Assalamualaikum
Hari ke 4 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia...seronok tgk yg berkesempatan menyediakan menu2 utk berbuka mahupun bersahur buat keluarga tersayang.
Pastinya lazat2 dan memenuhi selera kan.
Insyaallah ada kesempatan teringin sekali nak menyediakan jg. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.
Bila jadi begini berbuka dgn segelas air pun kenyang rasanya. Dah tak terfikir makanan2 lazat yg sebelum ni terbayang-bayang...
Dalam kepala ikutkan macam2 plan nak masak. apapun
Tetap bersyukur walaupun puasa kali ini keluargaku diuji dengan keadaan kesihatan pak(ayah) kat kampung yg tidak memuaskan. Dugaan..
Hari ke 3 puasa pak kena tahan di wad lg sebab sakit dada dan sesak nafas. Hati ni memang la sedih. tp akan
sentiasa cuba ingat pada kata2 Hidup kita manusia akan sentiasa diberi musibah dan ujian di dunia sementara ini. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya
sebagai anak tetap mendoakan pak sembuh seperti sediakala. Boleh berpuasa , bersahur dan berbuka bersama-sama macam dulu. Paling sedih tgk mak, bila keadaan jadi macam ni mak yg makan tak menentu . Memang dah tak berselera.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kesabaran....Aminn