Saturday, December 29

apam gula hangus

assalamualaikum 
makan apa tu ? he he mesti best menunya.  tadi kita buat apam ni, firstime menerai wat apam gula hangus , apam berbeza dgn kek gula hangus walaupun ujungnya gula hangus.
apam ni teksturnya lebih halus dan gebus. Lembut dan sedap
kek pula ada sarang2 takpun nama lainnya kek sarang semut.


memang lembut betul apam gula hangus ni tau...sedapp manis pun sedang2 gitu. ok sesuai makan pagi atau petang. tp sayangnya bila buat kurang sambutan oleh anak2 je hu hu jadinya mama abah je layan. Banyak pulak tu alhamdulillah dptlah bagi jiran sebelah merasa juga. gambar nampak blur sb camera hp...




terima kasih diatas resepi yg sedap ni blh tengok disini ye apam-gula-hangus.

Resepi : Apam gula hangus

resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif



Bahannya:

2 biji telur ( Uj guna telur omega dibuang tapi pusatnya)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( Uj tambah) 

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.

Cara:
1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati
2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau 
        gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula) 
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang
        3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm
        blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah) sy kukus dlm acuan puteri ayu dlm 15 minit


* Boleh juga diletakan didlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....



8 comments:

  1. nnti kak zu nak cuba buatlah..selalu dok buat kek gula hangus jer..

    ReplyDelete
  2. Suka buat apam gula hangus ni, selain sedap banyak boleh dapat ... belum pernah guna marjerin, selalunya guna mentega, sesekali nak cuba marjerin pulak. Tq Mama Sara Nur.

    ReplyDelete
  3. dap nyer... lama plak tak buat kuih2 kukus ni

    ReplyDelete
  4. igtkan kek jer gula hangus..rupanya apam pun ada..adda xpernah lgi maakan apam gula hangus nih...

    ReplyDelete
  5. Hello Mama Sara Nur, I suka you this cakes. I think 5 pieces with iced coffee will be fine with me, ha ha.
    Wishing you and family a very happy new year.
    Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  6. akak pun belum pernah buat apam ni mesti di cuba ni sbb akak mmg hantu apam jugak tak kira apa mesti sedap ni wnagi gula hangus tu kan

    ReplyDelete
  7. kunjungan balas ke dapur mama sara nur dan follow.nice blog!semoga silaturrahim berpanjangan.

    ReplyDelete
  8. sedapnya..biasa zila beli jew nie..mmg suka mkn..tp x pernah lagi cuba buat..nnt2 nk cuba jgk la.:)

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...