Skip to main content

daging masak merah ala thai


assalamualaikum

salam sejahtera buat semua teman-teman yg tak penah jemu utk berkunjung kesini
alhamdulillah....walaupun tidak bersua tp terasa akan kewujudan kalian dgn komen2 yg membina. Persahabatan di alam maya
lebih terasa seronoknya. sekadar luahan hati nak lagi bagiku yg memang tidak seramah org lain he hee 

okey memandangkan ada daging korban (rumah ni jarang ada stok daging he hee) so bolehlah masak menu daging kan.
kita lebih suka daging dari ikan2 dan ayam sebenarnya
daging ni makan tak rasa mual kalu ikan makan jg tp sikit2 memilih tau kena yg garing garing gitu dan suka ikan kecik2 je he hee kalu besau tu takut nak makan
macam2 ragam...mungkin sb kecik2 dulu mak  bg makan yg kecik2 je kot heeeehe




ok jom tengok resepi, dari blog Sajian Bonda. Ala thai punya
yg pasti sedappp tau. sb si kecik kat umah ni esoknya request lagi nak daging macam mama masak semalam ha haa suka la tu
makan daging

DAGING MASAK MERAK ALA THAI

Bahan-bahan:

1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah

 caraku hiris nipis2 dan terus goreng sb daging segar lembut


1 biji bawang -dipotong bulat2
cili kering kisar 2 sudu besar 
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa-x letak
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah



Cara membuatnya:


Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan. 
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. 
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak. 
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata. 
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi. 
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau. 
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.


    Comments

    1. fuh...mmg sedap...teman pon selalu buat camni...ala-ala paprik kan....

      ReplyDelete
    2. Buat leleh air liur je ni....sdap..! Sy suka daging...x kira la msak apa pun kak...

      ReplyDelete
    3. nampak sedap dan menyelerakan...kena cuba ni..selalu dok pekena masak kicap ja

      ReplyDelete
    4. Assalamualaikum...sara..nmpk mennyelerakan....

      ReplyDelete
    5. em. bestnya tengok menu tu..berkeroncong perut lapar tengok daging tu kak..hihi.

      ReplyDelete
    6. Salam mama saranur..poberet anak2 k.atie ni :)

      ReplyDelete
    7. Sedapnya daging macam ni.. kalau makan oat kedai pun nani order yg ni gak. Anak2 nani suka segala jenis sambal.. makan mau bertambah2 tu kalau kena dengan lauknya.

      ReplyDelete
    8. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    9. balik hari tu pi bukitkayuhitam ada jual rencah masak merah ni. tak brani nak beli sbb kaler tu shocking gila hahaha

      ReplyDelete

    Post a Comment

    kata-kata manis,
    tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

    Popular posts from this blog

    Makan nasi lemak Burung Hantu

    Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

    Makan nasi Arab kat Senawang

    Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

    Ziarah anak sepupu di Sg Besar

    Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...