Wednesday, October 31

onde-onde labu inti kelapa gula merah

 assalamualaikum

Lebatnya hujan petang semalam kan, rasanya lama jg ujan turun membasahi bumi kuala lumpur dan kawasan seangkatannya .
Dalam duk tunggu jam 6 nk balik tu terpandang 2, 3 org budak2 lelaki anak2 sapa entah bermain air hujan di taman berhampiran taska....wah bestnya kan..teringat lak zaman masa kanak2 terutama masa sekolah rendah dulu he he kita dulu memang pantang la hujan lebat gini...laju je berlari main hujan lenjun dgn baju2 he he maklumlah geng pulak budak2 lelaki ..kalu hujan je depa mai panggil wehhh jom  mandi he he opah atau tokki tak marah mama ker? tanya anak2 bila cerita kisah dulu. ala marah jg rasanya tp biasalah kan...he he
tp skrg JANGAN he he dilarang sama sekali ye

 ok stop pasal ujan meh kita citer pasal makan lak he he bila hujan2 ni perut memang lapo je kan...dpt isi perut yg berbunyi-bunyi dgn kuihmuih lglah best + air teh @ nescafe panas. fuhhh lega nyaman rasanyakan he he


sebenarnya dah lama simpan hajat nk buat onde-onde ni, sama je kan onde2 dgn buah melaka kan ataupun kalu kat kg biasa panggil buah mulong. Bezanya yg onde2 ni tepung pulut + keledek .
Nak lain ganti ngn labu pun sodappp he he
tak sedar pun satu persatu duk ngap, kena lak inti kelapa gula merah .
untuk resepi  yg dic/p dari SAPUR MAMASYA


Onde-Onde Labu 


Oleh;Dapurmamasya 



Bahan-Bahan 

2 cwn tepung pulut 
1 cwn labu yg dah dilenyek 
secubit garam 
gula melaka- dipotong kecil -daku tukar ke inti gula merah
kelapa di kukus bersama sedikit garam 



Cara-Cara 
1.Campurkan tpg pulut sedikit demi sedikit dalam bekas berisi labu.Ulikan hingga menjadi doh yg lembut. 
2. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil dan buat lubang ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka. 
3. Didihkan air dan masukkan doh onde-onde. 
4. Apabila timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi. 



ok jemput makan semua ye




Tuesday, October 30

jambu masak kaler merah jambu


assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

asyik citer kisah masak2  je kan sekali sekala kena layan  kisah buah-buahan tempatan la pulak k. Terliur tak tgk ni...

Al kisahnya masa balik kg raya haji baru2 ni..... biasa lah kan. tak sah kalau x intai2 hasil bumi disekeliling rumah ayahbonda ku ini. Dalam duk intai2 tu terpandang sepohon pokok di tepian rumah.he he .alhamdulillah rezeki ku kali ni ternampaklah kelibat buah yg satu ni  Buah apa korang panggil tak taulah tp kita dah biasa kenal namanya jambu keling.
Suka kita akhirnya dapatlah merasa buah yg dalam gambar ni tau.lama jg menanti kemunculannya
..Beberapa tahun sudah kakak no 3 yg tanam sb memang feberet dia ni he he 2,3 kali berbunga tp belum berjaya sampai jadi buah, ni kira baru kali ke2 berjaya jadi buah dgn sempurna. 
Masa firstime dulu ada setankai dua je tp tak dapat rasa sb tak ada di kampung masa tu. Kali ni ada rezeki utk merasa, buahnya ada la sikit tak lebat pun, masa berbunga nampak banyak jg tp kebanyakannya gugur sebelum tiba masanya
apapun sukernya dpt merasa walaupun sikit he he
Susah dah nak jumpa buah ni, anak2 kita pun tak kenal 
tp kita dari dulu memang suker dgn buah jambu keling ni 
rasanya masam2 manis. Anak kampung mcm kami semua buah belasah he he asalkan buah boleh dimakan

Cantikkan jambu ni kalernya tu he he pinky



Tengok gugusan buah tu cantikkk kan

tak pasti nama sebenar dan asal usul buah ni. tp dari dulu kami panggil jambu keling...entah dari mana namanya dtg.
Ingat lg dulu2 selalu duk mintak kait buah ni kat rumah jiran...sb rumah kita tak ada hu hu

Apapun yg pasti buah2 macam ni harus dijaga dan diperkenalkan agar tak terus pupus di telan era masa kini kan.kannn
 ok lah ye jumpa lagi lainkali


Monday, October 29

kek coklat moist Naz

 assalamualaikum

alhamdulillah dpt bersua lg...selepas 4 hari berada di kampung
biasa la kan kalu kat kg tu xtvt penuh padat
macam2 nak buat he he
dah jumpa mak abah  Kakak abang adik serta sil2 macam2 agenda
macam raya puasa jg umah kat kg penuh alhamdulillah semua balik berkumpul kecuali kakak sulong dan anak2nya di Chini Pahang je
kena tunggu cuti panjang baru balik. Walaupun kurang satu tp gamatnya tak kurang pun. Cuma bezanya raya haji kurang meriah utk ziarah menziarahi,byk di rumah masak makan2 sekeluarga.
Masa byk dihabiskan dirumah sb pak pun tak blh jalan2 sgt, jadinya masak makan bersamanya bila ramai2 nampak sikit berselera jg.


Biskut2 raya memang tak ada, yg ada kerepek2 baulu dan kek. Lemang tu adalah tp mak suh org buatkan. yg blik masing2 beli serba sikit. Tengahari biasa nasi putih dan atas permintaan pak pula nak makan laksa , menu utamanya laksa hari tu.
Daku pulak buatkan 2 biji kek, kek coklat dan kek rainbow je.
sb rajin sikit buat la desert agar2 pandan dan apam pokadot.

kek coklat memang jadi kesukaan ramai kan, anak2 pun sama, kalu balik kg lagilah ramai yg duk nanti. Laku sgt. 
kali ni teringin nak mencuba resepi yg lain dan kek coklat moist  Naz ni  jadi pilihan...tak rugi sungguh rupanya kek ni sgt moist yg ni.
suker dgn rasanya TQ ye Naz http://ovenkecil.blogspot.com
tumpang c/p disini pula ye


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
  • cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan 

  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan









Wednesday, October 24

kek pelangi berkrim

ASSALAMUALAIKUM SEMUAAAAAAAAA

Ada yg tengah packing beg nak balik kampung ker? he he
ada jg  yg tak sabar ni kan, tp yg tak balik jangan sedey-sedey ye

kita nak balik kampung hari khamis nanti,uwaaaaa tu pun petang sb masih keja separuh hari tau. Tp get ready semua barang2 siap2 blk umah terus gerak kot he he. Harap2 jalan ok nanti


 sebelum balik beraya inilah entry akhir kita nak pamerkan kek pelangi @ rainbow cake bahasa omputihnya he he
kek berkrim ni terhasil  sb ada 6 biji putih telur  tertinggal. kuning telurnya dah jadi krim kastad utk tart fruit.
jangan membazir kan...seb baik la ada org yg sgt2 genius mereka cipta kek pelangi ni tanpa menggunakan kuning telur kan
sangat2 berterima kasih banyak2lah ,
ok tak kek ni...cantik tak?? he he

nak rasa bolehhh bolehhh masih banyak tu, baru makan sepotong dua je.... dptlah kot bawa balik kg Khamis ni kasi adinda tersayang kat sanun tu. Adinda bungsu kita yg sukerrr sgt kek berkrim ni.


Krimnya kaler kuning terang dan x terang, walaupun awal2 nak letak pink kaler he he biasalah tangan tak berseni jadinya kurang sempurna
tak mcm org lain 

dulu dah letak resepi ye  utk lebih terperinci blh terjah  di blog tokey kek http://juicycafe.blogspot.com/2011/04/kiwi-rainbow-cake.html 
TQ Juicycafe

Sebelum berundur nak ucapkan
 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA HAJI @ Hari Raya Korban buat semua umat islam

Hayatilah erti sebenar PENGORBANAN

SEMOGA SELAMAT SEMUANYA YE

Tuesday, October 23

evening primrose oil


Baru-baru ke farmasi utk cari vitamin anak2, kebetulan  farmasi masa tu tgh adakan jualan potongan diskaun utk kebanyakan barang-barangnya.
walaupun 20% je tau , paling tertarik EPO keluaran seven seas ni.
stok utk beberapa bulan harga asalnya RM109 

 yg bestnya bila peknya senang utk dibawa kemana-mana. Selalunya duk beli  dlm botol menyebabkan kadang2 terlupa nak ambik lg satu tu malas nk bawa terutama balik kg atau ke kemana-mana kan. Bila dlm pek gini senang sikit ringan dan letak je dlm handbeg sekeping. Tak terlupa dah nak makan pagi2 tu



Teringat Masa buat practical di salun dulu (10 tahun sudah), Kak Zee owner salun tu yg bagitau satu rahsia kecantikkannya....walaupun umurnya 60 an tp tp nampak sgt2 muda kulitnya pun  licin bukan itu saja yg paling penting jarang sekali dia jatuh sakit seperti demam ke selsema atau sakit2 lain
inilah yg diamalkannya dari umur 20an sampai sekarang.
Bukan main tak suka lg dia bila staff2 nya asyik demam + selsema ni

Rupa-rupanya he he tp kan biasa le kan.. kalau

 suplement @.vitamin ni


 kadang2 ambik2 kadang2 tidak walaupun tahu 

akan kebaikkannya he he biasanya terabai dek 

kebuzyan kerja harian. Masa anak kecik2 lagilah 

asyik terlupa je. Lama jg tinggalkan makan apa2 

suplement sampai expired vitamin c tu he he

belinya rajin makannya idak sampai pernah diperli 

en.suami ha ha


 apa yg tahu jg EPO sesetengah jenama boleh 

menaikkan berat badan tau

mungkin menambahkan selera, itu yg tak mau tp 

seven seas ni tidak ye 


ok disini ada info tentang kebaikkannya

KEBAIKKAN EPO 
http://mforum.cari.com.my/fo

untuk REMAJA

- Menyelaraskan haid tidak tetap.
- Melegakan sindrom PMS (iritasi, ketegangan payudara, perut kembung, senggugut, pembendungan air).
- Mengekalkan kesihatan kulit.


utk WANITA MATANG

- Melegakan ekzema dan tumit merekah.
- Melegakan kulit kepala yg gatal

utk WANITA YG TELAH PUTUS HAID

- Mengurangkan simptomputus haid (panas badan, kemurungan, kekeringan faraj, masalah tidur).
- Mengurangkan kesakitan sendi.
- Memperbaiki kulit kering, garis-garis halus dan kedutan.g gatal.
- Memperbaiki rambut kering dan rosak.
- Menguatkan kuku rapuh dan mengelupas.



 Minyak EPO berkualiti  penting untuk kesihatan dan kecantikkan golongan  wanita


* Membantu mengawalatur kitaran haid

* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, 

kesenakkan dan kekejangan perut

* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan

dan kekeringan faraj

* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit 

yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit

* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala 

yang gatal

* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah


apa lgi ye jom kita amalkan pada sesiapa yg belum...lagi awal lg baik kan

TERIMA KASIH

Monday, October 22

bingka labu versi kecik



Hadis Rasulullah s.a.w
"Berusahalah menyembunyikan sedekahmu daripada pengetahuan manusia, kerana sesungguhnya sedekah yg tersembunyi itu blh memadamkan kemarahan Allah"

ASSALAMUALAIKUM



Bingka labu, lama jg tak buat kuih jenis bakar ni tetiba rasa teringin pula ada masa ni bolehlah buat utk makan sarapan
sarapan mak ayah je..
kali ni tertarik tgk  Mamasya buat kecik2 comel, kita ikutlah he he sblm ni biasa buat dlm loyang pastu potong.
ok jg mcm ni senang sikit tak payah susah2 nak potong kan

resepi pun ambik kat blog Mamasya http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/kuih-bingka-labu-lemak-manis.html

tq ye mamasya

Saturday, October 20

biskut sarang semut

 assalamualaikum semua

selamat berhari minggu...buat apa agaknya cuti-cuti ni kan, kat rumah, keluar jalan2 atau apa saja...yg penting masa dipenuhi xtvt bermanfaat terutama bersama keluarga tersayang
kita.. kita.kat rumah je hari ni main masak2 la he he
 anak teruna dan anak dara kita tak ada ikut mak sedara @ sil ke Sepang sunyi sikit rumah sb
tinggal si anak dara kecik ni je
melayan cerita kartun dia la tp dia jg yg  temankan mama kat dapur. Dah janji nak buat mcm2 kenalah kotakan...tgk je nanti

lagi seminggu nak raya aidiladha keluarlah n3 ni he he 
biasanya raya haji tak buat biskut2 pun, kek2 je adalah
kat kg nanti masak makanan2 berat cam laksa ke nasi tomato
tak taulah mak larat wat lemang atau tak, memandangkan raya hari jumaat nk balik pula petang khamis manalah sempat nk tolong mak ni. kalu ketupat daun palas mungkinlah bolehkan malam2 tu buat 


 masa raya puasa lpas tak sempat nk publishkan biskut ni
ada rupa sarang semut ke??? he he
rasa biskut ni ala-ala semperit jg kan


BISKUT SARANG SEMUT
Oleh: Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi oleh: Bondaku 

Bahan-bahan :

  • 6 auns(oz)/ 170 gm butter
  • 4 auns(zo)/ 120 gm gula
  • 1/2 tsp vanilla asen
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 6 auns(oz)/ 170 gm tepung gandum
  • 4 auns(oz)/ 120 gm tepung kastad
  • Coklat rice secukupnya sebagai hiasan


Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan asen vanilla dan baking powder. Pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul dan uli hingga sebati.
  4. Sagat adunan ke dalam mangkuk besar. Buat hingga habis semua adunan disagat.
  5. Sudukan adunan yang telah disagat ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat rice di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Thursday, October 18

cupcake coklat 50 sen


 ASSALAMUALAIKUM

Esok jumaat dah kan, pastu sabtu dan ahad......
yehoooo cuti lagi 

Alhamdulillah tak lama lg
 akan tiba 10 zulhijjah. Hari yg dinanti oleh semua muslimin muslimat. Kita akan menyambut hari raya aidiladha @ hari raya korban. Ada yg balik kampung utkbuat korban??
kami insyaallah macam biasa le akan balik he he lgpun thn ni mak ada masuk jg korban 1 bahagian so wat makan2 sikit dirumah
kata mak nak makan rebus2 cicah je daging nanti



ok masuk ke cerita tajuk diatas ye...cupcake 50 sen ,   partime tiapminggu. customernya budak2 sekolah yg transit kat taska ni
suka suka je. selagi disukai 

dah biasa dgn resepi cupcake ni dan budak2 pun suka dgn rasanya . memang moist tak payah nak letak topping2 lg cuma letakkan coklat rice warna warni utk bg seri
resepi ni c/p dari myresepi masa tu blm reti berblog, tak tertulis pula namanya. Harap maaf ye andai ada sesiapa yg empunya resepi ini terbaca. tumpang share disini


cupcake coklat

telur 2 biji
gula 1 cawan
*tepung gandum 2 cawan
*serbuk koko 1 cawan
minyak jagung 1 cawan
susu pekat manis 1 cawan
esen vanila
*soda bikabonat 1 st
1 cawan air panas didih

cara-caranya

mixer telur dan gula hingga kembang
masukkan minyak dan susu
ayak bahan-bahan *tepung + soda + koko 
kemudian digaul sebati
akhirkan masukkan air panas
 danmasukkan dlm cup
bakar dalam 15 minit 170c



TERIMA KASIH

kek butter anak dara

assalamualaikum 

alhamdulillah bertemu lagi....dan diharapkan semoga semuanya sehat2 belaka ye walaupun hari ni cuaca agak mendung
beberapa hari ni memang cuaca mendung dan ujan kan

kek butter anak dara, he he kelakau tak tajuknya

inilah anak dara kita , kakak tisha yg beriya-iya bebenor nak membaking kek
nah ambik kau puashati dia bila mama benarkan.
kalu dah pompuan tu pompuan jugaklah kan he he
tp masih dlm pengawasan. kakak sukat timbang pecahkan telur dan mixer sendiri, baru tau dia susah gak yek...berat sb pegang sendiri

 testing testing...tengah merasa kek ok ke idak he he ok pas kata adik...panas2 memanglah sedap kan
resepinya timbang sb nak ajar dia sukatan yg tepat 
mula-mula kena ajar dia basic kek yg simple la kan.

planta, gula sama byk cuma sb kesihatan kena kurangkan gula
so planta 150gram + gula halus 100gm je, telur 3 biji dan tepung berserbuk penaik 150 gram, jgn lupa esen vanila karang bau telur, sapa pulak nak makan kek he he dan pastu bakar dlm 1/2 jam 170c

inilah hasilnya...jeng jeng he he alhamdulillah elok lembut gebus
lebih elok dari mama he he sbnya masa pukul kembang betul2 kot
biasa la kan percubaan yg diawasi nanti try sendiri lak ye kakak

Tuesday, October 16

kuih cara manis

Assalamualaikum semua...salam 1 Malaysia

kuih feberet kita waktu sarapan pagi 
sedapppp sgt lembut je tp time panas2 kena berhati-hati sikit karang melecur dek cairan gulanya tu

selalu jg membikin ini cuma kali ni terajin nak posting he he kebetulan masa bw bekal ke taska ..kamera pun terbawa sekali ..ecehh eceh terbawa konon ekk
dah cuba beberapa resepi dan kebanyakkannya memang besttlah..tp kadang2 tu nk cepat ni pakai buh je lah agak2 mcm kata mak, yg penting adunan  tu pastikan tak pekat dan tak cair sgt

tp kali ni kita try resepi /resepiraidah.blogspot.com
 ikut sukatan yg betul

alhamdulillah menjadi 
tqq ye

CARA MANIS


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Siap untuk dihidang

Monday, October 15

kek asam manis bakar


SALAM sejahtera semua..

sejuknye hari ni kan bila KL hujan dari awal pagi, bangun jam 6 dengar deruan hujan yg lebat jg ....sedap sungguh dibuai lena  sampaikan susah jg nak bangun pagi td. Kalu hari cuti mahu jam 10  bangun kan kan he he
pakat berpayung anak2 ke sekolah , 
kena jg ke sekolah sb hari ni si abg Is kena pulangkan buku2 teks, sian tu byk buku nk dibawa. kakak pula exam akhir tahun bermula hari ni.

tanpa banyak cerita inilah kek asam manis versi bakar yg sempat dibuat pada malam sabtu lepas. Seblm ni versi kukus sudah dicuba.
versi bakar ni kurang sikit rasanya, maklumlah baru
percubaan. bab melapis tu memang la fail he he kena tunggu satu persatu aduyaiii rasanya lamanya masa..surender dibuatnya.

resepi  diambil dari blog dayangjack.blogspot.com , terima kasih diatas perkongsian resepinya.insyaallah ada masa nanti nk salin kat sini , skrg tak terdaya sb dgn notebook ni leceh sikit.

apa-apa blh tgk blog tuan empunya ye. memang sedap kek ni masam manis. tak muak makan.


terima kasih yg sudi kunjung kesini....sayang semua

Saturday, October 13

kuew teau kungfu di Madam Lim


Salam di hari minggu
sapa suka kuew teau kungfu ni leh datang makan2 di Restoren Madam Lim
Rasanya setakat ni  disinilah paling best
Restoren ni ada di Eon Jusco Setiawangsa



kita makan berdua je tau hu hu dgn anak dara sorang ni
layan perasaan...

Friday, October 12

kari telur ayam

assalamualaikum

salam sejahtera semua

Masakan istimewa yg simple dan mudah,  kari telur kegemaran en suami tercinta. Masakan pertama jg masa mula2 kawen dulu  he he Masa tu belum tahu pun telur ni feberet dia tak kira dgn cara apapun dimasak memang akan laju je dimakan dan pastinya licin.  
Kari telur  jg mengingatkan pd  masakan  arwah toklong (mak saudara ayahku) yg tinggal  sebelah rumah, masa br kawen lauk ni lah di jamu pd kami waktu  makan tengahari  sebelum ktorg blk KL , memang sedap airtangan arwah toklong masak wlaupun nampak simple. Sesimple orgnya jg.
Dah 6 tahun Arwah pergi, Al FATIHAH, dan memang byk kenangan bersamanya dari zaman kanak2 sampailah arwah pergi..hubungan kami rapat kerana arwah memang tak ada zuriat semua anak2nya pergi mengadap ilahi sewaktu masih bayi kalu tak salah ada 7 anaknya , arwah suaminya jg rapat tp lebih awal ke rahmatulllah masa tu darjah 5.
dan tiapkali blk kg pandang rumahnya yg kosong tu bagaikan nampak je kelibat arwah tersenyum di beranda...menjemput naik minum teh dan biskut kering. Itulah sifat arwah yg sgt2 senangi.


itulah tiapkali nak masak kari telur ni mesti terkenangkan ,
kari telur ni gandingan bestnya mesti sayur berkicap, bgkulah he he kalu takde sayur pun kicap tu mesti dicurahkan , baru best dan satu lg ada ikan sepat masin atau ikan kedera masin wah memang selera.
Tp en suami pula kari telur pula suka kalu ada sambal ikan bilis atau udang. memang bertambahlah nasinya.

  • KARI TELUR
  • bahan-bahannya
  •   seulas bawang putih, ketuk/belah kasar
  • sebiji bawang besar-dihiris halus
  • sedikit daun kari, di lurut
  • 2 camca besar rempah daging
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit minyak masak
  • 4 biji telur 
  • garam dan bahan perasa
  • Asam keping

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkkan bawang  tumis hingga naik bau, kacau sedikit 
  2. Masukkan rempah kari, dan cili kisar kacau hingga wangi. (Rempah cepat hangus, kacau rata dengan cepat) Masukkan air 
  3.  masukkan santan
  4. biar mendidih baru masukkan telur sebiji demi sebiji, dan biar mendidih, jgn dikacau hingga telur masak  supaya telur tidak berkecai kelak
  5.  Bubuh garam sesedap rasa.



Senang kan tp ikut citaras jg , ada yg suka karinya lebih atau manis blh ejas sendiri.

Wednesday, October 10

ikan tengas masak lemak buah kantan

assalamualaikum

Masak lemak feberet si Adik Sarah sekarang ni, makan nasi je tanya masak lemak ke mama he he issshhh anak dara sorang ni. Nak masak lemak cam opah masak siap bgtau kita tu.
Tiapkali blk kg memang opah masak lemak khas utk Adik ni, memang bertambah nasinya nk pula mkn ramai2 duduk bersila he he opah tokki pun sama selera, tu yg best.

inilah rupa buah kantan, ada yg tak kenal..kalau .bunga kantan tu mestilah tahu kan bhn wajib wat laksa. baunya aduyai sedappp. Buah kantan ni masam dan berbiji-biji. Tp bila masak lemak  sedap pula.
kat rumah arwah tok ni berpaya mungkin tu sb tumbuh subur, kelilng rumah je. Nak lg skrg takde org yg duk kutip memang terbiar je, bunganmya, buahnya memang byklah.
 
bunganya pun selain wat laksa mak jg wat masak lemak takpun hiris halus2 wat ulam @kerabu.
macam nasi kerabu bila digaul dgn nasiputih.
ikan tengas ni ikan sungai ye,ikan yg banyak tulang. kalau digoreng garing2 ranggup lg sedap. Memang byk dijual kat kg sekilo 5 hinggit kalu pasar pagi.  my mak memang suka wat masak lemak, kuahnya tu yg laku sb budak2 makan kuah ikan ni org dewasa je reti. budak2 suka ikan goreng kan,ikan temenung atau ikan sardin.
kalau tak letak buah kantan letak timun kuning atau belimbing pun sedap jgak. Yg penting masak lemak tak pedas, letak jg cili cuma sikit sgt. Yela kan kalu pedas tak dpt adik ni makan.

Gandingannya mestilah ulaman dan sambal tempoyak. Biasanya kalu makan tengahari kat kg ni x sah kalu mak tak kutip ulam-ulam ni pucuk ubi, daun salam, jantung pisang pucuk kaduk ntah apa2 lg pucuk semua belasah he he dan bakar ikan keli sekali. isi ikankeli tu wat pencicah lah . ikan kering goreng jg mesti ada.

resepi masak lemak mak ni cam biasa je mcm masak lain2 jg. tumbuk bawang, serai kunyit dan cili padi
kemudian masak dgn santan , garam secukup rasa dan jgn sekali sampai pecah minyak, tu yg kena jaga2 sentiasa tgk api pun sederhana. kalu dah pecah minyak tak sedapkan.

ok ye sampai disini coretan cerita nya.

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...