Tuesday, 12 January 2021

SAGU GULA MELAKAA YUMMYYY


 selamat tengahari semua

mesti dah siap lunch kan

PKP lgi lah kita org Kl , Selangor ha haa sunyi sikitlah jalan2 waktu pg nak ke taska, tak banyak kenderaan atau mungkin sb hari pertama pkp kot. tgk esk lusa pula

layannn gambar menu beberapa lepas ni

makan sejuk2 nikmatnya rasa yummyyy

mesti ramai suka sagu gula melaka kan, manisan kesukaann

baik demam teringat ingatt akan desert nan satu ni😊😊

kita memang suka sagu, tak kiralah bubur sagu ke, lopes sagu 

apa apalah yg letak sagu mata ikan ni


senang jew cara masaknya pun

kita rendam dulu sagu putih ni 

sukatan 1 cawan je jdilah utk srang dua makan

dah rendam nampak agak kembang kita tapis

boleh didihkan air dlm 4 cawan

masukkan sagu dan pewarna

kacau je hingga kering dan hilang putih2 mata sagu

nampak jernih je

kita msk dlm tapis dan jrus dgn air paip

tujuannya utk buang kanji2nya

barulah masuk dlm  acuan or bekas

sejukkan dlm peti ais

👉kemudian kita masak pula air gula melaka

 1 cawan gula merah @ gula melaka

bersama 1 cawan air

dan daun pandan (utk harum baunya)

dah hancur dan agak pekat sikit baru tutup apinya


👉👉masa nak makan kita baru letakkan susu fresh atau setengah org suka santan

dan curahkan air gula melaka

sesedappp rasa secukup manisnya😊😊


7 comments:

norhidana said...

sedapnya kak, dana pun suka jugak...
dana PKP kali ini kerja di pejabat kak... tak ddk di rumah mcm PKP tahun lepas

NA said...

Terliur pula. Selalu di rumah buat kosong/putih sagu.

Syaz Rahim said...

sama macam NA, terliur menengoknya haha

Amie said...

Sedap makan sejuk ni...yummy!

zila norazila said...

makan sejuk ni tak ingat ,,sy pun fav nie.

mama tisya said...

fav ni..kalao ltk dlm peti ais lg best

Azhafizah MN said...

Mudahnya buat sagun gula melaka. boleh cuba ni. Sedap! Lama tak makan. Tq share resepi

  assalamualaikum semua selamat petang Burnt cheese kek @ kek cheese terbakar ni first time sis buat masa birthday anak solung dan si bungsu...