggal 22 mac 2020 genap 2 tahun .....rindu dan sentiasa merindui insan istimewa ini

Tuesday, March 10

kek pandan kastad


salam ceria😊

lama juga tak buat kek ni

kebetulan seorg kawan sekerja teringin nk mkn kek ni
dan tanya buat tak kek
terus cakap buat, tak fikir panjang padahnya
berdebar2 juga semalaman sb lama dah x buat kot
sampai tido malam pun termimpi mimpi kan kejadian kek ni
nmpk tak kerisauannn terlebih😛😛
risauuu wehh takut tak menepati citarasa org
masa bangun pagi keluarkan kek dari acuan tu
aduhaiii hati2 mak
ha haa
alhamdulillah elok rupanya
luaran le, dalaman tau lg\
tp bila dpt wassap drinya kt ok dan sedapppp
terusss lega
syukurr alhamdulillah

resepi ada di sini kek pandan



Thursday, March 5

my kuih lapis



assalamualaikum

salam jumaat💓💓
alhamdulillah

{siapa pun kita jgn pernah memperkecilkan org lain
jgn penah membandingkan rezeki kita dgn org lain]




kuih lapis

bahan2nya

2 cawan tepung beras
4 sb tepung gandum
4 sudu besar tpg jagung
1 cawan gula

4 cawan santan (sederhana pekat)

cara2

panaskan santan dan gula (jgn sampai mendidih)

mskkan tepung semua dan sebatikan dgn whisk
tapis dan bahagi 2  bahagian

warnakan ikut pilihan

kukus selapis selapis 
setiap kali dlm 5 minit

akhir kukus dlm 20 minit

angkat sejukkan baru dipotong

  Alhamdulillah bersekang mata jga siapkan tempahan apam coklat cheese 4 box ni❤️🥰 dan apam pisang utk majlis mengaji.  guna acuan seri ayu...