Wednesday, June 9

Resepi kuih talam pandan


 assalamualaikum

menghampiri penghujung syawal, azam masih kuat alhamdulillah. nak habiskan puasa ganti😊berbaki 2 hari lg

Ya Allah inilah hikmahnya PKP masa byk terluang 

berbanding hari sekolah , tak mampu rasanya nak buat mcm2

Talam pandan  utk berbuka puasa dan sempena cuti Hari Agong kita isnin tu 

buat loyang kecik saiz 7, cukuplah utk isi rumah

en suami memang suka kuih2 lembut gini

Resepi  @ BIDADARI.MY -talam-pandan/

mudah dan menjadi insyaAllah

sis buat separuh adunan utk loyang 7

TALAM PANDAN

separuh adunan)


BAHAGIAN BAWAH


1/2 cawan pati pandan

1 1/2 cawan santan

1/2 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

sedikit pewarna hijau

garam ikut rasa


BAHAGIAN ATAS

1/2 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung gandum

1 1/2 cawan santan

sedikit garam


cara2 

1. panaskan air kukusan terlebih dahulu

2. lenser loyang dgn sedikit minyak

dan lapik dgn plastik

3 campurkan semua bhn2 bwh dan tapiskan dan panaskan sekejap dlm kuali 

4 kemudian tuang dlm loyang td

5 kukus dlm 25 minit

6 #jangan lupa tutup pengukus dgn kain supaya air tak menitik

7 setelah 20 minit buku penutup dan biarkan sekejap supaya air kering dan baru cakar2 dgn garfu sblm kita tuang bahagian atas

8. Bhagian atas sama juga kita satukan je dan kacau sebati kemudian tapis

9 Baru kita tuangkan dlm loyang bahagian bawah (pandan) td

kukus lg 20 minit-25 minit

buka penutup biarkan seketika dan sejukkan baru boleh kita potong

6 comments:

  1. tkpernh makan talam pandan..biasa mkn talam keladi

    ReplyDelete
  2. Nak buat malas betul ni,,mana nak mencari time pkp ni org tak de pulak jual talam .

    ReplyDelete
  3. sedap tu nampaknya. nak suruh isteri buat la...

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...