Skip to main content

kek coklat moist berkaremel

 assalamualaikum
apa khabar semua yg masih sudi intai-intai disini
Sehat...alhamdulillah syukur tp andai tak sehat alhamdulillah jg sbnya kesakitan itu ibarat gugurnya dosa2 @ kesalahan kita sebagai hambaNya..

 wokey masuk terus ke menu yg sempat dicuba baru2 ni ye...actualy dah lama simpan resepi ni org lain dah lama bikin kita baru nk buat...kan kan
masa mula nampak tu sgt2 teringin nak mengodek tp asyik tertunda-tunda hu hu asyik2 kek caremel warna warni tu je duk masuk oven. Minggu ni minggu kek karemel, lepas satu persatu yg berminat. Alhamdulillah..Haaa tapi kan lepas adik2ku order  kek caremel  2 hari lepas adalah 1/2 tin lagi lebihan susu cair...cepat2 masuk dapur sblm bertukar rancangan lg he he akhirnya sambil mengadap lappy terhasil jg akhir kek ini.

 amacam ok tak, meleleh tak air liur tgkk ni hahha suker caremelnya tu emmm yummy sangat
cuma kek coklat tu agak hitam legam kan walaupun dah letak separuh je coklat.
resepinya kita c/p dari blog adik manis Zila4ever, sumber dari kak Sheila. Tq ye kita paste kat sini


KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber 1: Chahaya Sheila
sumber 2;  Zila4ever

(A) Bahan (Gula Karamel) 
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

  1. (C) Bahan Kek Coklat
    • 1 cawan serbuk koko - akak guna 1/2 je
    • 1 cawan susu cair 
    • 3/4 cawan susu pekat manis
    • 3/4 cawan gula 
    • 1 cawan minyak masak *
    • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
    • 3/4 cawan tepung gandum *
    • 1 sudu teh soda bikarbonat *
    • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
    • 4 biji telor - blend hingga halus

    Cara-Cara:-
    1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
    2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
    3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
    4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
    5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
ye memang sedap, makan jg sepotong yang lain tu anak2 habiskan. Sedap kata kakak....boleh buat lagi kalu rajin he he

Comments

  1. Resepi ni mesti cuba(bila agaknya azam berdiet akan bermula!)

    ReplyDelete
  2. bestnyer dia masak kek karemel coklat..
    alamak kalau akak dapat makan sampai habis...
    tu yang tak nak masaktu.. kah! kah! kah ! dasar pemalas...
    tahniah juga untuk saif.. jangan putus asa itu dah hampirtu..
    banyak lagi ujian.. yang penting usaha dan terus berusaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cho, dasyatnya alasan tu he heee
      tq ye, insyaallah..tu la sikit je lg, bhsa melayu penulisan memang kurengg budak2 ni
      sb tu dpt B heeehe

      Delete
  3. resepi lama dh QH simpan...tp lum brani lg nk cuba..takut lapisan karemal tu tu xmjadi aje..hihi...sgt mgoda tgk ke tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. qh sama cam akak lama simpan resepi ni tp akhir try jg sb tak tahan dah he he

      Delete
  4. yang ni sedap bangettt.. waduhh.. terliur sangat ni.. :b

    ReplyDelete
  5. tq k.sheila
    memang sedap bangettt he he terliur tgk k.sheila buat sy pun buat jg akhirnya

    ReplyDelete
  6. aida minta izin copy paste resepi ye masuk dlm pendrive hi hi hi :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...