Skip to main content

kuih lapis paling besttt


 assalamualaikum

alhamdulillah masih ada kesempatan utk buat entry malam ini
w/pun x seberapa, hanya biasa2 saja tanpa menu special.
tp nak juga tempek disini.
Dah penah tempek sebelum ni cuma berbeza dari segi warnanya. Saje2 buat dgn niat nak bawa ke taska utk makan2 jam 9.30 pagi tu. Memang suker rupanya diorg ni w/pun dpt sorang sepotong je he he alhamdulillah .Resepi yg sama c/p dari blog kak Ann Periuk Tanah...disini

Memang sedap...



 Sarah siap letakkan dlm tupperware khas dia tp pagi tu tak makan pun simpan kat peti ais, petang baru teringat nak makan he he petang pun masih sedap tau w/pun sejukkk. Habis licin juga.


 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)
 
bahan-bahannya
 
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang . 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)
 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
 Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.

5. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu  sebelum dipotong.(mama buat sebelum tidur malam dan esoknya baru dipotong)


Sekian TERIMA KASIH

Comments

  1. Lama da x mkn kuih ni tau..
    Berkira nak buat, sbb tgal berdua je..

    ReplyDelete
  2. sedap ye kak.. haiisshh saya kepantangan sungguh kalau sebut sedap sedap ni. hahaha tergoda terus... si dara comel kat atas tu banyak makan ke .. hehehe

    ReplyDelete
  3. lama akak tak buat kuih ni... lemak2 manis mmg sedap layan kuih ni kan...

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Mamasara.sedap nampak kuih lapis ni...tambah kalau lemak2 santan dg manis yg cukup.
    re; nasib baik Syakirah tak minta soft toy, kalau tidak susahnya nak ngangkut balik...

    ReplyDelete
  5. ye kak lemak2 manis , sedap anak2 suke lagi2 kaler pink he he

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum just nak tanya .....Agak2 loyang dlm brapa inci yea? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

 assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kanwalaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hariKe Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni. Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu.Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah. wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semuaterima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya...semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heeeok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan.2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disiniolahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)bahan-bahannya3 c…

semperit @biskut dahlia

 assalamualaikum
selamat berhari minggu semuahari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia inialhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request.nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kantuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lgalhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali.Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongkuini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye.tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnyaPutar but…