Tuesday, March 28

4 kuih lama yg kena buat di bulan Ramadhan




assalamualaikum
salam.Ramadhan ke 7.  seminggu Sudah berpuasa. 
hari ni sekadar nk bercwrita 4 menu kuih yg ciknur suka. Nak lg di bulan ramadhan ni auto akan teringat ingat😁😁

kuih abok abok sagu

kuih lamaa ❤️salah satu  kuih yg ciknur belajar masa subjek SRT Form 3.
dan masa exam amali pun buat ini jga.


Abok abok sagu

bhn bahn

Sagu mata ikan kecik
kelapa parut (putih)
gula merah{inti
gula putih{inti
dan daun pisang
sedikit pewarna hikau

cara cara

Campurkan sagu dan kelapa parut dan pewarna. Gaul.sebati
sukatan aama banyak kalau sagu 1 mangkuk kelapa jga semangkuk

gula merah dan gula putih jga kita campur sebati ( utk intinya)
ambik dan pisang bentkkan mcm kon
mskkan bhn sagu kelapa separuh kemudian letak inti dan letak lg sagu kelapa
bungkus dan kukus sekejap dlm 25 minit


kuih lopes ni kesukaan kami sekeluarga. Rinduuunya airtangan arwah mak.
Tersedappp .

bahan utamanya hanya 
 pulut + Air pandan
dan mkn dgn air gula merah

specialnya cara arwah pulut yg ditanak akan dibungkus dlm daun pisang bentuk.memanjng diikat kuat dgn tali kumudian akn direbus sebentar.
Sejuk baru akan dipotong dan gaul.dgn kelapa parut dan sedikit garam.
Alhamdulillah sempat ciknur belajar dgn mak.



kuih bubur som som yg sedap dimakan sejuk2. adoiii sedappnya
 Adunan tepung beras dan santan.
dimakan pula.dgn sira gula merah.yg pekat. Memanggg fuhhhh layann


 Buah mulong @ Buah melaka
kuih ni memang femes la kan. Ingat dulu2 bulan puasa dptla mkn he hew bulan x puasa mak x buat.

bezanya buah mulong dan buah melaka pd intinya. 
Ktorg di kg ,buah mulong ni kena buat inti dulu. Kelapa parut dimasak dgn gula merah. Spti inti kuih ketayap.
kalau buah melaka pula letak inti gula enau .

Nikmat mkannya berbeza 😁


Sunday, March 26

Sagu gula Melaka


4 doa yg harus kita mohon setiap hari 

1. Keberuntungan Dunia.Dan.Akhirat
2.kenikmatan Hidup
3.rezeki.yg berkat dan.berlimpah
4.keluarga yg Damai tenteram sejahtera 

 Assalamualaikum

Ramadhan hari ke  4.
Berjaya setakat ini tak jejak ke bazar ramadhan he he  masih lg mkn menu airtngan sendiri.

jom tgk resepinya www.rasa.my/resipi-sagu-gula-melaka-simple-tapi-sedap-dimakan-sejuk/
 


desert kesukaan ciknur. Mkn sejuk2 wow memang x blh tahan. Lg satu bila buat sendiri gula nya kita blh control kan .
jangan letk byk2.
Dan lg satu ciknur suka mkn dgn susu fresh milk. Dlm.kotak berbanding susu tin atau santan
ha haa byk songehh kan . Baik la buat sendiri🤭😁


Thursday, March 23

aneka bubur kegemaran@ pengat untuk berbuka puasa



Salam Ramadhan
alhamdulillah berada di hari kedua Ramadhan

Juadah berbuka kesukaan di bulan puasa bg Cik Nur .
sekadar kongsi gambar2 lama yg ada kat IG, 
 Bubur @ manisan ni memang kesukaan dari dulu zaman kanak kanak memang kena ada atas meja.
Tak lengkap kalau tak da.
lain org lain citarasa kan. 
Ciknur mungkin ikut arwah ayah sb waktu berbuka tak mkn  mknan yg berat2 dulu. Suka mkn kuih2  atau desert atau  bubur 
Lepas solat ,kadang mlm sikit baru nk mknan berat.
Ada org suka mkn berat spt nasi utk berbuka dulu kan . 
Cam adik2 ,ank2 ciknur pun berbuka nak nasi.

 ni la antara bubur2 kesukaan. Resepi mudah dan cepat nk siap

Bubur kacang hijau, bubur jagung, bubur gandum tu sepanjang bln puasa memang berkali kali la.buat.
Arwah ayah  suka bubur jagung, bubur kacang hijau dan Arwah mak pula bubur gandum.


 Bubur candil atau butir nangka
berwarna warni.
rasa kenyal2 sb bhn utamanya tepung pulut. 


BUBUR CANDIL @ butir nangka 

tepung pulut
pewarna
gula pasir 
santan garam/daun pandan

 Cara cara
Adunkan tepung pulut dgn air
masukkan sikit sikit jgn terus banyak sb takut terlembik.
Agak2 boleh kepal dan bentuk
Bahagikan 3 dan telak pewarna pilihan
adun lg hingga sebati.
kemudian blh kita bentukkan ikut pilihN samada bulatkan atau lonjong jd butir nangka.
dah siap kita panaskan air dlm periuk hingga mendidih
kemudian mskkan doh yg telah dibentukan td.
tunggu sehingga ianya timbul dipermukaan air maknanya doh dah ringan @ masak 
angkat toskan ,lalukan dgn air sejuk supaya tak melekat

utk kuahnya
panaskan santan  daun pandan dan gula
msukkan doh yg siap tos td




Bubur cha cha

kalau dulu mak buat sendiri dgn tepung skrg kita beli siap
cuma rebus bg kembang dan masak santan
rasanya paling mudah
nak lg menarik dan sedap letak sagu mata ikan



bubur jagung

Bubur jagung sedapp guna jagung fresh
bukan yg dlm tin .
beli jagung tongkol dan sendiri hiris isi jagungnya
Tugas ciknur la tu bab nk hiris jagung ni.



pengat ubi keledek

pun sodappp
keledek oren ataupun yg kaler lain
campur sagu mata ikan 



pengat pisang tanduk versi letak gula merah

pisang tanduk yg besar2 ni memang sedap masak pengat
selain digoreng


  Pengat pisang nangka dan sagu kalau vesi putih ni memang arwah mak suka masak

kalau kat kg dulu kita biasa guna pisang kebatu dan pisang nangka
pisang nangka yg masam2 sikit ni memang besttt la

Wednesday, March 22

Ramadhan kareem & Rendang pedas ayam




ASSALAMUALAIKUM

 Salam.Ramadhan BUAT semua.

Alhamdulillah syukur diberi kesempatan berada di dalam bulan Ramadhan yg mulia ini lg.
Bulan yg di nanti nanti.

Sempena bulan ramadhan ini, jga Cik Nur ingin mengucapkan selamat berpuasa..  mohon maaf jika ada salah laku, terkasar bahasa dan mohon halalkan mana yang terkurang dan terlebih..

Selamat menunaikan Ibadah puasa dan solat terawih.

Mesti semua ada kenangan dan cerita bila Ramadhan menjelma.

Sahur, alhamdulillah sempat mlm td masak lauk utk bersahur.

Buat rendang ayam kegemaran. Last minit ke Rosyam Mart cari ayam. serai, santan Beli sekor jadi la kan.

Bila nk sambut puasa arwah mak dulu memang wajib la masak rendang ni.

Tak lengkap kalu xda rendang he hee

Memandangkan SIL masih kat wad ,ciknur buat je gaya resepi sendiri.

Biasa SIL akan buat rendang negeri 9.

kita tukangg tolong kacau atas api je.

gambar ni gambar lama , smlm x sempat pun nak bergambar

RESEPI jga penah share boleh tgk dkt entry sblm ni

👉  rendang-pedas-ayam.



Monday, March 20

Naik Ambulan ke HKl


Selamat kembali ke rutin biasa😉 bila persekolahan kembali

sessi 2023 persekolahan.  Hari kedua ni rilex la sikit smlm Hari pertama buzy sikit dah settle nama2 yg transit dan stay taska.
walau masih sama tp yg berubah bila pertukaran sessi pg dan petang.
 
Ada 2 sek masih lg kekal sessi pg/ptg ni.

ok kembali ke tajuk entry kali ni.

Bukan ciknur yg sakit ye. Tp kakak sulong asben (SIL) khamis dan jumaat tu kebetulan ambik cuti konon nk ke klinik gg tp bertukar kena ke klinik kesihatan.

SIL tiba2 kakinya bengkak dan ciknur jd peneman dia . Jumpa doktor ,setelah dianalisis doktor kt kena ke HKL 

maybe warded.  Sb kena scan jga. 

Makaa selepas bergegas cari mknan pg dulu ,mkn alas perut sementara menunggu ketibaan ambulan kan..comfirm lamaaa punya kena menunggu.

dari pengalaman dulu2 masa arwah ayah, mak .

ciknur jga penah lalui sendiri


ni kali.kedua pengalan merasa naik ambulan , first dulu masa lepas abis Spm😁 kenangan tak blh lupa.

pengsan kat pos opis, sedar2 duk dlm.ambulan dah otw ke spital

ha haa adoii kenaagan pilu sungguh.

Dgn jln kat Keramat ni yg tak rata entahhh bila la nk elok. 

Emmm bergoyang goyng macam naik bot pula . Silap hb tambah sakit pesakittt.

Sampai HKl, msk.amegency adoiii lamaaa sungguh.

ciknur diauruh tunggu kat luar sampai terlentok lentok la mengantukk

2.30 ptg suami dtg legaa dpt balik umah. Tp kami dtg semula ptg tu jga.  mlm tu baru SIL dpt msk wad.

menunggu kekosongan katil 

maka berulang aliklah.ke HKl.

jejak je auto teringattt segala memory dgn arwah ayah.  segalaaaa kisah  dari 2015 Ke 2017

 berkg sini. Ulang alik, kadang malam2 tido atas kerusi.

tp dulu lain skrg agak ketat peraturan kan sejak Covid melanda.

ingat dulu mlm2 pun mesti dtg jengUk

boleh masuk .

 waktu melawat jga disingkatkat ke 6.30 shj. Kalau dulu tghari ada masa melawat  Skrg hanya dibenarkan waktu  ptg. 



 Masa dulu jga mudah nk masuk .

sbln atau 2 bln sekali akan jd penghuni wad. .

Ujian dan dugaan kala itu.

syukur Allah beri kekuatann 


Doakan kakak ipar ciknur kembali pulih dan diermudahkan  dpat balik ke rumah ye,

Nak msuk bulan Ramadhan ni,


sblm lupa SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUat SEMUA

semoga Ramadhan kali ini akan  dpt tambh amal dan buat pahala berganda

aaaminnn


 

Tuesday, March 14

Butter kek susu

Assalamualaikum.


ptg  Smlm ada tetamu @ kwn ciknur dtg sekejap nk ambik brg.

So mlm sblmnya baking la kek butter ni blh la kan buat jamu dgn teh o panas.
kebetulan pun memang dah berhajat nk buat kek ni masa scroll ista nmpk resepi dan kek butter 
sedappp je nengok.
baca bhn2 lain dari yg penah buat . KENA Letak susu cair,  yg agak banyak.

moh le kita try. Ciknur screenshot je. Bila cari2 semula.adoii x jumpa.dah. Apa.namanya

ok sedapp lembut kek.nya dan rasa lemak susu.



cara bakarnya

Adunan kek msk dlm.loyang 8x8. 
kemudian.tutup dgn foil.
dan loyang kek td  letak dlm.loyang yg agak  besar serta lapik dgn tisu basah
baru msk oven

Bakar api atas dan bawah selama 45 minit suhu 160c

10 minit akhir kita alihkan api bawah shj

to kek ni ciknur tambah masa memasak lg 15 minit

Makan nasi kenduri The Urban


cerita Sabtu lepas, kenduri kawen ipar kpd ank buah suami. 
Tempatnya dekat 15 Minit dari.rumah ciknur harus la.pegi kan he hee
kebetulan abg ipar ddan ank2 sedara dari Kuala Pilah jga turun Kl apalagi 
bolehlah jumpa dorang.
berkumpul berborak
 

cenderahati comel, nak tqu dlmnya isi apa?
dodol kecik2 comel tu
sedapp


sibuk borak gambar pengantin tak snap pun adoiii la


kat luarnya berderet stall mknan. kenduri skrg mcm2 menu
selain nasi berlauk, nasi beriyani dan nasi putih
Ada char kuew teau, mee goreng mamak, cendol, apam balik dan gula kapas🥰
kuihmuih, bubur kacang dan ada teh tarik apalgi kesukaan asben tu.
Ambik apam. balik ciknur bedal 2 he hee dan cendol hirup jga sikit  tak larat nk mkn mee dah. 
Gula kapas ni kan  dulu masa ank kecik ke pasar malam ada je yg merengek.nak.
ni ambikkk la  anak2 percuma je he hee



kesukaan ciknur ada🥰 pecal he hee siap ulang dua kali ambik.
sedqppp sgt
kuih kuih nya bertukar ganti
mula msk kuih lain bila time nk snap gambar dah kuih lain pula






nk balik posink dulu he hee buat kenangan

Saturday, March 4

lukisan Digital.oleh Cuya

Assalamualaikum
selamat berhari minggu.

Alhamdulillah

 

Dapat wassap.dari.Cuya.mlm td. 

Dah siap Gambar digital🥰 terima kasihhh ye Dalam.tak x sehat pun dia rajin jga penuhi.

ciknur pilih gambar terakhir yg sempat dipotretkan  dgn insan yg paling istimewa di hati iaitu arwah mak.

Gambar mak senyum, sbnya arwah jarang bergambar senyum ni. Kebyakan gambar yg ada dlm simpanan

Terimakasih sekali lg buat Cuya. Ciknur doakan Cuya akan berjaya dlm kerjaya ini. ...dan . sehat sepenuhnya ya


aaminn

Thursday, March 2

moment indah kolam ikan tokki


Masih lg mengenangg memori lama
Bila buka laptop , byk nye gambar2 lama yg save kat sini. 
Dulu guna camera kan ,kena la tranfer ke laptop he he simpan
Sebut camera teringat camera kesayangan yg kena curi semasa rumh kat kg kena ceroboh dulu tu ,  first camera canon yg yg dpt ciknur  beli , utk  ambik gambar cantik2 maklum la masa tu hp tak canggih , lgpun zaman anak2 kecik lg kan depa suka la kan  bergbar adoiii sayang sgt. 
Mulanya sedihh tp kena redha  dan  kena lepaskan jga  supaya hati tenang.
Xdak rezeki. Bykk gambar2 dlm tu tak sempat nk transfer.

ni la kolam ikan arwah ayah. Belakang umah je.
Arwah letak ikan talapia merah, dan ikan kap.  Dari ank2 kecik ,membesar dan sekejap membiak banyak. Penuh kolam. Pg2 arwah akanke ke kolam bg mkn ikan2 dan kadang ptg pun sama.
tabur je mknan berderuuu ikan ikan berebut.




nampak ank bujang cjknur ni dgn ikan2 talapia , masa ni excited belaka cucu bila kat kg,

berkelah sakan , ikan ni sedap bakar cicah air asam.

tp arwah ayah dan ciknur tak mkn ikan talapia he hee ikan kap ke mkn
 Dlm kolam ni ikan2 beli jga banyak.
Kalau pancing ada jga dpt.


konon la tu pancing tp tak dapat pun ha haa.  Arwah abg ipar kalau ada dia siap la.msk kolam.ni menjala.
baru dpt byk ktnya dari pancing.

tp cucu2 suka memancing, ptg2 semua lepak.kat  kolam.
arwah jga buat kolam kecik ni, yg berani blh msk menyelam.
Punca air parit berdekatan.  Sentiasa mengalir

 



rinduuu dgn rumah tmpt.di lahirkan ni

 

 Assalamualaikum salam. syawal.  sedar tak sedar dah hampir penghujung april ni makin lama pula.x update blog jalan2 tgk blog pun tidakk maa...