Tuesday, June 29

ronda kuala. lumpur yg sepi


 tengahari td teman boss ke pwtc utk vaksin. tp tunggu dlm. kereta je la sb x boleh masuk pun

dan settle vaksin pusing2 kuala lumpur
jalan. TAR lalu Sogo
kiri kanan kedai2 tutup
laluan yg suatu ketika penuh sesak saat ini sepi
hanya kenderaan di jalan. raya
😔😔
kat trafik light tu snap gambar bangunan ni.  Suka tgk cantik
kalau posink sini cantink ni kan
seni  dinding tu😍
pusing blk Keramat singgah beli nasi ayam sedapp tu



Sunday, June 27

Musim buah buahan tempatan tak lama lg


Assalamualaikum semua
musim buah buahan tempatan skrg ni kan
hari2 tgk durian laluu lalang. kat fb kat ig
cerita.  ada durian kayangan
mcm2 nama. durian 😁😁
semua topik durian

tapi durian pokok2 arwah ayah belum lg
gugurnya
ada juga tp. musim kali ini tak banyak
ada pokok yg ada buah dan ada pokok
tak lekat buah langsung
masa berbunga memang banyak
tp. alhamdulillah ada juga
setakat nak mkn tu
Manggis dan rambutan menjadi
semua lebat berbuah
cempedak kawen. pun banyak buahnya
tapi entah la sempat merasa ke tidak ni
mcm seblm2 ni 😊. tinggal yg tak elok. je la yg elokk lesap entah dimana
susah nak cakap
bila.kampung skrg makin. menjadi peragai manusia ni




rambutan masih menghijau
lebat berbuah
semoga ada rezeki lg dpt. balik kg


 

Tuesday, June 22

cuci mata ✌️wordless wednesday






 

Benih bunga matahari



 

assalamualaikum 
slmt petang semua😍

ptg ni sambil2 menunggu nk balik. kita meleraikan biji benih bunga matahari
3 kumtum dah boleh jdkan benih
pasni boleh dah nak semai. baru 

ada kwn dari ipoh awal2 pm. suh simpa  nk benih ni😁😊
boleh aje 
Alhamdulillah kali kedua berbunga ni menjadi besarnya




 

Sunday, June 20

kek kurma


kudapan ptg td kek kurma yg ala2 roti pun ada ni.
Sbb Sayang tgk kurma2 yg masih tak berusik. ni. Rasanya kurma ni tahun lepas punya lg. pemberian seorg. 
Masih elok makanya kita baking kek kurma
kot ada yg nk makan he hee
try ikut resepi kek pisang.
tukar pisang lenyek kepada kurma lenyek.
emm. rupanya ok tp kurang moist.
maybe kena tambah susu skit kot

kek kurma

bahan bahan
 1 cawan gula
4 biji telur
2 cawan kurma lenyek
1 cawan minyak
3 cawan tepung
1sb soda
1st baking powder
esen

cara cara

kita blend telur dan gula hingga putih
mskkan. minyak
pisang kenyek2 dan mskkan. telur  gyla yg diblend td
akhir mskkan tepung
sebatikan. dan griss loyang
bakar. 1 jam++





 

Friday, June 18

kucing oh kucing


 SESUNGGUHNYA SEDEKAH ITU ADA DALAM PELBAGAI BENTUK DAN RUPA. INILAH ANTARA RAHSIA KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT. APABILA KUCING DTG KEPADA KITA DAN MEMINTA SEDIKIT REZEKI LALU KITA MENGHULURKAN KEPADANYA MAKA KITA TELAH BERBUAT KEBAIKKAN KEPADANYA,


Bila kucing dtg kepada kita jangan dihalau atau dipukul ada rezeki dari makhluk tuhan ini

#1. Bahagian kucing
#2.10 kali ganda kebaikkan ganjaran
#3. Belajar ikhlas
#4.Belajar ihsan
#5. Kurniaan rezeki yg berpanjangan




selamat berhari minggu

sekadar ini berkongsi
smlm dlm kejiranan sis ada seorg hamba Allah ni cerita
permasalahan yg dihadapi kebelakangan ini
kucing yg makin banyak berkeliaran
samada ianya bertuan atau tidak 
mungkin ada yg bertuan dan mungkin ada yg tidak
masalahnya timbul bila kucing2 <membuang di tepi2 umahnya kot
dan ada jiran2 sampai tidak bertegur sapa
ada pula mampu buat tembok semata2 sb nak
elakkan masalah ini
😒😒

apa agaknya cara penyelesaian yg terbaik
inilah yg menjadi masalah perumahan kejiranan


dari kecik memang membesar dgn kucing he hee di kampung kan senang. Ada juga masalah timbul bila kucing jantan ni suka kencing merata 
kencing umah jiran siapppp la kena balun
ingat lg dulu kucing balik umah dgn kaki patah ala siannnya tgk dia masa tu
jenis keturunan semua suka kucing
arwah pak. mak kakak adik abg semua
kalau arwah pak dulu kucing kesayangan dia siap boleh makan sepinggan, sebelah menyebelah ha haa
tiapkali pegi pasar tani bwa balik ikan2 khas utk kucing he hee 

arwah mak pun walau kadangkala membebel sb kena kadang2 mencuci najis 
tapi dia sayangg kucing 

dari zaman kecik mesti ada seekor kucing kesayangan masing2
manja, comel, sayang, joni ,juli, tompok, oyen, memey mcm2 nama sampai lupa dah

Umah sis sblm ni memang tak penah bela la
walau anak2 nak sgt sbnya kekangan masa nk uruskan 
setakat kucing2 berkeliaran blkg umah kita bg makan ok
memang suami selalu beli mknan kucing letak blkg umah. Ada je yg dtg utk habiskan mknan

panjanggg lg nak bercerita ni
he heee

😊😊

Thursday, June 17

pengat pisang😊rezeki pisang tanduk dari Sabak Bernam


 aassalamualaikum

Alhamdulillah

rezeki 😊

pemberian kawan en suami dari Sabak

3 tandan pisang tanduk

jenuhh mkn

awal2 dpt en somi siap buat kerepek

dah masak goreng pisang la menunya

ni kali kedua buat pengat

memanggg sukaaa sgtt bila campur dgn sagu pergghh layann




Monday, June 14

Terimakasih♥️

Bahan bacaan kiriman. sahabat baik yg selalu beri tunjuk ajar
♥️terimakasihhh

 Hadiah paling bermakna adalah
 DOA yg dikirimkan. di mana. sahaja
alhamdulillah


Saturday, June 12

happy birthday to me dan adik


Syukur alhamdulillah
syukur alhamdulillah
masih Allah beri peluang utk bernafas menghirup udara
masih diberi ruang utk berada di atas muka bumi ini
aaaminnnn
alhamdulillah
terima kasih yg mendoakan yg baik2 utk kami
tambah lg 1 angka

tarihk bersejarah 12 HB JUNE  dan 13 hb june
selang hari tapi lain tahun

alhamdulillah surprise dari adik ank buah dan anak2 ku sayang

gembira tapi sayu teringat arwah insan2 yg telah tiada
tak dpt lg nak call mak ayah ucapkam terimakasih atas segalanya
yang tak termampu ku balas jasanya
AL FATIHAH
hanya Doa sentiasa dikirimkan buat pak mak
tenang disana ......ya Allah temukan kami di syurgaMu 
Aaminn

12hb june juga Anniversary mak😖😖Ayah










 

Thursday, June 10

aku dan bunga matahari










ASSALAMUALAIKUM
salam jumaat yg barakah

sykur alhamdulillah

aku dan bunga matahari😍

hari2 tgk dan ambik gambar bunga2 matahariku yg mekar ni
sampai penuh dah galery kat henpon ha haaa

yg ni bunga musim/sessi  pokok yg kedua 
pertama dah abis, benih semai semula dan inilah hasilnya berkembang pd PKP thn 2021 pula

musoh utama nya belalang hijau tu
geram juga abis daun2 dikunyahnya
berlubang lubang








disini asalnya benih bunga matahariku
@Taman Saujana Putrajaya
gigih dtg jln2 sini semata mata nk tgk bunga matahari besar2 ni
level sama tinggi dgn org he hee


memang menarik view sini
sb tu jd pilihan pasangan pengantin baru buat photoshot 

memang ramai pun masa dtg tu mempelai2 ni sibuk posink

















 

Wednesday, June 9

Resepi kuih talam pandan


 assalamualaikum

menghampiri penghujung syawal, azam masih kuat alhamdulillah. nak habiskan puasa ganti😊berbaki 2 hari lg

Ya Allah inilah hikmahnya PKP masa byk terluang 

berbanding hari sekolah , tak mampu rasanya nak buat mcm2

Talam pandan  utk berbuka puasa dan sempena cuti Hari Agong kita isnin tu 

buat loyang kecik saiz 7, cukuplah utk isi rumah

en suami memang suka kuih2 lembut gini

Resepi  @ BIDADARI.MY -talam-pandan/

mudah dan menjadi insyaAllah

sis buat separuh adunan utk loyang 7

TALAM PANDAN

separuh adunan)


BAHAGIAN BAWAH


1/2 cawan pati pandan

1 1/2 cawan santan

1/2 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

sedikit pewarna hijau

garam ikut rasa


BAHAGIAN ATAS

1/2 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung gandum

1 1/2 cawan santan

sedikit garam


cara2 

1. panaskan air kukusan terlebih dahulu

2. lenser loyang dgn sedikit minyak

dan lapik dgn plastik

3 campurkan semua bhn2 bwh dan tapiskan dan panaskan sekejap dlm kuali 

4 kemudian tuang dlm loyang td

5 kukus dlm 25 minit

6 #jangan lupa tutup pengukus dgn kain supaya air tak menitik

7 setelah 20 minit buku penutup dan biarkan sekejap supaya air kering dan baru cakar2 dgn garfu sblm kita tuang bahagian atas

8. Bhagian atas sama juga kita satukan je dan kacau sebati kemudian tapis

9 Baru kita tuangkan dlm loyang bahagian bawah (pandan) td

kukus lg 20 minit-25 minit

buka penutup biarkan seketika dan sejukkan baru boleh kita potong

Tuesday, June 8

resepi kek coklat senang


assalamaulaikum, selamat tengahari

settle masak nasi tomato td so sambung menulis sini

menu nasi tomato sb masih ada balance

tomato puri hari tu

lagipun anak2 blh mkn.  kalau nasi putih kurang sikit si abang dan kakak ni kecuali si adik


Dalam banyak2 resepi kek coklat yg duk simpan resepi ni paling sukaaa ( byk benau resepi ye😊😊

sbnya tak payah mixer bagai dan cukup mudah  caranya gaul 2 dgn senduk  @ whisk ja

hasilnya pun sedap lembutt

Bila rasa nak mkn sikit je guna resepi ni sesuai utk loyang saiz 8

nak buat kek utk harijadi pun ok

just siram dgn coklat ganache

boleh bakar dan kukus jga

sis suka bakar kek dari kukus




 

bahan bahan

3/4 gula

3 biji telur

1 cawan minyak

1st soda  1st baking

vanila

1 cawan coklat

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4  cawan tepung


cara2nya


pecah telur dan gula dan minyak

adun sebati dgn senduk

masukkan tepung ssoda dan serbuk koko

yg telah diayak


last skli tuang air panas 1 cwsn

sebatikan dan bakar dalam 40  minit

api bawah  

160c

Monday, June 7

congo bar


 sb masih lg dgn niat nak clearkan stok baking

maka terjadinya menu congp bar ini

coklat chips lebihan  ada sepeket lg, koon2 nak buat biskut coklat chips yg tak menjadi tu

masa membeli semangat tp ada dpn mata aduhaiii malas pula

emmm camtulah  kebelakangan ini

faktor umur he hee kadang ada niat keluarkan butter konon tp dah baring tu lelap terus akhirnya esk simpan semula 


lama tak buat congo bar 

kek ala2 biskut ni

siap tambah nestum atasnya lg

potong2 cube msk dlm cup dn bagi jiran merasa

nak mkn sorang2 tak habis rasanya

budak2 3 ketul umah ni emmmm

susah klau x betul2 suka tak nya dimakan 


ikut resepi dan caranya pun mudah 


ikut resepi dari dapur klik disini👉👉resepi congo bar


tq ye. sis share disini





Sunday, June 6

carrot kek moist


ASSALAMUALAIKUM Semua

sempena cuti lama ni membaking la kan isi masa hilangkan keboringan


boleh clearkan stok2 dlm peti ais ni

walnut , gajus kismis pun masih banyak dari terbiar mcm tu terfikir buat kek karot pun ok bahan2 ni kan

3 hari cuti berderett happyyyy

kalau tak PKP cuti2 ni blh la juga balik kampung jengahh kebun tu emmmm alahaiii rinduuu pd pokok2 disana



 kek carrot moist ,sedappp tau hahh puji sendiri jap

dapat seloyang saiz 8, jenuhh la mkn puass . kalau dulu dah tulis dlm buku resepi utk koleksi, dulu2 kan rajin menulis he hee nampak je resepi  yg berminat salin simpan

skrg  ni takyah dah time nak masak google😍mcm2 ada  kat youtube 


👉👉kek carrot


CARROT KEK

bahan bahan

3 biji telur A

1 cawan minyak jagung

1 cawan brown sugar

1/2 tsp garam

1 tsp cinnamon powder

2 tsp baking powder

2 cawan tepung gandum

2 cawan  carrots yg siap parut

1/2 cwn  kacang walnut - sis letak gajus

1/2 cawan nenas cincang-tak letak

1/2 cwn  kismis


cara cara


telur minyak dan gula

adun sebati dgn senduk shj

kemudian masukkan tepung  serbuk penaik yg telah diayak

akhir masukkan carrot kismis dan gajus

siap sebatikan dan mskkan loyang saiz 8

bakar 50 -1 jam

suhu 170 


dah sejuk baru layerkan dgn cream cheese


Saturday, June 5

cara buat tepung kek- homemade

 



assalamualaikum semua

slmt pg, dah sarapan ? weekend gini sarapan pg mesti meriah kan

ibu2 memasak

Baru2 ni ada kwan order kek butter @ kek mable utk mkn2 di tadika anaknya, last minit punya oerder

emmm sis pula kebetulan tepung kek atau tepung naik sendiri ni dah xda stok. alamakkk sbnya kalau kek butter ni sis suka guna tepung kek berbanding tepung gandum biasa

last2 terfikir google cari ada penah nampak posting buat tepung kek sendiri 

alhamdulillah terjumpalah disini

nak share dan simpan sini utk rujukan kot2 terlupa nanti he hee

rasa.my/tepung-naik-sendiri-tepung-kek-habis-jom-buat-sendiri/

terus la buat😊😊😊

500 gm tepung gandum (1/2kg) + 7 sudu teh baking powder +1 st garam halus

campurkan dan kita ayakkan shj sbyk 3 kali

siap blh simpan dlm bekas 

kan senang bila nak buat kek blh sukat shj berapa gm @ cawan


cuti2 ni jomm kita membaking😍 

Friday, June 4

Apam gula Hangus


assalamualaikum semua

24 syawal , berada minggu akhir syawal sudah, kalau dulu tiada covid 19, mesti setiap weekend je semua busy kan ,

buzy penuhi undangan rumah terbuka di sana sini. Jalan2 jem merata  . emmm skrg weekend kat rumah masing2 duk diam2😊

Allah dah tarik salah satu nikmat keseronokan kita di atas dunia ini.

Banyak sebenarnya nikmat2 keseronokan kita di pentas dunia Allah tarik. Tiada majlis2 keramaian , majlis pertemuan uhkuwah




Banyak masa di rumah, bersama keluarga tersayang

😍 love love, cantik tak kuih kita kali ni

acuan love love , apam gula hangus love😍 kuih apam kesukaan

 resepi disini ye 👉apam gula hangus



 

Thursday, June 3

Rendang Hati lembu


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA

salam jumaat 23 syawal

smlm cerita rendang daging, hari ni sambunagn rendang hati he hee

selepas masak rendang daging en suami cakap ok lulus sedappp😍😍 jadi mama punya rendang macam arwah opah selalu buat.

sukaaanya kita tau

dan siap dia request pulak pasni try la buat rendang hati dan  limpa pula

emmm bila cari minggu lepas jumpa la hati tapi limpa dah abiss

sb masih proses memcuba resepi rasanya kena ejas lg ni bahan2nya

masa rendang daging ok, kali ini terpedas pulak

alamak cili kering kali ni jenis pedas kot

yesss apapun berjaya buat rendang mak akhirnya

resepi jgn tanya lg ye, kena ejas dulu bg sukatan yg betul2

😊😊



rendang daging paling bestttt


 assalamualaikum semua

Rendang daging paling bestttt....wah tajukk he hee

best pd sis mungkin tak best bg org lain

sedia maklum itu

lain org lain seleranya kan

tapi bg sis inilah rendang yg paling sis suka dari dulu duluuuuuu dan kini 

buat pertama kali juga dah berjaya buat mkn hasil airtangan sendiri ha ha tp masih proses belajar dan try and error lg utk dptkan resepi yg tepat


sebenarnya rendang daging campak2 resepi arwah mak dulu2 memang inilah tiapkali raya akan buat utk di makan bersama lemang

dan lemang arwah mak aduhaiii sedappppnya

cukup lemaknya dan lembut 

memang takda resepi bila tanya kakak pun dia cuma bgtau bahan2 apa yg diperlukan dan caranya 

sebenarnya bg sis rendang ni sedapppp bangat sebabnya bahan2 pun simple shj

takda limau purut atau daun kunyit tapi bukan sb x ada tapi resepi ni memang mak tak mskkan limau purut.

serai pun hanya diketuk , 

daun kunyit biasanya utk kami Rendang pedas ayam, itu wajib ada daun kunyit he hee

yg buatnya rendang ni sedappp sb kerisik tu hasil buat sendiri

goreng kelapa dan tumbuk dgn lesung batu aduhhhhh baunya fresh 

😋😋😋

Wednesday, June 2

agar agar bunga telang @ puding telang

ASSALAMUALAIKUM SEMUA 

ALHAMDULILLAH

hari ni PKP 3.0 hari 3, ambil peluang masa luang ngadap laptop layan blog

hikmahnya bila PKP , anak2 taska, transit semua bercuti hanya anak2 fronliner dtg ke taska

tetap jalankan tugas bg kami yg berkerja dgn taska ni ikut SOP 

memandangkan hanya anak2 petugas @fronliner shj yg dibenarkan utk dihantar ke taska

kan ibuayah kena bertugas.

masa pun banyak terluang





 kisahnya agar2 ni sis buat masa ramadhan hari tu lg he hee

cantik juga kalernya kan

sepenuhnya pewarna guna air bunga telang

banyak bunganya memenuh pagar sis kutip2 kumpul dan rebus

nak nampak menarik lg sis tambah je biji selasih

dpt seloyang 

potong2 bg jiran2 juga

resepi

sis guna agar2 bertali je

yg 20gm tu

sukatan air ikut plastik agar2 

isi penuh 2 x

guna ikut kemanisan


Tuesday, June 1

Mellow Crurch Giveaway by ATIKAH NAJIHAH

 


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

meriah blog dgn Giveaway, rasanya utk thn ni paling banyak sis join giveaway😍😍

tanda sokongan pd Adik manis ATIQAH NAJIHAH dari Trengganu ni sis join juga ye



SYARAT SYARAT PENYERTAAN:

  • Follow blog Atiqah Najihah
  • Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah"
  • Backlink entri anda ke entri giveaway ini
  • Tinggalkan link entri giveaway anda ke ruangan komen entri ini
  • Siap!


TARIKH PENYERTAAN:

  • 01 Jun sehingga 20 Jun 2021



jom kita meriahkan bulan JUNE dgn giveaway













giveaway sambal bilis pedas-d SAMBAL


assalamualaikum semua

jom kita join GA menarik ni


Tersangatlah mudah untuk menyertai giveaway ini di mana anda cuma perlu :

1. Membuat posting bertajuk GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious dengan memuatnaik gambar banner dan membuat pautan ke entri ini,

2. Like halaman Facebook d' SAMBAL licious (pilihan tanpa paksaan), dan

3. Tinggalkan pautan blog anda mengenai giveaway ini di ruangan komen.

Senang bukan? Bukan sukar pun....

Apa hadiahnya?

3 orang akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa berupa sebotol Sambal Bilis Pedas oleh d' SAMBAL licious. Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan aplikasi berkaitan.

Giveaway ini bermula pada 1 Jun hingga 15 Jun 2021. 

*****

d' SAMBAL licious mengeluarkan produk sambal yang sedia untuk dimakan. 2 produk dihasilkan iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas.

Produk ini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM12.00 untuk Sambal Bilis Pedas dan RM14.00 bagi Sambal Petai Bilis Pedas. 


bulan June



SALAM SYAWAL


 <TIDAKKAH ENGKAU MELIHAT BAHAWASANYA ALLAH MENJADIKAN AWAN BERGERAK PERLAHAN KEMUDIAN MENGUMPULKANNYA LALU

 DIA MENJADIKANNYA BERLAPIS LAPIS LALU ENGKAU MELIHAT HUJAN TURUN DARIPADA CELAH CELAHNYA DAN DIA JUGA MENURUNKANAIR DARIPADA LANGIT(IAITU DARIPADA GUMPALAN AWAN)

 GUNUNG2 MAKA DITIMPANYA BUTIRAN AIR KEPADA SESIAPA YG DIKEHENDAKINYA

KILAUAN KILATNYA HAMPIR HAMPIR MENGHLANGKAN PENGLIHATAN>

AYAT 36-38

AN NUR


yg dinanti kunjung tiba , hari ni 1 JUNE 2021

BERMULA SUNYI JALAN2 RAYA

TIADA DERUAN KERETA2 SPT SELALU KERANA SEMUA PENGHUNI 

rupanya LOCKDOWN

#STAY AT HOME

jUNE istimewa nya dinanti

banyak peristiwa bermakna terjadi di bulan ini


ps>gambar kebun 

bila laa nak boleh balik kampung tgk pokok2ku

hanya berdoa Allah turunkan hujan, jagakan tanaman2 kami disana

 Assalamualaikum salam. syawal.  sedar tak sedar dah hampir penghujung april ni makin lama pula.x update blog jalan2 tgk blog pun tidakk maa...