Saturday, May 25

kerang masak lemak kuning

 assalamualaikum

Selamat bercuti persekolahan penggal kedua. Hoyeahhh 
cuti 2 minggu tu kan. Sukanyaaa...
ada yg balik kampung ni sb cuti yg panjang. Bestnya kan
apapun xtvt anak2 yg penting bermanfaat betul tak. Kami masih di sini minggu pertama cuti sb anak2(si kakak thn 6) tak dibenarkan cuti pun. Isnin sampai khamis ni sekolah mcm biasa sessi kelas tambahan. so nak balik kampung kena tunggu minggu kedua lah.
Si abng pun buzy dgn program dia, emmm tinggal si adik kenalah ikut mama  g taska je.

 ok masak2 pertama selepas sakit. Kerang ni bukanlah feberet mama mahupun asben anak2 lagilah tak makan. Tp terpaksa makan  jg. emmm  inilah satu2nya kategori seefood yg mama boleh telan. Memandangkan sudah terpaksa gagahkan jg. Masa kat spital makcik2 sebelah katil semua duk saran makan kerang dan hati lembu,hati ayam. emmm semua yg mama x suka ni ha haaa
Bila paras darah masa kena admit memang turun sgt2 down lebih teruk dari pengalaman2 masa preggy hu huu bayangkan setip satu jam adik2 jururawat tu chek paras darah, uwaaaa tak dpt nak lena dibuatnya. Darah jg Doc kata terlalu cair. Memanglah kena berubah he heee 
kerang masak lemak kuning lepas teringat mak dulu ada masak camni memandangkan mak tak ada kenalah usaha sendiri. Belasah pun bolehlah kan. Kalu masak lemak asben dan adik pun boleh tumpang makan kuahnya tu. Kalau rebus alamaknya mama soranglah yg makan.

KERANG MASAK LEMAK KUNING
sumber: Saranur

bahan-bahannya

kerang dlm 1/2 kilo
(dicuci hingga bersih kulitnya)
sebatang serai dimayang halus*
kunyit*
3 cili padi *
seulas bawang merah*
sbtg serai diketuk 
2 cwn santan pekat
garam secukup rasa

cara-caranya

tumbuk bahan2 bertanda * serai, bawang ,cili dan kunyit hidup
sehingga halus
masukkan dlm perituk bersama santan pekat dan kerang
renehkan dan mskkkan garam secukupnya
siap utk hidangan


ok laju je makan nasi tengahri ni tau he hee bersama ikan goreng dan tomato

14 comments:

  1. Salam...

    wah..memang terliur sangat tengok menu kerang tu..alahai, sedapnya..dah lama x makan kerang..di sini amaran 'laut merah' so, x berani nak makan kerang..huhu..

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan... Lom pernah cuba lagi masak lemak kerang...

    ReplyDelete
  3. Rindunya dengan kerang,.... di sini njarang nak jumpa kerang, yangt banyak ikan je.... tak pernah lagi cuba masak lemak kuning tapi nampak sedaplah Mama Sara..boleh cuba ni kalau balik Jeram nanti.

    ReplyDelete
  4. waaa ada lebih x? adda suka kerang nih..semua seafood la...

    ReplyDelete
  5. salam mama saranur……ros tak [ernah makan kerang masak lemak ni kak. klau tak sambal, rebus@bakar cicah air asam je….

    ReplyDelete
  6. x penah msak kerang cmni kak....bende bru ni...:-)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kerang tu Kak..
    dah lama tak makan kerang ni..sllu nya sy rebus je..
    boleh masak mcm ni lain kali..:)

    ReplyDelete
  8. Ros pun tak makan kerang. huhu. nampak sedap kak.. selalu rebus je kerang n cicah air asam... masak untuk family la sebab tuan badan tak makan kerang. hihi

    ReplyDelete
  9. Ros pun tak makan kerang. huhu. nampak sedap kak.. selalu rebus je kerang n cicah air asam... masak untuk family la sebab tuan badan tak makan kerang. hihi

    ReplyDelete
  10. sini tak ada kerang. tak pernah lak makan kerang masak lemak. suka makan kerang :-)

    ReplyDelete
  11. assalam MSN..acik belum pernah masak kerang dengan kulit2nya sekali..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  12. sedap sangat kuah lemak itu...

    ReplyDelete
  13. wah sedapnya nmpk...sblm langsung QH xpenah tfikir pon kerang boleh dilemakkan..insyaallah boleh la try jugak!!

    ReplyDelete
  14. izin guna resepi ya

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...