Tuesday, 24 March 2020

roti manis


STAY AT HOME- hari 5

misi sebelum expired tepung roti, masih berbaki 1/2 kilo rasanya
so cukup utk adunan roti manis

alhamdulillah, masa dirumah sekurang kurangnya terisi juga
jadikan menu cicah air teh o
mengisi perut dikala berbunyi ha ahaa



200 ml air suam
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
11 gm mauripan

dibancuh hingga berbuih


tepung roti 3 1/2 cawan
2 sb susu tepung
1 biji telur
2 sb marjerin
1 st serbuk penaik

cara caranya

ramas ramas kan semua bhn2 tepung marjerin susu dan telur
mskkan bancuhan yis
uli hingga sebati tak melekat ditangan

biarkan dlm 1 jam

tumbuk2 bg keluar angin

bulatkan mskkan dlm loyang
tunggu 1/2 jam lg

baru bakar dlm 25 minit suhu 160


No comments: