Wednesday, October 23

donut gebu



assalamualaikum

selamat malam
sedang menjamu selera ker emmm sedapnya...makan apa tu??


Malam ni kita tayang donut ye. Lama jugak x mendonut sebenarnya
inipun ahad lepas bangun pagi binggung nak makan apa breakfas ni
Bila tanya si kecik adik ni jawapannya donut he hee dah tanya kan
ala sian jugak bila dia sebut donut tu kan he hee terus goggle resepi. Sebab nak cepat makan terus tertarik resepi di blog kak Nik Ja mokwonik . kata kNJ donut yg  cepat2 boleh makan yum yumm he hee apalgi kita try la ye


kita wat separuh je dari aduanan ni , karang kalu banyak tak termakan

DONUT HASUE

sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak gandum je

1Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)

50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:

Gula halusCara-cara



Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.



Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.


Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.



nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!












11 comments:

  1. Assalamualaikum sara rajinnyer mendonat....mmg gebu ..yumyumm

    ReplyDelete
  2. Donut mmg peberet anak2 sy kak...., gebu nmpk...!

    ReplyDelete
  3. cantiknya donut...nampak sedap...salam perkenalan, terima kasih sudi lawat dan folo blog kakak..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan...terima kasih sudi folo blog kakak....kakak pun dh folo blog sara...
    Cantik donut tu...nampak gebu sangat..

    ReplyDelete
  5. gebunya MSN..betul2 gebu nampaknya tu..baru sedap makan kan

    ReplyDelete
  6. anak2 dara aida memang minat giler dgn donut gini. cuma ibu diorang je tak reti buat ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. salam kak..

    saya pun buat donut juga..sedap kan makan masa tengah panas..

    ReplyDelete
  8. teman ni pantang je nampak donat!! laju je sampei...hahahaha

    ReplyDelete
  9. Salam mama sara ... Wahhh bertingkat tingkat tengok donut tu... Sedap betul tgok ... Hehehe

    ReplyDelete
  10. Waaaa...kiutnya donut mama... nak seketoi..!

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Mamasaranur

    gebus dan menjadi elok donut itu....puas anak2 mkn...

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...