Skip to main content

kuih cara manis

Assalamualaikum semua...salam 1 Malaysia

kuih feberet kita waktu sarapan pagi 
sedapppp sgt lembut je tp time panas2 kena berhati-hati sikit karang melecur dek cairan gulanya tu

selalu jg membikin ini cuma kali ni terajin nak posting he he kebetulan masa bw bekal ke taska ..kamera pun terbawa sekali ..ecehh eceh terbawa konon ekk
dah cuba beberapa resepi dan kebanyakkannya memang besttlah..tp kadang2 tu nk cepat ni pakai buh je lah agak2 mcm kata mak, yg penting adunan  tu pastikan tak pekat dan tak cair sgt

tp kali ni kita try resepi /resepiraidah.blogspot.com
 ikut sukatan yg betul

alhamdulillah menjadi 
tqq ye

CARA MANIS


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Siap untuk dihidang

Comments

  1. duhhhh.. sedapnyerr.. suka sangat kuih cara ni taww.. best gigit bila kena tang gula tu kan.. :b

    ReplyDelete
  2. sedapnya..salah satu kuih peberet..

    ReplyDelete
  3. kuih cara manis.. peberet sy jugak..hehe..
    sarapan pagi & teh o suam..best tu

    ReplyDelete
  4. dah lama sy tak buat kuih ni..anak2 suke sgt ni..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. kak..
    ni lah kuih fev sakinah.. suka benor dia makan kuih cara.. kalau balik kg dia suka request opah or tok dia wat.. sbb mak dia tak penah wat.. beli je.. heheheh

    ReplyDelete
  6. Anak bongsu sis cukup suka makan kuih ni.

    ReplyDelete
  7. kegemaran en suami nih..cantik siap berbunga lagi

    ReplyDelete
  8. kalau buat ni sekejap je habis.. lama akak tak buat.. padahal bukan susah pun nak buat kan..

    ReplyDelete
  9. salam kak...saya rajin beli je kuih ni, setakat ni belum pernah buat sendiri..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Mama Sara :D
    Salam kenal juga dari Kak Lin, Terima kasih sudi ke blog Kak Lin yerr...
    Kak Lin follow...

    Note : Sedap kuih cara manis ni...sebiji-sebiji ngap jer masuk mulut...

    ReplyDelete
  11. sedap kuih cara ni kak...biase QH beli aje..lum penah cuba buat sdri...bile tgk ni..mcm nk cuba la..simpan resepi dlu ehh..tq

    ReplyDelete
  12. sedapnya...selalu beli je... tak pernah lagi buat

    ReplyDelete
  13. kuih cara ni mmg kuih ksukaan sy. kuih cra mnis dgn berlauk.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...