Skip to main content

roti kentang pertamaku


assalamualaikum semua

 alhamdulillah akhirnya dpt jg capai hajat nak buat roti ni. Sangat2 gembira he he kegembiraan kalau di share tentulah lagi ok kan. Roti kentang ni mengingatkan pada seseorang ...pada boss @ manager masa kerja opis dulu di Wangsa Melawati he he yg baikhati dan rajin belikan roti kentang panas2 di Carrefour. Sedap sgt masa tu maklumlah panas2 memang lembut sgt roti ni kan. Feberet dia sebenarnya . Kenangan masa 13 tahun yg lalu ni.

 dah lama teringin nak cuba sendiri, bila ke blog Puan izahdaut selalu intai2 resepi ni he he izah yg rajin sangat meroti dan sungguh menjadi. Terliur betul tgk roti2 izah ni. Sapa2 yg nk cuba ke blog izah ni http://izahdaut.blogspot.com/2011/04/roti-kentang-iii.html
banyak roti2 disini. TQ ye izah sb sharekan resepi ni.
 

jadi setelah sekian lama menghayati resepi2 ni dtglah angin ingin menerai pada hari ahad yg lalu. Sementara masak lauk makan tengahari kerja menguli lah dulu. Dah siap masak2 , bakar pulak roti ni. Konon2nya nak kasi si bujang terunaku sorang tu makan.. Ye lah kan nanti org semua makan nasi bolehlah dia makan roti ni. W/pun tanpa kastad kat atasnya tetap sedap.
Tengoklah anak dara sorang ni pun suker makan roti he he sekali lagi tq ye izah , akak c/p resepi disini pula. Pasni nak wat lagi he he

RESEPI ROTI KENTANG



sumberku: izahdaut


Bahan-bahan



  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 g gula halus
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • *saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter

Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang 


terima kasih semua

Comments

  1. Bestnya, ada bm, tp x penah buat..
    Mama sara, x payah la guna word verification;)

    ReplyDelete
  2. pernah gak sekali try buat roti ni..
    tp uli x cukup, so x berapa gebu...
    apepun en garpil tetap kagum!!
    hahahahhaha...pastu trus x buat dah...

    ReplyDelete
  3. waduh ada roti kentang kt sini...bagusss..meh seketui!

    ReplyDelete
  4. akak.. tu kembar ke atau anak dara yang sama? hahaha... kompius jap.. sedp kan roti ni kak. saya mmg suke.. kadang tu saya buat resepi ros jintan manis tu. roti kentang dia pun sedap jugak. dan satu lagi resepi dari lemariresepi. tu pun sedap. pendek kata resepi roti kentang yg saya cube semuanya menawan hati. lenkali akakk picit kastard lak atas tu. lagi memberi kelembapan.. wah panjang nyer komen saya mcm nak lawan entry akak dah ni. hahahha

    ReplyDelete
  5. Mama saraNur,

    okay tu dah boleh jual hihihihi akak pernah gak buat dulu..makan panas2 sedap..
    anak2 selalu suh buat lagi..mak nyer ajer yang malas...

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...