Skip to main content

kari telur ayam

assalamualaikum

salam sejahtera semua

Masakan istimewa yg simple dan mudah,  kari telur kegemaran en suami tercinta. Masakan pertama jg masa mula2 kawen dulu  he he Masa tu belum tahu pun telur ni feberet dia tak kira dgn cara apapun dimasak memang akan laju je dimakan dan pastinya licin.  
Kari telur  jg mengingatkan pd  masakan  arwah toklong (mak saudara ayahku) yg tinggal  sebelah rumah, masa br kawen lauk ni lah di jamu pd kami waktu  makan tengahari  sebelum ktorg blk KL , memang sedap airtangan arwah toklong masak wlaupun nampak simple. Sesimple orgnya jg.
Dah 6 tahun Arwah pergi, Al FATIHAH, dan memang byk kenangan bersamanya dari zaman kanak2 sampailah arwah pergi..hubungan kami rapat kerana arwah memang tak ada zuriat semua anak2nya pergi mengadap ilahi sewaktu masih bayi kalu tak salah ada 7 anaknya , arwah suaminya jg rapat tp lebih awal ke rahmatulllah masa tu darjah 5.
dan tiapkali blk kg pandang rumahnya yg kosong tu bagaikan nampak je kelibat arwah tersenyum di beranda...menjemput naik minum teh dan biskut kering. Itulah sifat arwah yg sgt2 senangi.


itulah tiapkali nak masak kari telur ni mesti terkenangkan ,
kari telur ni gandingan bestnya mesti sayur berkicap, bgkulah he he kalu takde sayur pun kicap tu mesti dicurahkan , baru best dan satu lg ada ikan sepat masin atau ikan kedera masin wah memang selera.
Tp en suami pula kari telur pula suka kalu ada sambal ikan bilis atau udang. memang bertambahlah nasinya.

  • KARI TELUR
  • bahan-bahannya
  •   seulas bawang putih, ketuk/belah kasar
  • sebiji bawang besar-dihiris halus
  • sedikit daun kari, di lurut
  • 2 camca besar rempah daging
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit minyak masak
  • 4 biji telur 
  • garam dan bahan perasa
  • Asam keping

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkkan bawang  tumis hingga naik bau, kacau sedikit 
  2. Masukkan rempah kari, dan cili kisar kacau hingga wangi. (Rempah cepat hangus, kacau rata dengan cepat) Masukkan air 
  3.  masukkan santan
  4. biar mendidih baru masukkan telur sebiji demi sebiji, dan biar mendidih, jgn dikacau hingga telur masak  supaya telur tidak berkecai kelak
  5.  Bubuh garam sesedap rasa.



Senang kan tp ikut citaras jg , ada yg suka karinya lebih atau manis blh ejas sendiri.

Comments

  1. Teringat pertama kali masak kari telur (telur puyuh) masa tu muda remaja... he he heh rasanya itulah masakan pertama yang paling sedap, sebab aroma karinya yang menyengat selera... rupanya bila family makan, Amie tak bubuh garam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he muda remaja ye k.amie tp tak apakan rajin jg memasak sy dah kawen baru masak2 ni

      Delete
  2. Assalamualaikum kak..
    tudiaaaaaaaaaaaaaa.. masakan pertama jamu kat suami pun akak ingat... nani tak tau jamu dia apa.. kah kah kah kah.. apo punya bini la ni.. lupa langsung.. ade ke nani bagi dia makan.. ke makan luar.. ke makan nasi telo ke.. uhuhuhu.. time tu 19 tahun umur nani.. hehehehe sedap nampak kari telo ni.. nakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he mestilah ingat nani sb baru mula 2 berjinak ke dapur ha ha dah tu kena masakkan utk laki pula. bkn tu je brg2 hantaran kawen kasut lipstip, hadiah org kasi pun masih ingat dan simpan tau he he

      bolehhh meh la makan

      Delete
  3. EH SAME LAH LAUK KITA...TAPI SY GUNA TELUR REBUS...NAMPAK SEDAP KARI TU...

    ReplyDelete
  4. sedapnya mama,
    ank zila klu mkn camnie bertambah2 nasi:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya..ni pun salah satu peberet adda nih..

    ReplyDelete
  6. salam kak, dah lama tak buat ni...harumnya terasa rasa sampai sini..

    ReplyDelete
  7. Sedap makan dengan nasi panas2.

    ReplyDelete
  8. sedapnya..pantang kalau nmpk lauk kari..pasti tliur saje..hihi

    ReplyDelete
  9. tak pernah masak kari telur mcm ni ... kalau yg telur rebus ada la ... boleh la cuba nanti. ringkas saja.

    ReplyDelete
  10. NI KALAU MAKAN DGN NASI PANAS²/SUAM².. HAIIIHH SEDAPPNYA....

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...