Skip to main content

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH & kek chiffon coklat

 assalamualaikum....salam Maal Hijrah buat semua
blm terlewat lagi kan, kedatangan Muharam yg pastinya membawa sinar baru buat kita semua. Semoga setiap dari kita menghayati erti sebenar Maal Hirah kali ini.
Selasa cuti Depavali dan keja semula pastu cuti lagi Awal muharam...cuti sambung2 kan. mesti ramai yg ambik kesempatan ambil cuti kat tgh2 tu kan jadikan cuti panjang seminggu utk CCM bersama keluarga tersayang.


Bila mood rajin datang, maklumlah cuti kan hehh kita bolehlah layan kek pula ye  kek yg lembut gini mestilah kek chiffon kan. Sebelum ni cipon pandan, oren dan yam sudah dicuba...memanglah digemari sb kelembutannya tu. Tp kali ni nak buat cipon coklat, alhamdulillah boleh dikatakan menepati . Sukernya kan...heheeee

 RESEPI KEK CHIFFON COKLAT
sumber: Hana 


Bahan A
  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum - hana gune tpg SRF
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder


Bahan B
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus 

(bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.

  1. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.

  2. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

  3. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan dan dipotong utk hidangan
wokeyy SALAM MAAL HIJRAH DAN JUMPA LG 

Comments

  1. salam ... tak pernah lagi buat cipon ni...sbb takde loyang cipon..hehehe...alasan baik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tokey kek mesti kek yg lg mabeles he he, ni kita guna loyang biasa je

      Delete
  2. rajin nya..kalau berjiran mesti merasa nih..

    ReplyDelete
  3. wow cipon ,cheq punya loyang tinggai loyang hehehehe alasan

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah buat mamasaranur sekeluarga.moga thn baru bawa lebih kesejahteraan dan kebahgiaan.kek chiffon belum cukup rajin nak mencuba, dulu alasan tak da loyang...loyang dah beli tak buat2 juga...

    ReplyDelete
  5. Assalam mamasaranur..Salam Maal Hijrah..
    nampak gebu betul kek tu..rasa teringin pulak nak cuba buat

    ReplyDelete
  6. sedapp nya kak..:)
    selalu nya beli kt kedai ke kalau nk makan..
    nti boleh lah kot nak belajr2 buat sndiri..hehe

    ReplyDelete
  7. salam maal hijrah...semoga kite dpt menjadi muslim yg lebey baik,amin

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah mamanursarah.
    Wahhhh gebunya kek tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...