Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Tuesday, December 16

Ketagih dgn Roma sour cream & Onion


Sejak diperkenalkan dgn biskut ni terus jd ketagih ha haa

Perisa krim masam dan bawang


Makan mcm tu je sedapppp ooo

Kita mencari kat giant pun xda

Akhirnya dpt kat eons big wangsa maju

Borong terus buat kudapan pg2



 

Sunday, July 30

tart nenas bulat


makin mendung cuaca hari ini.

terlupa pula nk buat entry yg satu ni. terlepas pandang

Bila masih ada lebihan jem nenas yg hari raya lepas. Nak clear peti ais

terpaksa gigih bg rajin tp buat tart nenas versi malas
Boleh jga kan mkn2 he hee
Bulat2 inti kat dalam.

Tart nenas ikut resepi tart nenas nyonya. Paling suka resepi ni.
kalau x silap resepi kak Azlita Aziz.

dah melekat dgn resepinya

✌️✌️tart nenas nyonya



Friday, August 6

kuih putu kacang


 Nama kuih ni Putu kacangg. Baru ni tgk  fb ada pula  kwn masa sek @ Syima ni yg tinggal di  kg  post utk jualan.nya. 
Terus la pm dia tanya utk. order. . 
Apa.lg memangt terus order he he. Pos dari Perak tau. Elok. sampai tak pecah.
Sedap. boleh ordee lg pasni.
Kita support bisnes org kampong.
nak buat sendiri malass dah hd hee
lgpun. jarang jumpa. yg  buat sedapp tau. 

antara kesukaan. cik nor dari dulu dan. kini.... kalau dulu2 nak raya baru jumpa. dan makan puas2. Sebabnya buat sendiri tau tiapkali nwak raya aidilfitri.
Kenangan dgn Arwah mak, yg best buat time bulan puasa tu. Masa dulu2 guna lesung kayu, pijak dgn. kaki. Ada kat rumah arwah tok ngah. Org dulu2 lesung kayu guna. utk hancurkan. beras, gula. dan. mcm2. Guna. kudrat. kaki.
cari2 jumpa gambar kat google
lebihkurang gini bentuknya. 

skrg dah  tak jumpa. Org tak guna kaedah ni lg kan. moden. mcm2. alat elekrtik canggih dah ada. Last ingat buat putu kacang dgn. arwah guna lesung besi  dan. blender. .
Nak kutkan. lesung kayu ni pun dah tak ada, hanyut masa banjir sungai  yg besar beberapa thn lepas. Bila peralihan aliran sungai. Rumah tok pun turut hanyut separuh huhuu hilangh semua tinggal. kenangan dlm ingatan shj.

seingat cik. nor proses buat ni biasa kacang hijau ditumbuk. buang kulit. dan. guna. yg putih shj. pastu disangai @goreng tanpa. minyak. Basuh dan. proses hancurkan, ayak. hingga halus spti tepung. campur dgn. gula. halus. kemudian. gaul dan. baru tekan.dlm.acuan.kayu, padat2, ketuk keluarkan.. jadi. la. bentuk2 gini. 
Penah kongsi di blog ni dulu


nak tgk disini pun boleeh👉👉Rasa
putu kacang atau nama. lain Koya

pernah buat entry putu kacang sblm. ni 👉👉/kesukaanku-putu-kacang







Friday, May 28

Bangkit cheese sedappp


assalamualaikum

syawal ke  16

kesahnya bila order bangkit sebelum raya hari tu  tp tak dapat2 he hee katanya tak dpt rentas dari johor

last baru dpt tahu

alahaii ralat juga sb ada kawan order skali emmm kesian juga

akhirnya try goggle cari resepi je lah

dalam banyak2 resepi tertarik dgn resepi yg ni

dan zuppp bahan2 siap ada 

tepung ibi tepung jagung cheese dan butter terus adun la

maka terhasil la biskut bangkit cheese ku

rangup dan sedappp memenuhi citarasa


bolehlah dpt sebekas je

nanti next buat lg




 resepi BANGKIT CHEESE

200 GM BUTTER
80 GM GULA AISING
150 GM TEPUNG JAGUNG
150 GM TEPUNG UBI_ YG TELAH DISANGAI
20GM SUSU PEKAT MANIS
I BIJI KUNING TELUR
KEJU PARUT-ikut suka byk mana

buter gula telur susu di adun sebati guna senduk shj
kemudian mskkan tepung dan keju parut

adunan biarkan dlm 1/2 jam
baru kita canai dgn acuan
bakar 160 
20-25 minit

Monday, January 4

resepi biskut MAKMUR

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
SALAM PAGI YG CERIA
ALHAMDULILLAH PG NI CERAH ,BILA MENTARI MULA MENYINARI
 
walaupun dari malam tadi kepala ting tong sikit
hari pertama keja  dah kena migrain
 
sb pg ceria kita upload gambar biskut putih salju ni
@ biskut makmur
 
belum raya dah cerita biskut ek ishhh
😆😆 

kisahnya bila serg kawan ni tiba2 wassap tanya pasal biskut ni
alahaii teringinn sgt katanya
so  layan je lah
kebetulan minyak sapi pun ada 
maka terjadilah biskut ini 
gentel malam2 time org semua berselimut dah
dapatlah sebalang 60 pcs dan extra 20 pcs utk sendiri makan
 
tak boleh layan sgt sekut satu ni ha haaa nanti lg tembamm
 
resepi Makmur simple tak banyak bahan2 dan mudah penyediaannya

 
 500 gm tepung gandum
sanggai dulu kira2 10 minit
(goreng tepung tanpa minyak)
tujuannya utk biskut lebih gebus
 
180 gm minyak sapi 
(sis guna brand Gheeblend)
50 gm gula halus

cara-cara

bila tepung dah sejuk 
gaulkan dgn gula halus dan
bolehlah kita curahkan minyak sapi gheeblend tu 
gaul hingga  sebati sekata

dah boleh kepal2 tu ok la dan  bulat2kan
sis tak suka kacang byk so letak kacang tanah sebiji je

dan bakar api atas bawah dlm 20 minit
suhuh oven sis 160 c

dah sejuk baru golekan dalam gula ising
dan letak dalam cup\\

okeyy siap

 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 20

biskut semperit



assalamualaikum semua

selamat pg ....sejuk pg ni cuaca. pokok2 semua segar

alhamdulillah

dah hujung2 puasa ni buka fb, IG semua update cookies😍

tahun ni ambik tempahan sikit je

tu pun jenuhh jga alahaii makin berumur ni keletihan lain mcm

tak mcm dulu mampu berjaga hingga lewat pg wat cookies

lepas terawih dahh pancit , letak je kepala 

emm lena terus. terjaga kol 4 nk siap sahur je

lepas suboh , gerak ke taska 

walaupun tak operasi mcm biasa tp tetap masuk kerja , kami masih buka utk parents yg bekerja septi 

nurse, polis, tentera

3, 4 org je hadir yg adikberadik

ikut SOP yg ditetapkan



ok kisah semperit ni, tiaptahun wajib je buat, dan buat  temphan jga utk yg dah biasa dgn akak.

tp akak jual semperit dahlia klasik, biskut org dulu2

kisahnya ank dara bungsu akak ni suka biskut semperit panjang2 gini

tiaptahun request😗 dah besar panjang ni kita kasi dia tekan sendiri hahh mama penat wehh nak

tekan2 dah. layann je. mama adun dia buatkan ikut sukalah dikk jadi boleh makan sendiri


Tuesday, May 19

cornflake madu


assalamualaikum

alhamdulillah hari ni 26 Ramadan

cepatnya la kan masa berlalu......dan Ramadan akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lg😌

makin penghujung makin terasa pantasnya masa

kemeriahan pun dah kelihatan , meriah dgn orgramai yg berpusu pusu tak kira waktu nak lagi 

menjelang petang

bila penjualan juga makin bertambah....mcm2 juadah blh beli dah

kalu awal puasa jalan2 lenggang tp skrg ni mcm biasa dah kembali sesak

kereta motor bersesak2 dah 

oklah akhir2 ramadan ni juga masing2 buat persedian raya 

jomm kita pun apalagi layan anak2 buat biskut raya jga

cornflake madu

bahan2 utama

sekotak cornflake

1 cwn madu

1 cwn gula

butter 250 gm

paper cup

manik urai-utk hiasan


-mula2 kita cairkan butter dahulu

masukkan gula dan madu

sebatikan sehingga mencair semuanya

baru masukkan cornflake

gaul rata 

dan boleh kita letakkan dlm cup utk dibakar dlm 10 minit

taraaaa siappp







Wednesday, March 25

tart nenas NYONYA



assalamualaikum, salam sejahtera semua teman2
semoga kita kita semua tenang dan sentiasa dlm perlindunganNya.


hari ke 9 <STAY AT HOME>💪😊


resepi kak Azlita memang terbaik. tqqq atas perkongsian.alhamdulillah  akak masih setia dgn resepi ini utk jualan menjelang hari raya secara kecil kecilan 


TART NENAS NYONYA

bahan bahan

200 gm butter
3 sudu besar gula kastor
2 kuning telur
1st esen vanila
3sb tepung jagung
300gm tepung gandum

cara2nya

potong kiub butter
gula, tepung jagung dan tepung disatukan

ramas butter yg dipotong dadu ke dlm tepung 
masukkan kuning telur dan vanila
jadikan doh 

Tuesday, January 28

tart nENas



assalamualaikum

tart nenas versi org malas namanya ni😉😊

bulat bulatan kemudian mskkan dlm cup

tekan dgn garfu sikit dan sapukan kuning telur


resepi akak masih setia dgn resepi blogger kak gee @ FAUZIAH SAMAD
disini ye. dan akak cp dari blog Kak Azlita

TART NENAS NYONYA

By: Kak Jee
 

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, May 10

biskut kacang hijau



assalamualaikum





tqqq AlongRoz kongsi resei

BISKUT KACANG PEAS


BAHAN-BAHAN:- ( 50 biji )
1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising ~ yana kurangkan 1 sudu besar, xnk manis sgt
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
Minyak Mazola ~ anggaran dlm 1/2 cawan
1 biji telur kuning


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan kesemua bahan2 kering sehingga sebati. Tuangkan minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  2. Bentukkan bulat2 seperti guli.
  3. Berus atasnyadgn kuning telur.
  4. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Sunday, November 16

coklat chips famos amos sedappp



assalamualaikum

alhamdulillah...syukur masih diberi peluang meneruskan kehidupan diatas dunia ini
syukur masih diberi ruang  utk menghirup udara segar..
Kehidupan kita ibarat roda  yg sentiasa berpusing ke atas dan ke bawah...apapun yg berlaku kena terima dgn Redha

bak kata 2 ini yg cukup bermakna

LIFE IS LIKE A BOOK
SOME CHAPTERS ARE SAD, SOME ARE HAPPY
AND SOME ARE EXCITING
BUT IF YOU NEVER TURN THE PAGE, YOU WILL NEVER KNOW WHAT THE CHAPTER HAS IN STORE FOR YOU




apapun yg terjadi kehidupan tetap kena teruskan.....

emmm  okey sambil layan diri smlm sempat layan keinginan nak makan cikut coklat chips ala famos amos ni. keinginan anak-anakanda sebenarnya. Biskut kegemaran ramai kan. Bau yg sgt2 mengugat he hee kembang kucup hidung time membakor cikut ni. ha haa

alhamdulillah dpt satu bekas wat kudapan. sedappp  ranggup
rasa yg sempurna cam puji diri sendiri pulak ye
sungguh tak cakap bohong,memang sedap biskut coklat chips yg ni.

Tak rugi try resepi  coklat chips  dari kat dapur LIZA NI/intaidapur.
 TQQ YE. Liza pula skodeng resepi dari blog Naz. Semoga empunya resepi asal diberkati dan dilimpahi rezeki di atas perkongsian resepi yg bagus ini kan. AAmiin
Kita panjang-panjangkan resepi sedap ni semoga dapat pahala jg
in sya Allah


COKLAT CHIPS FAMOS AMOS

bahan-bahan utama
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - opTIONAL
  • Cara-cara :

      1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
      3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
      4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
      5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG6.
      6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.7.
      7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Saturday, August 9

biskut kelapa, koleksi biskut raya2014



salam aidilfiti...semua dlm mood raya lagi kan
sabtu ahad emm sana sini jemputan open house
jalan2 pun sesak sana sini jg....itulah kebiasaannya
bulan syawal di Kuala Lumpur 
 dah dijemput mcamnapun kalu boleh nak penuhi .
masa ni la pun nak bertandang kat umah sanak saudara mahupun teman2 kan.
Smlm je dpt 7 undangan rumah terbuka, aduhhh pening tak tau nak g yg mana dulu. Jawapannya yg dkt2 je la dpt pi



ok entry seblm raya lagi ni yg asyik tertangguh... tak sempat sungguh 
raya tahun ni memang x banyak wat biskut.
 Selesai wat biskut2 dan kek2 utk tempahan baru dpt wat utk umah
2 ,3 jenis je yg sempat. lagipun tak dak sapa layan.
biskut wajib coklat chips, cornflake honey dan semperit je, biskut 2 ni yg pasti habiss
biskut kelapa ni try jg la sb bahan2nya semua siap ada.
lain sikit ,dan masuk koleksi biskut2 raya nanti.

ok jom pi beraya  lagi he hee 






Monday, July 21

coklat chips redvelvet


 ASSALAMUALAIKUM


selamat bepuasa buat semua teman2...
Alhamdulillah baru hari dpt wat entry 
dahpun masuk minggu akhir bulan ramadhan , minggu akhir utk kita berpuasa 
pantasnya kan masa belalu ...hampir sebulan tp mcm baru semalam
macam terkeja-kejar masa rasanya. macam2 nak buat tp blm terbuat. pagi petang ke malam tak berenti agenda
tp alhamdulillah yg penting azam nak solat terawih  kat masjid tahun ini. aamin

suatu perasaan yg tak dpt diceritakan tiapkali melangkah.... terkenang waktu dulu2 jln kaki dgn mak,arwah toklong ke masjid. Sayu ingatkan  arwah yg tak penah tinggalkan solat terawih. Sangat2 rinduuu saat dulu2...suasana bulan Ramadhan yg jauh berbeza dgn kini
Al fatihah.......buat arwah toklong 

Nak raya....dekat dah kan tp emmm sebenarnya semangat raya x adapun. 
tak macam dulu,bila ayah tak sehat ni suasana tak mcm dulu
cumanya fikirkan anak2 je


nak buat biskut2 pun tak semangat, buat utk tempahan sikit2
semperit. tart bunga dan mazola dah keletihan
utk umah sendiri entahlah nak buat apa taktau ni
bila buka fb nmpak kawan post biskut ni jadi bekenan
emm jomlah try dari tak ada kan
pada yg try blh ke blog kak Azlita


jom layan



Thursday, May 22

semperit Raya


assalamualaikum 


eiiiii awalnya....wat cikut raya he hee
mestikan ayat pertama bila nampak ini biskut
ye tak
tapi takper layan je tak kisah

 emmmm dah habisss pun kena ngap sebalang hasil ccubaan pertama
malam mingu lepas ha haa cepat oooo tak sempat nk snap 
biskut tradisi dulu2 ni kan feberet anak2 jg memang laju je la . Kali kedua wat baru leh ambik gambo he hhe




ikutkan ada berbagai versi semperit ni kan, ada setengah sebut biskut bunga dahlia tp ktorg dah biasa panggil kuih semperit

yg ranggup, yg gebus ,yg berderai he hee pun adooo yg kuning yg kuning air dan lain kaler pun ada. ikut suka yg mana pilihan hati
acuan pun ada berbagai jgk.

dalam blog ni dah ada resepi semperit  DISINI penah wat entry nak raya tahun lepas. Resepi kakak sulongku pun ado
resepi masa dia belajar zaman anak dara dulu2 
tp yg ni try resepi lain 
saja nak try resepi2 lain pula.
oklah ranggup dan tak mudah berderai sbnya lebih penggunaan tepung gandum kot.

kita cp resepi dari blog zila4ever pula
tqqqq Zila cayangggg

resepi asal:Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
sumber  : quinnie 
Dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan

1 buku buttercup- guna planta

3/4 @ 1 cawan gula halus 

1 bji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad-gantikan tepung jagung 1 cawan

2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*) - zila kurangkan sedikit tepung gandum.

manik halus
sedikit pewarna pink.-x letak


Cara-caranya
  1. Pukul gula dan butter hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
  2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi butter...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna pink dan satu warna asal. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
  3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..
  4. paip doh guna acu samperit. 
  5. bakar 20 minit

Saturday, August 3

salam Aidilfitri & cornflake ranggup dan cheese tart

 assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA aidilfitri MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua
entry akhir sblm raya yg agak kelam kabut





Thursday, August 1

biskut coklat chips


Assalamualaikum

Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir bulan ramadhan telah banyak disebutkan di dalam al-Qur’an maupun Sunnah. Diantaranya, pertama; terjadinya lailatul qadr yang merupakan malam di turunkannya al-Qur’an dan dicatatnya di lauhul mahfudz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Rasulullah saw. mewanti-wanti agar umatnya memperhatikan lailatul qadr pada 10 malam terakhir. Beliau bersabda:
 « تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في الوَتْرِ مِنَ العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ».


Dahpun masuk bulan Ogos kan. macam terkejar-kejar masa ni
mcm2 nak buat. Ramadhan juga kian ke penghujung

ok jom layan biskut raya ni ye coklat chips. Tiaptahun memang kena buat sb anak2 suka makan
Buat dulu utk jiran sebelah yg order 3 balang, rumah punya blm lg kena tunggu cuti.

coklat chips

bahan-bahan

200 gm butter
180 gm gula perang
2 biji telur
1st soda
esen vanila
2 sb serbuk koko
150 coklat chips
150 gm badam 
300 gm tepung gandum

caranya

ayak tepung dan serbuk koko
sebatikan butter ,gula dan telur
masukkan tepung  akhir dgn coklat chips serta badam

btkkan dgn sudu dan bakar
150c 20 minit


Tuesday, July 30

tart nenas bunga



 al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

ASSALAMUALAIKUM

mesti buzy belaka kan skrg ni ibu2 mak2 dan kakak2 semua.
buzy prepare utk hari raya, nak wat biskut cari baju dan macam2 ye tak.
emm tgk fb kebanyakan update status shopping raya je.
wah bestnya kan.
kita je blm lg asyik ngadap biskut2 ni. Ahad lepas dpt join program PU3 buat bubur lambuk dan bawa anak2 yatim shopping.
pastu berbuka puasa ramai2 dan akhir dpt main bunga api dgn budak2 he heee tumpang sekaki jap. Insyaallah minggu ni baru dpt shopping utk sendiri lak ye
harap2lah.

alhamdulillah thn ni ramai pulak yg berkenan dgn tart bunga ni.
resepi kali ni ikut kak Nor Secubit Garam



Tart Nenas

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya 

Saturday, July 13

semperit @biskut dahlia


 assalamualaikum

selamat berhari minggu semua
hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini
alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 

awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request.
nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan
tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg
alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali.
Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku
ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye.
tqqq kak zu




SEMPERIT

sumber kak zu

200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan

3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum,
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepun custard
1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak
1 kuning telor
ceri merah ~ hiasan



CARAnya
Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati aje


Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.





Assalamualaikum Pg2 hujan membasahi bumi hari ni. Sejukk segar pokok2 Alhamdulillah❤️ ‘Gambar pinjam dari goggle🤭 Antara satey yg sedapp bg...