Wednesday, January 29

red velvet cheese



ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah hari ni akak bersiaran dgn perkongsian resepi kek kegemaran anak dara kedua akak ni kek redvelvetcheese yg sgt2 yummy😍

resepi asal red velvet cheese kak AZIE . boleh refer di blog kak Azie ya utk lebih detail. akak kongsi disini taip cara org nak cepat😙
tqqqq very2 much ye kak. sy share disini utk rujukan di masa akan dtg ye


resepi kek red velvet cheese

bahan2 kering # diayak

2 1/2 cawan tepung gandum @ tepung kek
2 sudu besar serbuk coklat
1 sb serbuk soda bicabonat
1 sb serbuk penaik
sedikit garam


1 cawan susu segar
+ 1 sb air perahan lemon @ cuka makan

(utk jadikan buttermilk biarkan dlm 10 minit ia akan sedikit membeku spt yogurt)

bahan bahan kedua

2 biji telur A
1 cawan gula kastor @ gula halus
1 1/3 cawan minyak jagung @minyak masak

-bahan2 ini diputar hingga kembang
kemudian masukkan bhn2 kering berselang seli dgn buttermilk
akhir pewarna merah dan vanila

last letakan 1 st soda dicampur bersama 1 st cuka makan

kaut balik hingga sebati dan mskkan dlm loyang saiz 8 dan dibakar suhu 160 selama 50-1 jam 


dah masak akak potong tgh2 nya dan letak dgn krim cheese
hias alakadar😊





Nampak tak emmm sedappp kan kek ni.ditambah dgn krim cheese nya yg lemak2 tu
kek ni moist aka lembab2 gitu

feberet ank dara akak tu, beriya nak makan kek ni sampai malam 2 ajak g beli cheese

ok jumpa lag y NANTIIIII

rania turn 3. birthday kek



Tuesday, January 28

rendang Ayam


assalamualaikum . salam sejahtera semuanya semoga sentiasa di dalam lindunganNya. aaminnn


rendang ayam

bahan2 utama

seekor ayam-potong 16

bahan2 kisar @ diblend

*10 btg serai-diricik halus

sedikit halia dan lengkuas
cili padi-ikut kepedasan masing2
cili kisar - dln 2 sudu
bawang besar-dlm 5 biji
bwg putih -7 ulas

santan pekat 1 kg
kerisik -dlm 7-8 sudu besar
asam keping
daun kunyit
garam/gula/perasa

cara2nya

cara sy yg mudah mskkan bhn2 kisar dlm kuali dan direnehkan airnya
hingga agak kering
kemudian  baru mskkan ayam dan santan

masak sehingga pecah minyak
 masukkan asam keping dan kerisik( lg byk lg sedap dan warnanya akan keperangan)
akhiri dgn perasa garam/gula secukupnya
dan hirisan daun kunyit

ok siapppp😍😉😉

yeahhhhh 28/01/2020


alhamdulillah.....hari ini 28/1/2020...akhirnya dapat menulis disini lg
blog kesayangan yg sekian lama terperap
ha haaa akibatnya tak dpt nak login
sedihhh kan

SELAMAT TAHUN BARU 2020
masih belum terlewat kan

2 tahun tak menulis di blog ni
mcm2 peristiwa suka suka berlaku.....dan 2017, 2018 tahun paling menyedihkan
semuanya adalah ketentuan Ilahi......suka duka perjalanan kehidupan sebagai hambaNya
yg hanya menumpang di dunia sementara

 hati berkobar kobar nak menulis nak meluahkan  nak upload gambar masakan mahupun cerita ceriti
sebenarnya....
syukur  sgt2 akhirnya hari ini berkat kerajinan kesabaran
ada rezeki dpt menulis disini

next kita update lg ekkk. insyaAllah akan dikongsikan

tart nENas



assalamualaikum

tart nenas versi org malas namanya ni😉😊

bulat bulatan kemudian mskkan dlm cup

tekan dgn garfu sikit dan sapukan kuning telur


resepi akak masih setia dgn resepi blogger kak gee @ FAUZIAH SAMAD
disini ye. dan akak cp dari blog Kak Azlita

TART NENAS NYONYA

By: Kak Jee
 

Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...