Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

tart nenas bunga

 al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al- Quran. ASSALAMUALAIKUM mesti buzy belaka kan skrg ni ibu2 mak2 dan kakak2 semua. buzy prepare utk hari raya, nak wat biskut cari baju dan macam2 ye tak. emm tgk fb kebanyakan update status shopping raya je. wah bestnya kan. kita je blm lg asyik ngadap biskut2 ni. Ahad lepas dpt join program PU3 buat bubur lambuk dan bawa anak2 yatim shopping. pastu berbuka puasa ramai2 dan akhir dpt main bunga api dgn budak2 he heee tumpang sekaki jap. Insyaallah minggu ni baru dpt shopping utk sendiri lak ye harap2lah. alhamdulillah thn ni ramai pulak yg berkenan dgn tart bunga ni. resepi kali ni ikut kak Nor Secubit Garam Tart Nenas 250gm butter 2 sudu besar gula castor 2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend) 1 bj kuning telur 1 sudu besar tepung kastard 1/2 cawan tepung jagung secubit garam 3 1...

talam keladi

Keseimbangan dalam Hidup    Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun sayang hanya karena hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain kita sering melupakan kewajiban kita. Pada bulan puasa ini kita terlatih untuk kembali mengingat dan melaksanakan seluruh kewajiban tersebut dengan imbalan pah ala yang dilipat gandakan. Insyaallah Talam keladi ni memang sedap, suka sgt rasa lemak2 dan harum keladi tu. Selepas bercerita dgn kgee yg kita peminat ubi hari tu, kak gee ni terus beli beberapa ketul ubi antaranya ubi keledek dan ubi sengkuang dan ubi keladi dan bg kat kita. Maka sb tu terhasilnya talam keladi ni. ha haa ikutkan tak kuasa nak buat talam2 ni kalu tak ada ramai org sapa lak nak perabih nanti. Dapat seloyang besar so bagi2kan pada semua staff taska. Pakat rasa.Alhamdulillah laku he hee buat pun kelam kabut sikit. tengahari tu lari balik umah mengukus pastu belum sejuk betul dah kena potong sb dah...

salam Nuzul Al Quran

buah melaka +kuew teau goreng

  Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam  digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa  dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla  Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan  Aku  sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan  syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa  akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika  berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui  Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa  lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak wangi  kasturi.  menu yg paling laris, buah melaka @ buah mulong @ onde-onde cepat dan mudah setiap hari ada permintaan, buat dpt sepiring . Bahan-bahan: 1 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung beras 5 helai daun pandan Gula melaka di potong kiub kecil Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa) Sedi...

puding kastad berkuah

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.  bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan. Huraian Hadith:  1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah  diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh  hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang  sebab yang munasabah. 2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa  ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu  solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat  seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum  bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula  selepasnya. desert feberet kami semalam puding kastad berkuah. dan alhamdulillah rezeki bila jiran sebelah hantar semangkuk mee kari he hee cukuplah tu kan. anak2 menu from baram lah, si kakak beli nasi ayam dan...

tembikai blanded dan nasi lemak ayam goreng

 assalamualaikum menu petang semalam, nasi lemak dgn ayam goreng  dan ais blended tembikai jom laya ait tembikai blended emm yaman terasa simple je cuma potong tembikai bekukan kat freezer beberapa jam pastu masukkan dlm blender campur susu @ gula dan blend hancur siap utk hidangan nasi lemak , bila ketandusan idea nak masak apa dah.

bubur jagung yummyy

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi  kesihatan jasmani dan rohani. Sabda   Nabi  Muhammad s.a.w.   yang bermaksud: "Berpuasalah  kamu, tentu kamu akan sihat."   Sabda   Baginda  Rasulullah s.a.w.   lagi:   "Perut besar itu adalah  sarang penyakit dan banyak makan itu punca  segala penyakit."   ASSALAMUALAIKUM hari ke 11 kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak.   hari ni ada peluang masak2, sb hari cuti kan. so kita layanlah  menu pilihan.  Semalam tengahari tu lari ke eons Big bila baca paper buttercup rega 2.99 . sambil beli butter nampak jagung ni pula dgn rega 99 sen so rembatlah 3 tongkol he heee memang dlm kepala menunya bubur jagung. jom layan resepi, takyah kot ek, he hee rasanya semua tahu. kita cuma ikut cara mak, hiris2 jagung kalu blh biar kasar2 sikit baru sedap. Pastu masuk santan , kita guna setengah biji je sb jagung kan dah lemak2. dan gula...

puding karemel tanpa telur

  Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". Assalamualaikum alhamdulillah...seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa bulan Ramadhan tahun ini. Syukur padaNya kerana masih diberi kesempatan Puding karemel tanpa telur ni sempat buat smlm masa lepas sahur, dah lama teringin nak buat. Baru ada kesempatan, menu2 lain masak jg tp bab nak posing tu kadang2 terabai ,malas pun ada. dah siap hidang kat meja tau je lah he hee Bila ptg tu masa lg pantas mcm2 nak buat memang tak sempatlah nk bergambar lg. Resepi skodeng dari Lina pg jom intai2  disini  ye. TQQQ Lina RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR Sumber:  Lina pg Bahan-Bahan A (Gula Hangus) 2 sudu besar gula pasir Bahan-Bahan B (Puding) 1 paket agar-agar serbuk 10g 4 cawan air 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan susu...

sirap selasih

Do’a Berbuka Puasa Ramadhan :   Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan  dengan rezeki-Mu aku berbuka, Maha besar  Allah  yang maha pemurah  lagi maha penyayang. Air sirap + selasih buat hidangan berbuka,  kuih tepung pelita @ kuih sampan ni salah satu  feberet dan wajib ada. Selamat berbuka puasa

pau sambal bilis

Doa Masuk Dapur  رَبَّÙ†َا آتِÙ†َا Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ رَØ­ْÙ…َØ©ً ÙˆَÙ‡َÙŠِّئْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْرِÙ†َا رَØ´َدًا Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,  dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada  kami untuk keselamatan agama kami. assalamualaikum Selamat bersahur dan berpuasa pada semua, kuih yg sempat dibuat pada hari sabtu, menu laukpauk x snap sb lauk simple2 je.  pau sambal ni. terlebih bulatlah pulak so agak tebal he hee org puasa yg longlai nak masak he hee rupanya tak lawa. resepi pau sambal ni dah lama simpan dari majalah Wanita July 1995.  Masakan oleh Asiah Hashim .Lama sudah kan. Sb dulu memang suka kumpul resepi nampak  je kat mana2 kita gunting dan simpan jadikan koleksi masakan he hee hobby zaman ank dara dulu . Fail2 resepi ni masih disimpan elok tau, dulu2 kan takda intenet nak google, lainla skrg nak resepi google je macam2 keluar he hee pau sambal bahan-bahannya 300 gm...

semperit @biskut dahlia

 assalamualaikum selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah.  awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu SEMPERIT sumber kak zu 200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan 3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 s...

kek karot cheese

  assalamualaikum Selamat bersahur, berbuka puasa dan berterawih. masuk hari ke3 kita berada dalam bulan Ramadhan Belum ada kesempatan nak wat enrty menu2 berbuka mc org lain sb dua hari berturut menu from Bazar.  Semalam pun ank2 berbuka dgn burger mcd, mama pula layan kuih pelita je. kena tunggu sabtu ahad baru blh turun dapur . Skrg memang tak sempat la kol 6.30 sempat masak lauk simple2 je kek karot ni sempat godek2 hari isnin sblm start puasa lg  dah lama berangan nak buat, itupun parut karot hari sabtu lg pastu simpan he hee sebaik la masih elok.  Akhirnya siap jg. Resepi cp dari blog en Mat Gebu tu.  TQ en Mat kek karot cheese BAHAN-BAHANNYA :-) 1 cawan tepung gandum * 1 camca teh baking powder * 1/2 camca teh soda bicarbonate * 1/2 camca teh garam halus * 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis * ( *disatukan dan diayak ) 2 biji telur gred "A" 3 4 cawan minyak jagung 3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (r...

ayam goreng sedap

assalamualaikum Selamat berpuasa semua  masuk hari kedua kita berpuasa kan apa menu semalam? he hee macam2 ada agak sedih awal puasa tanpa en asben uwaaaaa...kalu tahun sudah tanpa asben sb sambut awal puasa kat kg tp thn ni lak sb asben ke Sabah . Biasa firstday puasa kat kg dgn makayah memang best, sahur sama2. Nak berbuka pun masak2 mcm2 menu. Kat sini hari kerja berbuka kena beli apa yg patut. Semalam  sempat beli samosa, satay dan nasi ayam je utk kakak dan si abang tu. Itupun bersesak2 kat pasar ramadhan. tumpang keta kak lina, lewat dah 6.40 so sambar mana yg ada.  lambat ke bazar  sb masih tinggal 3 beradik makayahnya blm ambil, tak faham betul dgn para ibubapa ni dah sms, cakap mulut taska tutup kol 6 ptg tp 6 lebih tak sampai2 lg. tak faham bahasa agaknya ....org yg kerja taska ni pun nak berbuka puasa gak hu huu sabar je lah, inilah dugaan bulan puasa bg kami. ok redakan bebelan dgn cerita ayam goreng lak k, ayam goreng mem...

Selamat berpuasa

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah Bila salah & Khilaf telah terjadi Maka Mohon Maaf zahir & Batin atas kesalahan “Marhaban Ya Ramadhan” Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Semoga kita selalu diberkahi dibulan ya ng penuh mahrifah  ini

nasi ayam

  assalamualaikum  Salam Sejahtera buat semua yg sudi kunjung kesini. Alhamdulillah syukur kerana masih ada kesempatan. Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, kan anak2 kecil pun sibuk bercerita pasal puasa ni he hee  bersemangat . Puasa tu apa ada jg yg bertanya, ,,,,ada yg jg yg bagitau puasa tu kita tak boleh makan. Mcm2 info pulak. anak2 yg celoteh, menghiburkan nasi ayam yg tak seberapa ni pulak ye. Dah jadi kesukaan anak2 dara kita., nak lg si kakak ni. Seminggu sekali kena buat sbnya seminggu sekali jg diagn  makan dgn banyaknya. he heee  bila nasi ayam ni memang dia layan habis, berulang-ulang. sampai ke petanglah asyik nasi ayam je. Tq k Azie utk resepi nasi ayam ni ye                              Nasi Ayam Istimewa Oleh:  Azie Kitchen Bahan-bahan ( 6-8 orang ) Untuk rebus 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya 2 ulas bawang putih 2 cm halia yg dik...