Skip to main content

kuih lapis paling besttt


 assalamualaikum

alhamdulillah masih ada kesempatan utk buat entry malam ini
w/pun x seberapa, hanya biasa2 saja tanpa menu special.
tp nak juga tempek disini.
Dah penah tempek sebelum ni cuma berbeza dari segi warnanya. Saje2 buat dgn niat nak bawa ke taska utk makan2 jam 9.30 pagi tu. Memang suker rupanya diorg ni w/pun dpt sorang sepotong je he he alhamdulillah .Resepi yg sama c/p dari blog kak Ann Periuk Tanah...disini

Memang sedap...



 Sarah siap letakkan dlm tupperware khas dia tp pagi tu tak makan pun simpan kat peti ais, petang baru teringat nak makan he he petang pun masih sedap tau w/pun sejukkk. Habis licin juga.


 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan)
 
bahan-bahannya
 
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang . 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)
 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
 Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesendul lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.

5. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu  sebelum dipotong.(mama buat sebelum tidur malam dan esoknya baru dipotong)


Sekian TERIMA KASIH

Comments

  1. Lama da x mkn kuih ni tau..
    Berkira nak buat, sbb tgal berdua je..

    ReplyDelete
  2. sedap ye kak.. haiisshh saya kepantangan sungguh kalau sebut sedap sedap ni. hahaha tergoda terus... si dara comel kat atas tu banyak makan ke .. hehehe

    ReplyDelete
  3. lama akak tak buat kuih ni... lemak2 manis mmg sedap layan kuih ni kan...

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Mamasara.sedap nampak kuih lapis ni...tambah kalau lemak2 santan dg manis yg cukup.
    re; nasib baik Syakirah tak minta soft toy, kalau tidak susahnya nak ngangkut balik...

    ReplyDelete
  5. ye kak lemak2 manis , sedap anak2 suke lagi2 kaler pink he he

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum just nak tanya .....Agak2 loyang dlm brapa inci yea? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...