Saturday, October 19

bingka labu lemak manis

assalamualaikum

bersua lagi 
breakfast semalam, bingka labu ni, makan ramai2 kat taska.
alhamdulillah rezeki hari jumaat memasing bawa bekal he hee pastu share .my boss beli nasi lemak, dan sorang lg bawa nasi impit dgn sambal sotong, kentang ala2 steak dan aku kuih je he hee



kebetulan smlm en hubby suh buat kuih utk dibawa ke Melaka.
beli labu bila rebus dan lecek dapat 4 cawan lebih so buat 2 adunan, satu loyang utk asben dan satu utk breakfast .
sedappp lemak dan lembut. resepi dari cp dari blog dapur-mamasya lagi
tqqqqqqqq mamasya. sy cp disini sebagai rujukan masa akan datang ye.





Bingka Labu Lemak Manis 


Oleh; Dapurmamasya 



BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci 
2 biji telur 
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)- mama guna 1 pkt santan debu jadikan 2cwn 
1/2 cwn susu cair 
2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn gula pasir halus 
1/2 cwn susu pekat manis 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil esen vanilla 
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi 
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek 
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih 



CARA-CARA 

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar . 
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. 
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata. 
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. 
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, 'tambah masa pembakaran.mama bakar suhu 180'C guna api atas bawah dlm 50 min. 
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong. 


10 comments:

  1. Suka jugak makan bingka labu.tapi tengah berpantang ni bleh tengok gambar je la

    ReplyDelete
  2. hai..salam kak..

    wah, sedapnya bingka tu..lemak2 manis.

    ReplyDelete
  3. Saya suka makan bingka bahagian kerak tu...tak pernah lagi buat bingka labu sebab saya tak suka makan labu..he he..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya bingka labu.. akak suka labu sebab dia makanan sunnah... nabi kita suka mkn labu... Nak cubalah Sarah resepi ni ;)

    ReplyDelete
  5. sara...yumyum...lama x buat bingka labu ni...nmpk kt dapur sara terpanggil plak nak buat...

    ReplyDelete
  6. nak tryla......blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam Mama sara, singgah dan cuci mata kat sini. semuanya sedap - sedap! Terimakasih dah singgah di blog saya dan sudi follow..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak.
    wow.. sedap bingka.. sesuai minun pagi dan petang menu ni kan.. nani suka bingka apa pun..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...