Skip to main content

ikan tengas masak lemak buah kantan

assalamualaikum

Masak lemak feberet si Adik Sarah sekarang ni, makan nasi je tanya masak lemak ke mama he he issshhh anak dara sorang ni. Nak masak lemak cam opah masak siap bgtau kita tu.
Tiapkali blk kg memang opah masak lemak khas utk Adik ni, memang bertambah nasinya nk pula mkn ramai2 duduk bersila he he opah tokki pun sama selera, tu yg best.

inilah rupa buah kantan, ada yg tak kenal..kalau .bunga kantan tu mestilah tahu kan bhn wajib wat laksa. baunya aduyai sedappp. Buah kantan ni masam dan berbiji-biji. Tp bila masak lemak  sedap pula.
kat rumah arwah tok ni berpaya mungkin tu sb tumbuh subur, kelilng rumah je. Nak lg skrg takde org yg duk kutip memang terbiar je, bunganmya, buahnya memang byklah.
 
bunganya pun selain wat laksa mak jg wat masak lemak takpun hiris halus2 wat ulam @kerabu.
macam nasi kerabu bila digaul dgn nasiputih.
ikan tengas ni ikan sungai ye,ikan yg banyak tulang. kalau digoreng garing2 ranggup lg sedap. Memang byk dijual kat kg sekilo 5 hinggit kalu pasar pagi.  my mak memang suka wat masak lemak, kuahnya tu yg laku sb budak2 makan kuah ikan ni org dewasa je reti. budak2 suka ikan goreng kan,ikan temenung atau ikan sardin.
kalau tak letak buah kantan letak timun kuning atau belimbing pun sedap jgak. Yg penting masak lemak tak pedas, letak jg cili cuma sikit sgt. Yela kan kalu pedas tak dpt adik ni makan.

Gandingannya mestilah ulaman dan sambal tempoyak. Biasanya kalu makan tengahari kat kg ni x sah kalu mak tak kutip ulam-ulam ni pucuk ubi, daun salam, jantung pisang pucuk kaduk ntah apa2 lg pucuk semua belasah he he dan bakar ikan keli sekali. isi ikankeli tu wat pencicah lah . ikan kering goreng jg mesti ada.

resepi masak lemak mak ni cam biasa je mcm masak lain2 jg. tumbuk bawang, serai kunyit dan cili padi
kemudian masak dgn santan , garam secukup rasa dan jgn sekali sampai pecah minyak, tu yg kena jaga2 sentiasa tgk api pun sederhana. kalu dah pecah minyak tak sedapkan.

ok ye sampai disini coretan cerita nya.

Comments

  1. huhuuu...selalu pgl ikan sunagi je..x suke sgt ikan ni sebab byk tulang hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...
    mcm tu rupanya buah kantan... so far ni 1st time tengok rupa buah kantan... oooo leh wat masak lemak ye.. sedap sungguh sampai dok mintak mamanya wat tu... ikan tengas tu ikan sungai kan.. dok kat air terjun.. selalu kalau nani nampak yg kecil2 je.. ni besar plak nampak dlm mangkok akak.. :) harus la anak2 suka.. nani pun tengok terliur.. :P :)

    ReplyDelete
  3. kat kg mertua mmg banyak & mudah dapat buah kantan ni.. mcm nuri ckp kat kg bunga kantan banyak & tak terhabis makan.. jadi bunga yang tua akhirnya akan jadi buah.. buah tu memang kerap juga mertua guna masukkan dlm gulai... mmg sedap & ada rasa masam2nya kan... akak pun pertama kali tengok sejak2 dpt mertua ni la.. kat rumah mak dikg mmg bunga kantan tak sempat berbuah pun.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya....dah lama tak makan ikan sungai.Buah kantan,1st time tgk(jakunnya akak kau ni).

    ReplyDelete
  5. Salam kak, eh eh eh??? jakunnya kitaaaa hihihi... kita pestaim nmpk buah kantan ehehe.. ikan tengas pun kita tak pernah nmpk kak ni ler pestaim sume2 sekali nmpk kat sini hihihi..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. kat belakang umah akak pun ada pokok bunga kantan ni. buahnya pon ada gak. tak tau plak boleh masak. thanks for sharing dear, nanti leh cuba ni.

    ReplyDelete
  7. memang sedap... sangat sedap makanan cam gini..

    ReplyDelete
  8. tak pernah nampak pulak buah kantan ,nanti balik kg nak intai ada ke dak

    ReplyDelete
  9. pestime tgk buah kantan...mgkn penah tgk kot tp xkenal pon yea jugakkan..hehe...mesti sedap lauk ikan tu...bertambah aromanya bile ade buah kantan tu...nyum2

    ReplyDelete
  10. salam mama,
    aah sama n QH pestime tgk buah kantan..camne la rasanya kan..klu bdk2 tue suka mesti lh sedap..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah kmn buah kantan...ooo begini rupanya buah kantan...memang teringin nak merasa...kecur liur..

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...