Tuesday, October 23

evening primrose oil


Baru-baru ke farmasi utk cari vitamin anak2, kebetulan  farmasi masa tu tgh adakan jualan potongan diskaun utk kebanyakan barang-barangnya.
walaupun 20% je tau , paling tertarik EPO keluaran seven seas ni.
stok utk beberapa bulan harga asalnya RM109 

 yg bestnya bila peknya senang utk dibawa kemana-mana. Selalunya duk beli  dlm botol menyebabkan kadang2 terlupa nak ambik lg satu tu malas nk bawa terutama balik kg atau ke kemana-mana kan. Bila dlm pek gini senang sikit ringan dan letak je dlm handbeg sekeping. Tak terlupa dah nak makan pagi2 tu



Teringat Masa buat practical di salun dulu (10 tahun sudah), Kak Zee owner salun tu yg bagitau satu rahsia kecantikkannya....walaupun umurnya 60 an tp tp nampak sgt2 muda kulitnya pun  licin bukan itu saja yg paling penting jarang sekali dia jatuh sakit seperti demam ke selsema atau sakit2 lain
inilah yg diamalkannya dari umur 20an sampai sekarang.
Bukan main tak suka lg dia bila staff2 nya asyik demam + selsema ni

Rupa-rupanya he he tp kan biasa le kan.. kalau

 suplement @.vitamin ni


 kadang2 ambik2 kadang2 tidak walaupun tahu 

akan kebaikkannya he he biasanya terabai dek 

kebuzyan kerja harian. Masa anak kecik2 lagilah 

asyik terlupa je. Lama jg tinggalkan makan apa2 

suplement sampai expired vitamin c tu he he

belinya rajin makannya idak sampai pernah diperli 

en.suami ha ha


 apa yg tahu jg EPO sesetengah jenama boleh 

menaikkan berat badan tau

mungkin menambahkan selera, itu yg tak mau tp 

seven seas ni tidak ye 


ok disini ada info tentang kebaikkannya

KEBAIKKAN EPO 
http://mforum.cari.com.my/fo

untuk REMAJA

- Menyelaraskan haid tidak tetap.
- Melegakan sindrom PMS (iritasi, ketegangan payudara, perut kembung, senggugut, pembendungan air).
- Mengekalkan kesihatan kulit.


utk WANITA MATANG

- Melegakan ekzema dan tumit merekah.
- Melegakan kulit kepala yg gatal

utk WANITA YG TELAH PUTUS HAID

- Mengurangkan simptomputus haid (panas badan, kemurungan, kekeringan faraj, masalah tidur).
- Mengurangkan kesakitan sendi.
- Memperbaiki kulit kering, garis-garis halus dan kedutan.g gatal.
- Memperbaiki rambut kering dan rosak.
- Menguatkan kuku rapuh dan mengelupas.



 Minyak EPO berkualiti  penting untuk kesihatan dan kecantikkan golongan  wanita


* Membantu mengawalatur kitaran haid

* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, 

kesenakkan dan kekejangan perut

* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan

dan kekeringan faraj

* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit 

yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit

* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala 

yang gatal

* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah


apa lgi ye jom kita amalkan pada sesiapa yg belum...lagi awal lg baik kan

TERIMA KASIH

17 comments:

  1. akak pun ada terbaca EPO ni bagus.. tp tak pernah lagi mencubanya... patutla wajah nuri mulus bersih je... ini rahsianya ye..... lepas ni bolehlah intai2 kat farmasi.. hehe..

    ReplyDelete
  2. kalau utk wanita matang ,leh aturkan period ke hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan atur tp period lebih lancar alhamdulillah bg akak le org lain taktau
      sb akak perasan masa blm makan period dtg tp sikit cuma yg beku tp bila makan tidal lg

      Delete
  3. sama lah kita..asyik terlupa nak makan jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he ye ker tp bila pek mcm ni alhamdulillah tak lupa lg

      Delete
  4. mahal gak epo ni ye kak...
    nani jarang amik suppliment... anak2 pun setakat vit C je.. so far lah.. ape pun ada keburukan.. ada kebaikannya.. kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sb ni utk stok berbulan2 nani he he tp biasa kalu botol utk 30 biji murah je tu. Suplement ni penting sb akak makan bukan jenis yg tetap kadang2 makan ikut mana sempat je dah tu sayur pun jarang kecuali blk kg he he
      sb tu kena nk sehat kan he he nk lg umur makin meningkat ni...

      Delete
  5. pstttt.. buruk nye kalau beli selalu lupa makan.. aleh2 expired.. :P hahahaha

    ReplyDelete
  6. EPO mmg elok utk yg dah menopause. dia bertindak sebagai hormone replacement. masalah nak ambik supplimnet ni sebab buat sembelit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tp kena dari skrg tau bkn dah dah hampir umur monopause he he
      oh..akak dgn EPO pulak bertambah lancar buang air besar ni alhamdulillah

      Delete
  7. Assallamualaikum..

    Hehehe..samalah kita..Memula beli beriya2 makan..pas tu tak sempat habis sebotol mulalah dah tinggal2 makan vit tu..heheheee...

    ReplyDelete
  8. Selalu sis beli dlm botol,mmg selalu terlupa mkn.

    ReplyDelete
  9. slm Mamasara...

    tq sharing info tu yea kak...QH lum penah cuba mkn lg EPO ni..tp bile dh bca info nk cri jugak la sok sblm tlambat..hehe...

    ReplyDelete
  10. wahhh mama lps nie leh cuba jgk la..tp zila x berapa gemar..he hhee tp ttp nk cuba jgk la:))

    ReplyDelete
  11. salam kak,
    memang ada beberapa teman yang pernah memberitahu ttg kebaikan kapsulni,tapi saya belum pernah mencubanya kak..mungkin tiba juga masanya nanti..mungkin..hehe

    ReplyDelete
  12. Akak amalkan EPO ni sejak umur 20an hingga skrg, alhamdulillah mmg kulit agak tegang (wah, masuk bakul kasi angkat ni). Akak dulu mak saudara nasihatkan mkn, kulit dia pun sampai skrg nmpk muda tapi walau bagaimanapun tegang, bila usia meningkat tiada apa boleh menghalang. Kdg2 terlupa beli, bukan lupa makan...hehehe.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...