Friday, August 31

selamat menyambut HARI KEMERDEKAANke 55



Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 55 thn...semoga keamanan dan kemerdekaan in menjadi milik MALAYSIA untuk selama-lamanya. Amin

SAYA SANGAT BERBANGGA KERANA MENJADI RAKYAT MALAYSIA
I LUVVVVVVVVVV MALAYSIA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA 

Tuesday, August 28

raya tahun 2012

assalamualaikum.

salam aidilfitri buat semua....masih beraya lg kan. masih di bulan syawal...  org2 bandar time ni la nk beraya dgn kawan2 jiran2selepas beraya di kg halaman. Seronok beraya? biasanya ank2 yg seronokkk mcm masa kita kanak2 duluuuu. pakai baju baru dan dpt duit raya, jln2 pusing satu kg pun tak kisah. Seronoknya bila kenang dikala zaman itu. cuma skrg tgk ank2 byk dpn tv layan cerita. bukan apa nk biarkan ank2 jaln sendiri risau kan sb skrg mcm2 hall.. tp thn ni raya kat kg  kurang satu family je kakak sulong dan anak2nya beraya di Pekan pahang x blk kalu tidak tak muat penuhh umah tokki opah.
bayangkanlah 6 keluarga, 2 masih single, cucu seramai 23 orang  4 cucu masing2 dah berkeluarga dan cicit pulak dah 6 orang. memang riuh kalau semua ada.

bergambar pun x cukup semuanya ni abang kakak ipar anak beranak, adik dan isterinya tak dada masa ni, masing2 ada yg kat dapur blm bersiap dan ada yg dah keluar entah mana he he nak tunggu karang hilang mood mak pak nak bergambar pulak so snap je yg mana ada je la kan

sempat bergambar dgn mak dan pak. alhamdulillah syukur sgt2 dpt beraya di kg. tahun ni pak tak pakai baju melayu pun hu hu walaupun adik ada beli sepasang. Memang kurang ceria sikit tp lepas suruh bergambar baru pak tukar baju cantik ni. Mood raya tak ada memandangkan kesihatan yg tak memuaskan. pak x dpt berpuasa maybe sb tu mood raya tak ada.kalu tahun2 sudah pagi2 raya pak awal2 dah kena ke masjid untuk uruskan apa yg patut baru kami anak beranak ikut ke sana utk solat aidilfitri tp thn ni pertama kali pak x dpt solat hari raya memang rasa lain sgt. kalu solat pak kena duduk kat kerusi sb kakinya tak dpt dibengkokkan.  ni kira oklah sb pak nampak bertambah sihat berbanding masa di bulan puasa. Tak dptlah nk beraya ke rumah sedara mara pak kat Kuala Kangsar dan kat Lenggung.
ni adikku yg keja kat Penang ngan 2 anaknya tema coklat, 2 budak baju hitam tu anak abang tema campur2 he he mamanya cheff sibuk kat dapur je.

yg bergambar kakak kat Taiping bersama anak teruna dan 2 anak daranya. baju merah 3 anak bujang kakak no 2.

 tokki kalah dgn pujukan cucunya utk bergambar tahun ni he he

OK SELAMAT BERHARI RAYA BUAT SEMUA....AMPUN MAAF ANDAI ADA KEKHILAFAN

Wednesday, August 15

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI buat semua

Assalamualaikum

Ramadan bakal meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi dan pastinya Syawal akan tiba, Hari kemenangan untuk semua umat islam yg telah menunaikan rukun islam  BERPUASA.

Dikesempatan ini daku mengucapkan SELAMAT BERHARI RAYA buat semua TEMAN-TEMAN
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ....mohon maaf  andai ada salah dan silap sepanjang mengenali di alam maya ini.
Pada yg akan pulang ke kampung halaman masing2 utk bersama ibubapa sanak saudara sahabat handai
di ucapkan selamat pulang dan pastinya kepulangan yg dinanti diharap sampai destinasi dgn selamat.

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.
PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT.




Insyaallah kami sekeluarga jg akan pulang beraya pada hari sabtu ini ke kampung di Bt Kurau Perak
Jemputlah singgah ye.

Tuesday, August 14

coklat chips famous amos

assalamualaikum

Salam 25 ramadan,yg kian menghampiri Syawal. zap zup zas masa berlalu...bestnkan.ya kalu dah ready semuanya. hari ni badan pun suam2dah suara dah serak2, bahang panas kat luar buat tekak sangat2 perit. tu blm lg keluar jln2 cam org lain, shoping moping kat jln TAR ke..hu hu
tak terdaya rasanya w/pun hati ni memang la teringin nk tengok2..

pasal biskut2 je lega dah siapkan beberapa jenis, jadilah kan. yg mudah simple dan kesukaan ank2. Cam coklat chips ni kali 3 buat pun pertama awal2 habis kedua ada je seblng lg jd kena buat lg utk stok raya he he memang sedap kata si abg dan kakak. emmm sahur pun dingapnya bila takda selera dgn benda lain.
memanng best rangup dan baunya menusuk dari luar. Last part ni si abang yg buat barulah dia tahu penat jg buat biskut he he
mula2 tengok di blog kak Asma disini sangat2 teringin nak mencubanya memandangkan budak2 ni memang suka beli kalau ke Wangsa Walk tu. Kan baik buat sendiri lebih banyak hasilnya.
 disini utk rujikan sendiri dan sesiapa yg nk mencuba ye


BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste :kak Asma, KAK Q n KAK DIANA  

Bahan di ayak:

  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan2 lain
  • 250 gm mentega(guna buttercup aje)mama guna csc
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  •  Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )


Cara2
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT BERPUASA





Sunday, August 12

tart nenas bunga resepi kak Anymz

 assalamualaikum semua

tinggal beberapa je lg kan, makin la sibuk mak2 kakak2 buat persiapan terakhir. Yg paling penting keperluan anak2, dan alhamdulillah baju2 tahun  ni beli siap je. Tak sempat nk tempah biasa baju kurung tempah kat kakak kat kg tp tahun ni kakak x sempat nk ambik banyak2. Daripada tak ada kan, beli siap lgpun byk pilihan biasa anak2 la bila perayaan ni beriya-iya nak itu ini. Semalam ambik kesempatan ke JJ dekat umah tuk  cari kasut si kakak dan abang,. tinggal adik je blm.
2hari cuti pun x sempat sebenarnya masih terkejar2 masa dgn nk buat biskut raya lg...alhamdulillah dpt jg siapkan 3 jenis utk kampung, untuk rumah lagi, yg awal2 dah habis kena makan he he
 tart nenas memang jadi kesukaan ramai kan,di rumah pun gitulah rasanya biskut paling awal habisss
semalam buat 2 adunan dptlah 2 bekas. lega sikit dah siap tu
cuma kali ni wat btk bunga sb malas nk sapu telur kuning he he lgpun yg gini dpt si kakak tolong terapkan cepat sikit keja mama.

resepi tart ni adalah dari kak Anymz, memang sedap menepati citarasaku. suka dgn bau minyak sapi ni buat bertambah sedap. tq ye kak sb share resepi yg sedap. bukan senang sb dulu penah gak tanya dgn kawan yg buat tart utk jual tp tak kasi resepi dgn mcm2 alasan, faham2 je kan maknanya ...

resepi di sini ye tat-nenas-gebu. TQ k.Anymz

bahan utama


4 oz butter- 115 gram 


4oz minyak sapi- 115 gram

1 biji telur gred B 


1 lb tepung gandum-450 gram

sedikit garam 


air sejuk


cara

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,

Masukkan butter dan minyak sapi

Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan 

menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.

Guna acuan seperti gambar di bawah.

Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian 

anda.

Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.

Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


                                                  SELAMAT BERPUASA

Saturday, August 11

cornflake ranggup yg simple tp sedapp


assalamualaikum

minggu terakhir kita berpuasa sebelum masing2 pulang ke destinasi.10 malam terakhir yg memang ditunggu oleh setiap muslimin muslimat. Inilah peluang yg tidak harus kita abaikan...
 Memang tgh berkobar-kobar semangat tp semalam tgh wat biskut cornflake ni telepon berdering  satu lg perkhabaran yg membuatkan hati gundah kembali, ye dgn kesihatan ayahanda yg puasa kali ni memang kelamkabut, tiba2 semalam mak kat kg pula kena admit kat hospital sb kena sengat dek lipan...aduhhhh kesian kat mak dahlah puasa makan tak menentu ni. Ya Allah ....beratnya dugaan kami kali ini. Selama ni mak yg kesana kemari buat segalanya bila kami anak2 dikejauhan tp bila jadi macam ni macamna dgn pak pula....rasa nak terbang je balikkk. Syukur sb ada insan yg baik hati macam cikgu Yusof yg tolong bw mak g klinik kalu tidak entahlah..kami nk terus balik kurang2 pun 4 jam hu hu

 memang tak sabar nak balik kampung , buka sb tak sabar nk beraya tp tak sabar nk tgk keadaan mak dan ayah...macamna nak wat lemang ni kalu mak sakit kaki hu hu Alhamdulillah lega bila td telepon cakap dgn mak, dah ok cuma bengkak sikit bekas kena sengat tu. Lega jg bila adik perempuan bungsuku nak blk awal seminggu utk tengok2 keadaan disana...tq dik sb sedia berkorban...kalaulah akak ni sorang2 takda anak suami dah tentu akak balik tinggal dgn mak ayah dikk

tahun ni memang buat biskut yg senang mudah dan simple bahan2nya, tak remeh banyak2 bahan. Lgpun malas nk fikir2, mana yg dan je lah asalkan ada utk raya nanti. Kat kg ada la tu sapa2 yg balik mesti la bawak serba sikit kan.macam cornflake ni sb sblm puasa dah beli 3 pek @3 kg cornflake kat bagus. Jadinya cari resepi yg berasakan cornflake je lah..lgpun anak2 suker kan.
resepi dari kak yatie ni memang sedap.
Asalkan ada dari ta ada kan.
boleh intai disini utk resepi.http://yatiememories.blogspot.com/2011/08/biskut-cornflakes-rangup-2.html

tq k.yatie share resepi yg sedap ni

cornflake ranggup

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.
SELAMAT BERPUASA

Friday, August 10

semperit...yg wajib ada

 assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yg mulia ini...alhamdulillah syukur diatas segalanya
semoga ibadah puasa kita kali ini lebih sempurna... 


alhamdulillah ada kesempatan ni bolehlah turun ke dapur buat sedikit persediaan kan...walau sesibuk macamanapun kadangkala teringin nak membuat biskut2 raya sendiri . teringat masa zaman2 sklah rendah dulu mesti berlawan dgn kawan2 mak siapa yg dah buat kuih raya, berapa jenis dah...suker sgt masa tu. Biasanya dulu kuih2 tradisional macam baulu, kuih bakar ( bangkit), dan agar2 kering, dan paling feberet kuih putu kacang...semuanya buat bersama-sama dgn arwah tok, toklong. mak tukang bancuh kita tolong2 je...semperit bunga, maamur, buat dgn kakak2 pula
tiap tahun mesti ada biskut satu ni, tak sah kalu tak ada...anak2 pun suka dah. resepi semperit ni macam2 versi kan kalu goggle macam2 keluar ada yg letak tepung gandum lebih dan ada yg letak tepung kastad utk nampak kuning.
boleh je cuba yg mana berkenan. kalu ikut SIL semperitnya lebih tepung gandum dan lebih ranggup tp mama lebih suka semperit tepung jagung ni sb lebih gebu cuma lecehnya senang berderai.
sempat jg kenen resepi turun temurun kakak sulongku yg mana belajar dulu2 masa zaman dia anak dara. cuma bezanya dia sukat guna gelas tp boleh je kan guna cawan..

SEMPERIT

BAHAN-BAHAN
oleh mamasaranur

1  1cawan mentega -lebih sedap guna planta dlm tin
3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum,
2 cawan tepung jagung-dlm tin
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil esen vanilla
2 kuning telor
ceri merah ~ hiasan

CARA CARANYA

adun sebati mentega , gula icing dan telur kuning kemudian  bolehlah
Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~  kalu agak lembik tambah tepung jagung sikit2 takkala nak menekan tu ye
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.

SELAMAT BERPUASA

Thursday, August 9

tak cantik tp sedappp cream puff pertamaku

 assalamualaikum

salam sejahtera semua....alhamdulillah tertunai sudah hasrat nak buat cream puff ni..walaupun tak puashati sgt dgn keaadaan bentuknya tu he he tak macam org lain kan. apapun rasanya memang sedapp
habisl licinlahh,mama cuma sempat rasa 2 ketul je,  buat kecik2 utk sekali ngap dlm mulut.
 insyaallah lepas ni akan buat lg supaya btknya lg cantikkk maybe sb guna acuan tekan salah ..tak sesuai yg ni.

resepi byk jg duk intai2 tp pilih yg nampak senang ..hasilnya pun cukup2 je
asalkan tak berlebihan ye tak. kebetulan anak2 sedara berbuka di rumah , jadinya memang habis lah.


sy cp disini resepinya ye


Cream Puff 


Sumber ; Zaliana@Myr 
oleh; Dapurmamasya 

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )- dpt dlm 38 biji 
125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
100 gm butter 
250 ml air 
1/2 sudu teh gula 
3 biji telur 

Cara-cara 
Cara-cara untuk puff 
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk, nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan. 
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer 
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang 
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 30 min; 180'C api atas bawah 
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung 


Custard cream 
Sumber; Honey @ Myr 
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml ) 

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200cc(1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

Cara-cara 

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. 
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. 
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau. 
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning. 

Nota dapurmamasya 
Buat 2 adunan inti cream custard utk 1 adunan puff . Kacau atas dapur dg api sederhana perlahan hingga pekat. masukkan mentega dan tutup api,kacau. sejukkan cream custad sampai keras sikit.nak mudah isi inti, masukkan dlm piping bag/plastik kecil gunting bucunya.pipingkan inti dlm cream puff.kalau suka taburkan gula icing semasa menghidang... 


selamat menjamu selera SELAMAT BERPUASA

Wednesday, August 8

agar-agar kacang hijau pandan dan cucur kacang

 assalamualaikum

alhamdulillah sedar tak sedar kan, tinggal hanya 2 minggu lg kita berpuasa..
anak2 lain la asyik mengira hari bila nak raya, tp kita mama ni pula bagaikan tak terkejar hari. Rasa cepat sgt..Bila ke shopping compleks asyik bekumandang lagu raya je.... Kan best cam dulu2 lagi seminggu nak raya tu baru la dengar lagu 2 raya ni. Rasa sayu je... Sekarang hari pertama puasa pun dah pasang.
 okey sambung pasal menu hari ahad lepas, anak2 sedara dtg berbuka kat umah dan masing2 bawa makanan emmm penuhlah meja, SIL masak nasi pakistan berlaukkan ayamnya. Mama wat desert je he he agar2 kacang hijau , cream puff dan cucur kacang.agak lama x sediakan agar2 di rumah ni sbnya tak berapa ramai peminat, jadi bila ada ramai2 ni bolelah wat kan. Lainlah kalu kat kg wajib ada agar2 terutama agar2 plain merah tu. Sb pak memang suka makan . tp kat rumah ni anak2 menu utamanya mesti ayam. ayam goreng,ayam bakar, ayam percik semuanya ayammmm. 2 hari berturut-turut beli pizza, esoknya burger mcd, ayam kfc aaiiii alamak kalu puasa dua bulan terus pokai mama abah ni kan.

 
untuk sedapkan tekak mama ,  resepi dah ada disini http://saranur74.blogspot.com/2012/01/nyamankan-tekak-agar-agar-kacang-hijau.h

Nak senangkan kerja kan, menu berasaskan kacang hijau je he he Mama wat cucur kacang ni  seblm tu Sara dah ckp nk makan dan trylah beli kat pasar ramadan tu 3 ketul 1.20 sen tp akhirnya masuk tong sampah esoknya sb tertalu keras...rugi je beli.  tu yg fikir bak wat sendiri dpt pun banyak puas makan siap leh hantar kat jiran sebelah beli kacang 2 ringgit je...dpt berketul-ketul sampai x termakan

 cucur kacang @ kuih kacang @ kuih kasturi nama dikenali setengah orang ni memang mudah je just rebus kacang hijau sampai empuk. Kalu nak jimat gas bolehlah rendam dulu kacang tu sejam dua pastu baru direbus. Letak garam sedikit sehinggalah nampak empuk airnya pun kering barulah dicampur gula( ikut manis masing2) dan sedikit tepung, kalu tepung banyak ia akan keras sb tu mama suker yg banyak kacangnya tepung tu hanya utk mudahkan proses membentukknya aje.  kemudian buatkan bancuhan macam nk goreng pisang dan bolehlah goreng garing. Nak sedap campurkan tepung goreng pisang adabi rasanya lebih rangup
siap pun mudahkan..
nak resepi ikut sukatan boleh tgk kat kongsi resepi .com
kuih kacang

alhamdulillah memang puashati dpt makan cucur kacang sendiri.
ok insyaallah nanti bertemu lagi...SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA....SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN MULIA INI DIBERKATI AMINNNN

Monday, August 6

kuih badak berendam

assalamualaikum

Ada yg bercuti hari ni kan sempena cuti peristiwa Hari Nuzul al quran, cuma Kat KL tak cuti, sekolah macam biasa.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.-info dipetik dari wikkipedia
nape ekk banyak nama2 kuih muih kita ada nama binatang,cucur badak, badak berendam, cucur udang, macam2 lg. kita yg dewasa ni faham la tp bila bgtau budak2 digelaknya dan tanya balik asal nama camtu ? he he  macam kat bawah ni ada rupa badak tengah berendam tak...ha ha
tak kisahlah kan namanya janji sedap dimakan..
badak berendam ni salah satu kuih yg pastinya akan ada setiap kali bulan puasa,feberet semua adik beradikku. tak bulan puasa pun boleh tp lazimnya bg kami puasa ni baru rajin nak buat kalu tak malas nak buat. Nak lagi bila ramai2 ada, berbuka bersama2 memang sekejap je licin. tp masa masing masih bersekolah dulu mak selalu buat seloyang besar, dan sampai ke sahur pun makan lg. teringat keseronokan dulu2  la pulak...
badak berendam ni diperbuat dr tepung pulut dan letak inti kelapa gula merah. pastu masak dgn santan campur sedikit tepung tKalau yg berinti ni memang feberet ktorg adik beradik dari dulu2 lagi.
mungkin sb mak selalu buat. nak resepi boleh goggle ye he he sb  resepiku buat  campak2 je tak ikut sukatan. kat blog CK pun ada boleh tengok , sb ada sukatan yg betul. cuma ada sedikit perbezaan je. kuahnya tu lazimnya kalu yg dijual memang cair kan tp kami dah biasa makan kuahnya agak pekat.
jom tengok disini http://cendanakasih.blogspot.com/2011/08/badak-berendam.html

badak berendam
Sumber: my mak
oleh: mamasaranur

bahan-bahannya

tepung pulut
inti kelapa gula merah
santan kelapa- sedikit tepung gandum
garam

mula2 kena buatkan badaknya dulu ye, tepung pulut digaul dgn sedikit air (mcm nak buat buah melaka tu)
masukkan inti dan susun dlm loyang yg telah disapu sedikit minyak.
kemudian dikukus dalm 10-15 minit agak2 dah masak.

sambil tu boleh sediakan santan, tengok pada besar loyang ye, kalu besar banyaklah santannya.
masukkan sedikit garam dan 2, atau 3 sudu besar tepung gandum. jangan terlalu banyak sb nanti ia akan mengeras pulak. kacau sebati dan tapis.
Dituang dlm loyang tadi dan kukus lagi sehingga masak(nampak santan tadi agak pekat.) dalam 10 minit
bolehlh diangat dan sedikit sejuk cedokkan dalam piring atau mangkuk.
siap utk dimakan.

SELAMAT BERPUASA



Friday, August 3

biskut cornflake honey

assalamualaikum

Seronok tengok kebanyakan rakan2 duk tayang gambar biskut raya, cantik2 dan semuanya nampak sedap.
tp kita disini belum apa2 lg he he. Biskut cornfalake honey ni bukan utk raya ye....sebenarnya biskut untuk bersahur he he  nak kata biskut raya ,hari tak raya pun ada sokmo ni.
kegemaran anak2, sampaikan sahur pun makan ni.
suker dgn resepi kak Yatie memories ni. sedap  boleh tengok disini ye..http://yatiememories.blogspot.com/2011/08/cornflakes-madu.html
tq k.yatie

cornflake honey

bahan2nya

500gm cornflake
125gm butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan honey

mangkuk kertas

cara2nya
cairkan butter, gula dan honey
kemudian masukkan cornflake dan gaul rata
sudukan dlm cup kertas dan bakar 15 minit
siap...

   Assalamualaikum Cuaca sejukkk pg ni hujan turun membasahi bumi seawal 7 pagi. ahingga jam 8 lebih tak jgak reda terpaksa la redah jga ke ...