Skip to main content

tak cantik tp sedappp cream puff pertamaku

 assalamualaikum

salam sejahtera semua....alhamdulillah tertunai sudah hasrat nak buat cream puff ni..walaupun tak puashati sgt dgn keaadaan bentuknya tu he he tak macam org lain kan. apapun rasanya memang sedapp
habisl licinlahh,mama cuma sempat rasa 2 ketul je,  buat kecik2 utk sekali ngap dlm mulut.
 insyaallah lepas ni akan buat lg supaya btknya lg cantikkk maybe sb guna acuan tekan salah ..tak sesuai yg ni.

resepi byk jg duk intai2 tp pilih yg nampak senang ..hasilnya pun cukup2 je
asalkan tak berlebihan ye tak. kebetulan anak2 sedara berbuka di rumah , jadinya memang habis lah.


sy cp disini resepinya ye


Cream Puff 


Sumber ; Zaliana@Myr 
oleh; Dapurmamasya 

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )- dpt dlm 38 biji 
125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
100 gm butter 
250 ml air 
1/2 sudu teh gula 
3 biji telur 

Cara-cara 
Cara-cara untuk puff 
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk, nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan. 
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer 
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang 
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 30 min; 180'C api atas bawah 
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung 


Custard cream 
Sumber; Honey @ Myr 
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml ) 

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200cc(1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

Cara-cara 

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul. 
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. 
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau. 
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning. 

Nota dapurmamasya 
Buat 2 adunan inti cream custard utk 1 adunan puff . Kacau atas dapur dg api sederhana perlahan hingga pekat. masukkan mentega dan tutup api,kacau. sejukkan cream custad sampai keras sikit.nak mudah isi inti, masukkan dlm piping bag/plastik kecil gunting bucunya.pipingkan inti dlm cream puff.kalau suka taburkan gula icing semasa menghidang... 


selamat menjamu selera SELAMAT BERPUASA

Comments

  1. Pertamanya rasa, rupa jatuh nombor 2 he he he heh

    ReplyDelete
  2. laa.. nk cantik mana lagi tu. cantik sgt dah tu. :D yg penting rasanya yg enak tu kan!

    ReplyDelete
  3. kalau masak sendiri tak kisah tak sedap jadi sedap tak cantik jadi cantik...

    ReplyDelete
  4. Salam mamasara.dah elok cantik cream puff itu......licin habis...mmg garenti sedapp...

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...