Friday, July 12

kek karot cheese

 assalamualaikum
Selamat bersahur, berbuka puasa dan berterawih.
masuk hari ke3 kita berada dalam bulan Ramadhan

Belum ada kesempatan nak wat enrty menu2 berbuka mc org lain
sb dua hari berturut menu from Bazar. 
Semalam pun ank2 berbuka dgn burger mcd, mama pula layan kuih pelita je.
kena tunggu sabtu ahad baru blh turun dapur . Skrg memang tak sempat la kol 6.30 sempat masak lauk simple2 je

kek karot ni sempat godek2 hari isnin sblm start puasa lg 
dah lama berangan nak buat, itupun parut karot hari sabtu lg pastu simpan he hee sebaik la masih elok. 
Akhirnya siap jg. Resepi cp dari blog en Mat Gebu tu.
 TQ en Mat

kek karot cheese

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
34 cawan minyak jagung

3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)

1 1/4 cawan parutan lobak , perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula 
  3. hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  4. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  6. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. 

11 comments:

  1. memang sdp kek carot tu..
    tambah2 mkn dgn cheese tu..
    perhhh...

    ReplyDelete
  2. ingatkan kek ni menu berbuka ..hihi
    mmg sedap kek carrot...feveret kite selain kek coklat.. :-)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan.akak suka kek carrot tapi tak penah buat sendiri

    ReplyDelete
  4. sy pun x sempat lgi nak mencuba rasa kek karot ni kak...

    ReplyDelete
  5. Teringin gak rasanya mkn kek carrot coz dh lMa x mkn...

    ReplyDelete
  6. ambooi...layan kek carot...mmg mengasyikkan!..meh teman sepotong!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sara...wahhh terguda...lama x wat kek karet ni....

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi Mama Sara,
    dah lama sangat memendam rasa nak cuba buat kek karot tapi belum terbuat lagi!

    ReplyDelete
  9. Salam mamasara Nur...tingin nak makan gakkkkk!

    P/S:Kuih btg buruk yg k.atie jual tu...1 paket(450gm)=RM13(tak trmasuk post ya)

    ReplyDelete
  10. bulan puasa ni tgk kek biasa pun teringin nak makan...FIL siap beli butter cake...masa buka tengok jek.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...