Skip to main content

cornflake ranggup yg simple tp sedapp


assalamualaikum

minggu terakhir kita berpuasa sebelum masing2 pulang ke destinasi.10 malam terakhir yg memang ditunggu oleh setiap muslimin muslimat. Inilah peluang yg tidak harus kita abaikan...
 Memang tgh berkobar-kobar semangat tp semalam tgh wat biskut cornflake ni telepon berdering  satu lg perkhabaran yg membuatkan hati gundah kembali, ye dgn kesihatan ayahanda yg puasa kali ni memang kelamkabut, tiba2 semalam mak kat kg pula kena admit kat hospital sb kena sengat dek lipan...aduhhhh kesian kat mak dahlah puasa makan tak menentu ni. Ya Allah ....beratnya dugaan kami kali ini. Selama ni mak yg kesana kemari buat segalanya bila kami anak2 dikejauhan tp bila jadi macam ni macamna dgn pak pula....rasa nak terbang je balikkk. Syukur sb ada insan yg baik hati macam cikgu Yusof yg tolong bw mak g klinik kalu tidak entahlah..kami nk terus balik kurang2 pun 4 jam hu hu

 memang tak sabar nak balik kampung , buka sb tak sabar nk beraya tp tak sabar nk tgk keadaan mak dan ayah...macamna nak wat lemang ni kalu mak sakit kaki hu hu Alhamdulillah lega bila td telepon cakap dgn mak, dah ok cuma bengkak sikit bekas kena sengat tu. Lega jg bila adik perempuan bungsuku nak blk awal seminggu utk tengok2 keadaan disana...tq dik sb sedia berkorban...kalaulah akak ni sorang2 takda anak suami dah tentu akak balik tinggal dgn mak ayah dikk

tahun ni memang buat biskut yg senang mudah dan simple bahan2nya, tak remeh banyak2 bahan. Lgpun malas nk fikir2, mana yg dan je lah asalkan ada utk raya nanti. Kat kg ada la tu sapa2 yg balik mesti la bawak serba sikit kan.macam cornflake ni sb sblm puasa dah beli 3 pek @3 kg cornflake kat bagus. Jadinya cari resepi yg berasakan cornflake je lah..lgpun anak2 suker kan.
resepi dari kak yatie ni memang sedap.
Asalkan ada dari ta ada kan.
boleh intai disini utk resepi.http://yatiememories.blogspot.com/2011/08/biskut-cornflakes-rangup-2.html

tq k.yatie share resepi yg sedap ni

cornflake ranggup

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.
SELAMAT BERPUASA

Comments

  1. siannya...hati mesti risau kan kalau mak ayah x sihat..semoga mak yah awak sihat kembali...amin

    ReplyDelete
  2. memang risau sangat kalau mak dan ayah sakit.....hati mmng tak tenteram....semoga mereka cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. semoga mereka cepat sembuh ya dik .. insyaallahh
    wahh dah buat cookies raya , akk tunjuk2 je dik
    tahun sudah ada jugak buat cornflakes madu .. tahun nie mood entah kemana huhu

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri dari muscat, oman

    ReplyDelete
  5. 91
    wah....inii benar^ sedap dan lezat kawan, saya sangat suka dengan rasanya.nikmat
    saya suka dan follow 91
    saya akan senang jika anda menerima dan follow kembali
    ditunggu dan terima kasih

    ReplyDelete
  6. tu la kan kak,bila something terjadi dkt mak ayh dkg..mesti hidup tak keruan..nak blk terus2 pon terikat dgn keje,anak2 suami...kalau bujang laju je...

    mmg simple..su suka sbb memg jenis simple pon..hehe

    ReplyDelete
  7. memang badan kat sini hati dah kat kampungkan..
    susah sikit kalau dah der keluargani... tapi doalah dari jauh...
    akakpun suka kuih asas cornflakesni,

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...